Anda di halaman 1dari 29

FITNAH DAJJAL

&
AKHIR ZAMAN

DISAMPAIKAN OLEH:
US.HJ MOHD MEEFTAH BIN HJ ANUAR
PENOLONG PENGARAH
ILIM, JAKIM
DAJJAL
SOALAN
Bagaimanakah bentuk dajjal yang sebenarnya?

JAWAPAN
Dalam menjawab isu ini, kami kemukakan pandangan Imam al-Qurtubi
dalam al-Tazkirah. Antara lain katanya:

Dajjal adalah fitnah yang amat besar sehingga Rasulullah SAW sering
membaca doa memohon perlindungan daripada Dajjal dalam setiap
solatnya. Perkara ini berdasarkan pada hadis sahih: Daripada Aisyah Ummul
Mukminin, bahawa Rasulullah SAW pada setiap solat (setelah tahiyat akhir)
membaca:
‫ َو ِفْتَنِة‬،‫ َو َأُع وُذ ِبَك ِم ْن ِفْتَنِة اْلَم ْح َيا‬، ‫ َو َأُع وُذ ِبَك ِم ْن ِفْتَنِة اْلَم ِس يِح الَّد َّجاِل‬، ‫َالَّلُهَّم ِإِّني َأُع وُذ ِبَك ِم ْن َع َذ اِب الَقْبِر‬
‫ الَّلُهَّم ِإِّني َأُع وُذ ِبَك َم َن اْلَم ْاَثِم َو اْلَم ْغ َر ِم‬،‫اْلَمَم اِت‬
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu daripada
azab kubur, aku berlindung pada-Mu daripada buruknya fitnah al-Masih al-
Dajjal, daripada fitnah hidup dan mati. Ya Allah aku berlindung pada-Mu
daripada dosa serta hutang yang sukar untuk dibayar.”
Riwayat al-Bukhari
Secara terperinci, ciri-ciri Dajjal dapat dilihat dalam beberapa
hadis berikut:

“Tertulis di antara dua matanya perkataan kafir yang dieja oleh


Rasulullah SAW jaf, fa’, ra’ yang dapat dibaca oleh setiap mukmin
yang pandai membaca mahupun oleh mukmin yang buta huruf.
Menurut kami, perkara ini tidak akan tersembunyi (meragukan)
lagi bagi sesiapa sahaja.”

“Ternyata dia seorang lelaki yang berbadan besar, merah,


berambut kerinting, dan bermata sebelah.”
Riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Umar

Dalam hadis riwayat Thabrani daripada Abdullah Ibnu Mughaffal


dinyatakan, “Dajjal berkulit coklat dan dan berambut kerinting.”
“Sesungguhnya al-Masih al-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek,
hujung telapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan,
berambut kerinting, bermata sebalah dengan mata yang terhapus.”
Riwayat Abu Daud daripada Ubadah bin Somit dan Ahmad

“Sesungguhnya kepala Dajjal itu dari belakang kelihatan tebal dan


berkelok-kelok.”
Riwayat Ahmad daripada Hisyam bin ‘Amir

“Pada matanya yang sebelah kanan, seakan-akan ia adalah satu biji


anggur yang terapung.”
Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar

“Bukanlah sesungguhnya dia itu bermata sebelah dan tertulis di antara


kedua mata Dajjal itu perkataan kafir, yang dapat dibaca oleh setiap
mukmin.”
Riwayat Muttafaq ‘Alaih , daripada hadis Anas
“Dajjal itu adalah mata kirinya buta dan rambutnya kasar; dia mempunyai
syurga dan neraka yang syurganya itu sebenarnya adalah neraka,
sedangkan nerakanya sebenarnya adakah syurga.
Riwayat Huzaifah

