Anda di halaman 1dari 8

1

TUGASAN ESS 222

School of Education and CognitiveScience

ESS 222
AktivitiKokurikulum

Tugasan [60%]
PENGENALAN

Panduan ini menerangkan dengan terperinci Tugasan untuk kursus ini. Tujuan
panduan ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik
mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini
merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kursusini.

Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi;


iaitu kebolehan anda mengaplikasikan prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam
penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan
menghasilkan sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sediaada.

Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan


Fasilitator Akademik menilai hasil kerjaanda.

PENULISAN AKADEMIK

Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifik yang menjawab secara
sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea
bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang penulis
akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan
pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau
merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokong
sesuatu soalan atauhipotesis.

Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciriberikut:


 Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur
yangjelas.
 Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuatandaian.
 Setiap pandangan yang dikemukakan disokong denganbukti.
 Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkansesuatu.
 Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada
kenyataan-kenyataan yang menimbulkankeraguan.

PLAGIARISME

1. Apa ituPLAGIARISME?

Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan
tujuan menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang
pelajar. Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan
Peraturan Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat
apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain yang bermaksud
sepertiberikut:
 Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi
penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwa bahawa ia adalah hasil
ciptaansendiri.

 Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang
diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak
salah jika kita membuat rujukan dan mengakuisumber,

 Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah
sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang
adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk
gambarajah, lukisan, klip video & audio, gambar dansebagainya.

 Penyerahan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih kursus.

2. Bagaimana saya boleh elak daripadaPLAGIARISME?

 Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyai
rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalamkurungan.
 Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinyatakan dalam
kurungan.
 Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk
membuat segalarujukan.
 Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang
anda boleh gunakan tanpa hakcipta.

3. Rujukan

Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan di akhir tugasan
andadi bawah seksyenRUJUKAN.

Berikut ini ialah kaedah membuat Rujukan.

 DaripadaJurnal:

DuFour, R. (2002). The learning-centred principal:


Educational Leadership, 59(8).12-15.

 Daripada Jurnal Atas Talian:

Evnine, S. J. (2001). The universality of logic: On theconnection


between rationality and logical ability [VersiElektronik].
Mind, 110,335-367.

 Dariapada Halaman Web atau HalamanSesawang:


National Park Service. (2003, February 11). Abraham Lincoln
Birthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003,
fromhttp://www.nps.gov/abli/
 DaripadaBuku:
Naisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London:
PanBooks.

 Daripada Bab dalamBuku:


Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J. Sternberg
(Eds), Teaching thinking skills: Theory and practice. New York: W.H. Freeman
and Company.27-37.

 DaripadaAkhbar:
Holden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless
stylist of pop. The New York Times, pp. A1, A22-A23.

MAKLUMAT TENTANG TUGASAN

Ini adalah “Academic Facilitator – Marked Assignment” di mana SEORANG Akademik Fasilitator
akan ditugaskan menyemak tugasan anda. Tugasan ini memberikan 60% daripada jumlah markah
kursus anda. Soalan-soalan tugasan disenaraikan di bawah “Soalan Tugasan”. Anda mesti dapat
menyelesaikan tugasan dari maklumat dan bahan yang terdapat dalam bacaan dan kandungan kursus
yang disarankan.

Walau bagaimanapun, adalah wajar bahawa anda juga dapat menunjukkan bahawa anda telah
membaca dan menyelidiki secara lebih meluas daripada minimum yang diperlukan. Menggunakan
rujukan lain akan memberikan anda perspektif yang lebih luas dan boleh memberikan pemahaman
yang lebih mendalam mengenai subjek tersebut.

Apabila anda telah menyelesaikan tugasan, serahkannya secara dalam talian melalui myPLS dengan
muka hadapan yang ditetapkan. Sila isi segala maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.
Pastikan anda memuat naik tugasan anda pada atau sebelum tarikh tamat tempoh penghantaran
tugasan.