“Sesungguhnya aku mengetahui sifat Dajjal itu; dia mempunyai dua buah
sungai, yang satu mengandungi air putih sedangkan yang lain
mengandungi nyalaan api. Jika seseorang yang melihat sungai yang
mengandungi nyalaan api itu, maka hendaklah dia menutup matanya dan
mendekati ke arahnya, maka dia akan dapat meminum air sejuk darinya.
Ciri-ciri Dajjal itu adalah mata kanannya buta, kukunya kasar dan di
antara kedua matanya tertulis perkataan “Kafir” yang dapat dibaca oleh
semua orang mukmin yang melihatnya, baik yang boleh menulis membaca
mahupun tidak.
Riwayat Muslim
Ibn Umar mengatakan bahawa suatu kali Rasulullah SAW menceritakan
mengenai Dajjal kepada kami lalu baginda berkata, “Sesungguhnya Allah SWT
matanya tidak buta sebelah; ketahuilah bahawa Dajjal itu buta mata kanannya.”

Ibn Umar juga mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku tertidur di
Kaabah, aku bermimpi melihat seorang yang amat gagah rupanya, lurus
rambutnya serta berminyak, sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun
bertanya kepada orang, “Siapakah orang itu?” Mereka menjawab, “Dia adalah al-
Masih bin Maryam (Nabi Isa AS).” Kemudian aku lihat lagi di belakangnya
seorang yang amat buruk rupanya, buta mata kanannya dan kerinting
rambutnya, juga sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya
kepada orang, “Siapakah orang itu?” Mereka menjawab, “Al-MAsih al-Dajjal
(Dajjal).”

Rasulullah SAW bersabda, “Salah satu mata Dajjal seperti kaca berwarna hijau
dan berlindunglah kamu daripada azab kubur.”

Riwayat Ubai bin Ka’ab


DEFINISI
DAJJAL
Dajjal dari sudut bahasa bermaksud menutup akan
sesuatu. Ini kerana, Dajjal antara sifatnya adalah al-
Kazib (pendusta) dan pendustaan adalah
menyembunyikan atau menutupi akan sesuatu. Selain
itu, Dajjal juga bermaksud menyembunyikan kebenaran
dan membuat tipudaya terhadap manusia serta
menampakkan kecantikan pada perkara yang bathil.
Dajjal juga datang dalam sighah (acuan) mubalaghah
(melampau) iaitu “‫ ”َفَّعال‬kerana Dajjal ini banyak
melakukan pendustaan dan tipudaya.
Dari sudut istilah pula, Dajjal boleh dikenali dengan
beberapa sifat yang dikhabarkan oleh Baginda SAW
melalui hadith-hadithnya. Antaranya ialah:

Seorang manusia.
Rambutnya kerinting dan kusut masai.
Sebelah daripada matanya buta.
Tertulis antara dua matanya ‫( كفر‬kufur).
Mengapakah tidak disebut lafaz
Dajjal di dalam al-Qur’an?
Pertama: Dajjal disebut atau terkandung di dalam beberapa ayat al-
Qur’an. Contohnya:

Firman Allah SWT:

‫َيْو َم َيْأِتي َبْع ُض آَياِت َر ِّبَك اَل َينَفُع َنْفًسا ِإيَم اُنَها َلْم َتُك ْن آَم َنْت ِم ن َقْبُل َأْو َك َسَبْت ِفي ِإيَم اِنَها َخ ْيًرا‬

Maksudnya: “Kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu


(yang menjadi tanda-tanda Hari Kiamat). Pada hari datangnya
sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah atau
bermanfaat lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau
yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya”. [al-
An’am:158]

Di dalam ayat ini, tidak disebut lafaz Dajjal secara jelas tetapi tanda-
tanda (‫ )آيات‬yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Dajjal, terbit
matahari dari barat dan juga al-Dabah (‫)الدابة‬. Ini disebut di dalam kitab-
kitab tafsir.
Selain itu di dalam riwayat Muslim terdapat sebuah hadith yang
menjelaskan berkaitan makna ayat di atas dan ini adalah antara tafsiran
yang terbaik iaitu menafsirkan ayat al-Qur’an dengn hadith Nabi SAW.
Hadith tersebut adalah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ ُطُلوُع الَّش ْم ِس ِم ْن‬:‫ َأْو َك َسَبْت ِفي ِإيَم اِنَها َخ ْيًرا‬،‫َثاَل ٌث ِإَذ ا َخ َر ْج َن اَل َيْنَفُع َنْفًسا ِإيَم اُنَها َلْم َتُك ْن آَم َنْت ِم ْن َقْبُل‬
‫ َو َد اَّبُة اَأْلْر ِض‬،‫ َو الَّد َّجاُل‬،‫َم ْغ ِر ِبَها‬