KRITERIA AM BAGI PENILAIAN TUGASAN

Umumnya, Akademik Fasilitator anda mengharapkan anda menulis dengan jelas, menggunakan
ejaan yang betul (sila gunakan “pemeriksa ejaan” anda) dan tatabahasa. Fasilitator anda akan
menilai yang berikut:

 Anda telah berfikir secara kritis mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam kursus ini.
 Anda telah mempertimbangkan dan menghargai pandangan yang berbeza, termasuk yang
ada dalam kursus ini
 Anda telah memberikan pandangan dan pendapat anda sendiri.
 Anda telah menyatakan hujah anda dengan jelas dengan bukti sokongan dan rujukan sumber
yang betul.
 Anda telah membuat rujukan kepada pengalaman anda sendiri.
SOALAN TUGASAN[ 60%]

Jawab semua TIGA (3) Soalan:

Soalan 1:[15%] 5-6 halaman

Baca artikel bertajuk “Kesan Penglibatan Pelajar Yang AktiF dalam Kokurikulum Terhadap
Pendapatan” oleh Mohd Saofiean Bachok, Hazrul Izuan & Azim Md Kasim.

 Tulis satu ringkasan artikel tersebut dengan berpandukan kepada tajuk-tajuk berikut:
o Tujuan kajian serta kepentingan kajian [1halaman]

Dapatan kajian [3halaman]

Bahagian B: [15%] 6-7 halaman

Tulis satu esei bertajuk:

Semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum. Bincangkan secara


kritis kebaikan menyertai kegiatan kokurikulum.

 Bincangkan secara kritis dengan memberi pendapat-pendapat anda


 Sekiranya anda mungkin tidak bersetuju dengan pernyataan di atas, sila berikan pendapat
anda
 Sila gunakan format penulisan esei yang terdiri daripada pengenalan, isi &kesimpulan.
 Gunakan format rujukan seperti mana diberitahu dalam tugasan ini .

.
Bahagian C: [30%]

Anda dikehendaki memilih SATU AKTIVITI KO-KURIKULUM daripada senarai berikut -


pasukan pakaian seragam, persatuan akademik, kelab hobi & rekreasi dan kelab sukan
&permainan yang terdapat di sekolah pilihan anda.

Tulis satu LAPORAN yang menerangkan bagaimana anda melaksanakan aktiviti berkenaan di
sekolah tersebut.

Anda boleh menggunakan format LAPORAN berikut: [Anda digalakkan memberi pendapat dan
pandangan yangberlainan]

1. Pengenalan – rasional pemilihan, matlamat &objektif


2. Pengurusan – carta organisasi, fungsi & tanggungjawab, dokumentasi danlain-
lain
3. Nilai dan kemahiran yang ingindiperkembangkan
4. LaporanKegiatan
5. PenilaianMurid
6. Refleksi
o Kekuatan – contoh: minat murid, kemudahan, keyakinan & kemahiranguru
o Kelemahan – contoh: kemudahan, kepakaran guru, sokongan pentadbir,
kewangan danlain-lain.
o Cadangan Penambahbaikan – beri pendapatanda

Nota: Ambil gambar tentang aktiviti kokurikulum yang dipilih dan selitkan dalam laporan
sebagai fail jpg. ataulain-lain.

PENTING: Laporan hendaklah ditulis oleh anda sendiri (dan bukan orang lain) dan tidak
disalin daripada blog, laman web atau sumber-sumber lain. [MARKAH AKAN DITOLAK
JIKA ANDA BERBUATDEMIKIAN]

FormatTugasan
 Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5spacing)
 Gunakan Font New Times Roman, saiz12

PenyerahanTugasan

 Muat naik tugasan sebelum atau pada 6 OGOS 2018.


 Jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halamanpertama.

------------oooo------------
Muka Hadapan Tugasan:

TUGASAN [60%]
MAY 2018 SEMESTER

KOD KURSUS : ESS 222

NAMA KURSUS : AKTIVITI KOKURIKULUM

PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION

NAMA PELAJAR :

NO. MATRIK :

FASILITATOR AKADEMIK :

PUSAT PEMBELAJARAN :

Anda mungkin juga menyukai