Maksudnya: “Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat


akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau
sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada
imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat,
keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi”. [Riwayat
Muslim (158)]
Kedua:
Al-Qur’an telah menyebut Nabi Isa AS dan
Nabi Isa AS yang akan membunuh Dajjal.
Maka dengan itu, sudah memadai menyebut
Nabi Isa AS yang membawa kepada hidayah
daripada menyebut Dajjal yang menyeru
kepada kesesatan. Sudah menjadi adat
(kebiasaan) orang arab adalah sudah
memadai menyebut salah satu daripada
perkara yang berlawanan.
Ketiga:

Al-Qur’an tidak menyebut Dajjal bagi menghina atau


memperkecilkannya. Ini kerana, Dajjal apabila turun ke
dunia akan mendakwa ketuhanan (uluhiyyah) dan
ketuannan (rububiyyah)sedangkan dia adalah manusia
biasa. Oleh sebab itu, Allah SWT tidak menyebut namanya
di dalam al-Qur’an bagi menghina dan memperlekehkannya.
Persoalan yang timbul, mengapa al-Qur’an menyebut Firaun
sedangkan Firaun juga mendakwa dirinya sebagai Tuhan.
Jawapannya adalah kerana Firaun zamannya telah berlalu
dan berakhir. Di samping itu juga, agar kita mengambil
iktibar dan pengajaran daripada kisah tersebut. Adapun
Dajjal kisahnya belum berlaku dan akan berlaku apabila tiba
waktu dan ketikanya.
Setelah melihat beberapa pendapat di atas, pendapat
yang pertama adalah lebih tepat dan betul berbanding
pendapat-pendapat yang lain. Walaupun lafaz Dajjal
tidak disebut secara jelas di dalam al-Qur’an tetapi Allah
SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk
menjelaskan berkaitan hal tersebut.
Dimanakah Dajjal
akan keluar?
Dajjal akan keluar dari arah timur iaitu dari Khurasan
(Khurasan adalah satu tempat yang luas, terletak di sebelah
timur dan ia terdiri daripada beberapa daerah, antaranya
Naisabur). Kemudian Dajjal akan mula berjalan di bumi dan
tidak akan ditinggalkan satu tempat pun melainkan dia akan
memasukinya kecuali Makkah dan Madinah. Dajjal tidak
dapat memasuki Makkah dan Madinah kerana terdapat
malaikat yang menjaga kedua tanah suci itu. Selain itu juga,
Imam Ibn Hajar mengatakan bahawa Dajjal ini pasti akan
muncul dari arah timur. [Lihat: Fath al-Bari, ] Kenyataan ini
disandarkan atau dikuatkan lagi dengan beberapa buah
hadith yang sahih, antaranya:
Daripada Abu Bakar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ ُخ َر اَس اُن‬:‫الَّد َّجاُل َيْخ ُرُج ِم ْن َأْر ٍض ِبالَم ْش ِر ِق ُيَقاُل َلَها‬

Maksudnya: “Dajjal akan keluar ke bumi dari arah timur,


dikatakan tempat tersebut adalah Khurasan”. [Riwayat
al-Tirmizi (2237)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini
sebagai Hasan Gharib dan Syeikh Ahmad Syakir
mengatakan sanad hadith ini adalah sahih]
Bilakah muncul atau
keluarnya Dajjal?
Muncul atau keluarnya Dajjal adalah satu kepastian dan kita tidak boleh
sama sekali mengingkarinya. Akan tetapi waktu yang sebenar atau tepat
keluarnya Dajjal ini tidak diketahui tetapi apa yang pasti keluarnya Dajjal
adalah salah satu tanda besar Kiamat. Tambahan pula, ini termasuk
dalam perkara-perkara ghaib yang tidak diketahui melainkan Allah SWT.
Allah SWT juga menyembunyikan kepada kita bila akan berlakunya
Kiamat berdasarkan firman-Nya:

Firman Allah SWT:

‫َيْس َأُلوَنَك َع ِن الَّساَع ِة َأَّياَن ُم ْر َس اَهاۖ ُقْل ِإَّنَم ا ِع ْلُمَها ِع نَد َر ِّبيۖ اَل ُيَج ِّليَها ِلَو ْقِتَها ِإاَّل ُهَو‬

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang


hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya
pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada
sesiapa pun yang dapat menerangkan akan kedatangannya pada
waktunya melainkan Dia (Allah SWT)”. [al-A’raf:186]
Apakah terdapat golongan yang
mengingkari akan kewujudan
Dajjal ini?
Terdapat sebahagian individu mendakwa bahawa Dajjal ini hanyalah simbol
kejahatan sahaja dan ia akan hilang dengan terdiri syariat di atas muka bumi ini.
Dalam masa yang sama, mereka ini menafikan bahawa Dajjal adalah seorang
manusia sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith. Antara dalil yang
menguatkan hujah mereka adalah, hadith-hadith berkaitan Dajjal diriwayatkan
dengan berbeza-beza seperti tempat keluarnya Dajjal, peribadi Dajjal itu sendiri
dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan bahawa Dajjal adalah simbol kepada
kejahatan semata-mata dan dia bukanlah seorang manusia seperti yang kita
fahami.

Bagi menjawab persoalan ini, hakikatnya tidak ada pertentangan dalam riwayat-
riwayat berkaitan Dajjal ini dan ia telah dijelaskan oleh ulama’ sebelum ini
apabila mereka cuba menghimpunkan riwayat-riwayat ini dan menjelaskan
setiap riwayat tersebut. Hakikatnya, Dajjal adalah seorang manusia dan dia
bukanlah simbol sebagai yang didakwa oleh golongan tersebut. Selain itu juga,
kita dapat mengetahui akan sifat-sifat Dajjal sebagaimana yang diceritakan di
dalam hadith-hadith yang sahih.
Siapakah Ibn Shayyad (‫ابن‬
‫ )صياد‬itu Dajjal?
Dalam masalah ini, para ulama’ telah berbeza pendapat dalam
menentukan samada Ibn Shayyad itu Dajjal ataupun tidak. Ini
kerana, terdapat hadith yang menunjukkan bahawa dia adalah
Dajjal. Namun begitu, terdapat juga hadith lain yang menunjukkan
sebaliknya. Berikut adalah beberapa pendapat dalam masalah ini:

Pertama: Imam al-Qurthubi berkata: “Pendapat yang sahih bahawa


Ibn Shayyad adalah Dajjal, berdasarkan dalil-dalil yang telah lalu
(yang ada) dan tidak mustahil bahawa dia telah ada di pulau
tersebut pada waktu itu dan dia juga berada di hadapan para
Sahabat pada waktu yang lain”.
Kedua:

Imam al-Nawawi pula berkata: “Para ulama telah


berkata bahawa Kisahnya sukar difahami dan
perkaranya juga tidak jelas. Apakah dia adalah
al-Masih al-Dajjal yang dikenali atau selain
daripadanya?. Akan tetapi tidak diragukan
bahawa diajuga adalah Dajjal di antara para
Dajjal”.
Kami berpendapat bahawa Ibn Shayyad bukanlah Dajjal
yang dimaksudkan iaitu yang akan keluar di akhir
zaman. Selain itu juga, Ibn Shayyad hanyalah seorang
Dajjal daripada para Dajjal iaitu dengan memiliki sifat-
sifat seorang Dajjal tetapi dia bukanlah Dajjal yang akan
keluar di akhir zaman nanti. Pendapat kami ini adalah
selaras dengan hadith Tamim al-Dari atau dikenali
dengan hadith al-Jassasah (‫ )الجساسة‬yang diriwayatkan
oleh Fatimah bin Qais. Ini juga merupakan pendapat
Imam Ibn Hajar al-Asqalani apabila beliau cuba untuk
menggabungkan antara dua riwayat yang zahirnya
dilihat bercanggah.
‫‪Beliau berkata:‬‬
‫‪‬‬
‫َو َأْقَر ُب َم ا ُيْج َم ُع ِبِه َبْيَن َم ا َتَض َم َّنُه َحِد يُث َتِم يم َو َك ون بن َص َّياٍد ُهَو الَّد َّجاُل َأَّن ‪‬‬
‫الَّد َّجاَل ِبَع ْيِنِه ُهَو اَّلِذ ي َش اهده َتِم يم موثًقا َو َأن بن َص َّياٍد َش ْيَطاٌن َتَبَّد ى ِفي ُصوَرِة‬
‫الَّد َّجاِل ِفي ِتْلَك اْلُم َّد ِة ِإَلى َأْن َتَو َّج َه ِإَلى َأْص َبَهاَن َفاْس َتَتَر َم َع َقِر يِنِه ِإَلى َأْن َتِج يَء‬
‫اْلُم َّد ُة اَّلِتي َقَّد َر ُهَّللا َتَع اَلى ُخ ُروَج ُه ِفيَها َو ِلِش َّد ِة اْلِتَباِس اَأْلْم ِر ِفي َذ ِلَك َس َلَك‬
‫اْلُبَخ اِر ُّي َم ْس َلَك الَّتْر ِج يِح َفاْقَتَصَر َع َلى َحِد يِث َج اِبٍر َع ْن ُع َم َر ِفي بن َص َّياٍد َو َلْم‬
‫ُيْخ ِر ْج َحِد يِث َفاِط َم َة ِبْنِت َقْيٍس ِفي ِقَّص ِة َتِم يٍم َو َقْد َتَو َّهَم َبْع ُضُهْم َأَّنُه َغ ِر يٌب َفُر َّد‬
‫َو َلْيَس َك َذ ِلَك َفَقْد َر َو اُه َم َع َفاِط َم َة ِبْنِت َقْيٍس َأُبو ُهَر ْيَر َة َو َع اِئَش ُة َو َج اِبٌر‬
Maksudnya: “Cara yang paling dekat adalah dengan menggabungkan
makna yang terkandung di dalam hadith Tamim dan keberadaan Ibn
Shayyad sebagai Dajjal. Sesungguhnya Dajjal yang sebenarnya adalah
yang disaksikan oleh Tamim dalam keadaan terikat. Sedangkan Ibn
Shayyad adalah syaitan yang menampakkan dirinya dalam bentuk
Dajjal pada ketika itu, sehingga dia pergi ke Ashbahan, lalu
bersembunyi bersama qarinnya (temannya) sehingga sampai masa
yang ditakdirkan oleh Allah SWT untuk keluar padanya. Disebabkan
kesamaran dalam masalah ini, maka Imam al-Bukhari memilih jalan
tarjih (iaitu menentukan riwayat yang paling kuat di antara dua
riwayat), maka beliau hanya memilih hadith Jabir daripada Umar
berkaitan Ibn Shayyad dan beliau tidak meriwayatkan hadith daripada
Fatimah binti Qais berkenaan kisah Tamim. Selain itu juga, sebahagian
orang menyangka bahawa hadith tersebut adalah gharib (ganjil) maka
sangkaan mereka ini ditolak dan ia bukanlah seperti yang disangka itu.
Telah meriwayatkan hadith ini bersama Fatimah binti Qais RA adalah
Abu Hurairah RA, Aisyah RA dan Jabir RA”. [Lihat: Fath al-Bari, 328/13]

Anda mungkin juga menyukai