Anda di halaman 1dari 4

NAMA : ROHAIDA BINTI ABU KHAIRI

NO. KP : 640531105668
KUMPULAN : SMI 1 AMBILAN 2/2016

TUGASAN WAJIB
MODUL 5: HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
SUBMODUL 5.2 : KOMUNIKASI
a. Pendahuluan
Komunikasi merupakan elemen penting dan efektif dalam sesebuah
organisasi terutamanya antara pihak pengurusan dengan pekerja.
Komunikasi ini samada verbal atau non verbal adalah amat penting kerana
ia dapat memperlihatkan kewibawaan seseorang pemimpin. Kepimpinan
pengurusan atasan dalam organisasi harus menunjukkan sikap dan
menjadi role model yang baik kepada para pekerja. Natijahnya, para
pekerja akan memandang tinggi dan menghormati pengurusan atasan
apabila komunikasi kepimpinan yang berkesan dilaksanakan dan nilai-nilai
murni akan terbentuk serta secara langsung akan membantu ke arah
kestabilan dan pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Komunikasi
yang berlaku dalam sesebuah organisasi dapat mempengaruhi kepuasan
kerja warga organisasi.
b. Isu-isu kesan daripada kelemahan komunikasi yang dikenalpasti
di sekolah
Kegagalan pemimpin untuk mengamalkan komunikasi berkesan boleh
menyebabkan timbul pelbagai isu negatif dalam kalangan warga sekolah.
Antara isu yang dikenalpasti kesan daripada kelemahan komunikasi ialah;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Perasaan tidak puashati terhadap pemimpin


Wujud jurang antara pemimpin dan pekerja
Objektif pembelajaran tidak tercapai
Bosan dengan pengajaran guru
Ponteng kelas
Kemerosotan pencapaian sekolah
Hasil kerja tidak berkualiti
Ingkar dengan arahan pemimpin
Maklumat yang disampaikan tiak difahami

c. Cara mengenalpasti isu

Kelemahan komunikasi pemimpin boleh menjadi punca utama kepada


perselisihan faham dalam organisasi kerana kemungkinan mesej atau
maklumat yang hendak disampaikan oleh pemimpin tidak dapat difahami
oleh guru yang akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
guru. Perkara ini dapat dikenalpasti melalui pemerhatian yang dilakukan
terhadap keberkesanan hasil kerja yang dipertanggungjawabkan kepada
guru yang terlibat. Dapatan daripada perhatian tersebut menunjukkan
bahawa hasil kerja guru tidak mencapai prestasi seperti yang dikehendaki.
Hal ini berlaku kerana sifat keikhlasan dalam melaksanakan kerja tidak
wujud dalam diri guru terlibat. Selain itu, isu yang berlaku juga dapat
dikenalpasti melalui temu bual yang dilakukan terhadap rakan sejawat
guru yang terlibat.
d. Punca tercetusnya isu
Berdasarkan dapatan daripada temu bual dan pemerhatian, rasa tidak
puashati guru terhadap pemimpin adalah disebabkan oleh gaya
komunikasi pengetua yang terlalu tegas dalam memberi arahan dan
tugasan kepada guru. Selain, mesej dan hasrat yang hendak disampaikan
oleh pengetua tentang hala tuju tidak difahami secara mendalam oleh guru
berkaitan. Guru merasa tertekan dan menganggap tugasan yang terima
sebagai satu tugas baru dan bebanan kerja.
e. Kesan terhadap sekolah sekiranya isu tersebut tidak dikawal
Setiap manusia berkomunikasi dan menjalinkan interaksi dengan
persekitaran dan manusia lain. Justeru itu, konflik telah menjadi sesuatu
yang lumrah iaitu asam garam manusia sehingga sukar dielakkan lagi.
Menurut Amstrong dan Pages (1983), sesebuah organisasi tidak boleh lari
daripada berhadapan dengan konflik kerana objektif, nilai dan kumpulan
atau individu dalam organisasi tidak selalunya sama. Tidak kira sebesar
manapun konflik yang berlaku sekiranya ridak dikawal ia boleh membawa
kesan yang negatif terhadap pembangunan organisasi. Boleh
menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling
tidak percaya, tuduh menuduh, tiada kerjasama, sabotaj dan sebagainya.
Yang pastinya semua ini dapat mengganggu keharmonian hubungan
interpersonal dan jika ini berlaku dalam organisasi, ia akan membantutkan
usaha untuk mencapai matlamat organisasi keeluruhannya.
f. Langkah-langkah menangani isu tersebut
Sebagai seorang pemimpin, perlu mengetahui atau menguasai kemahiran
tertentu untuk menyelesaikan sesuatu konflik terutama yang membawa

kesan negatif. Diantara kemahiran yang boleh diamalkan oleh pemimpin


bagi menangani isu tersebut ialah;
1. Kemahiran mempengaruhi.
Kemahiran ini menrupakan tindakan memujuk atau mengubah
pemikiran orang yang berkonflik. Pihak yang berkonflik akan dibawa
bekerjasama ke arah perundingan. Peranan pemimpin adalah memberi
pemahaman, mencari persefahaman dan mendengar secara aktif.
Pemimpin juga digalakkan untuk mengambil berat terhadap orang yang
ingin dipengaruhi. Semasa perbincangan , tidak dibenarkan berlaku
perdebatan.
2. Kemahiran memujuk.
Melalui kemahiran ini, pemimpin perlu menggunakan kata-kata manis
untuk memikat hati pihak yang berkonflik.
3. Kemahiran perundingan
Langkah ini adalah yang terbaik kerana melalui perundingan dan
kerjasama kedua-dua pihak boleh melihat pendirian masing-masing
mengenai perkara yang menimbulkan konflik dan mengenalpasti
pilihan yang paling sesuai untuk menyelesaikannya.
g. Kebaikan kepada sekolah setelah isu tersebut dapat diselesaikan
Komunikasi yang baik seorang pemimpin dapat memberikan motivasi
kepada orang bawahan sekaligus dapat mempengaruhi orang
bawahan untuk menjalankan tugas dengan baik dan secara sukarela.
Komunikasi yang berkesan juga dapat mewujudkan iklim komunikasi
yang baik di dalam organisasi seterusnya mewujudkan hubungan yang
baik antara pemimpin dengan orang bawahan.

h. Kesimpulan
Kesimpulannya, pemimpin merupakan seorang yang amat penting
dalam sesebuah organisasi. Dalam sekolah pemimpin utama adalah
pengetua. Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab dalam
mengetuai pengurusan dan penradbiran sekolah agar mencapai
matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Gaya kepimpinan
pengetua akan mempengaruhi sistem yang dilaksanakan dalam
sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah juga akan dipengaruhi oleh gaya

kepimpinan pengetua. Sekiranya gaya autokratik yang digunakan


kemungkinan para pelaksana yang menjalankan tugas iaitu guru tidak
akan merasa senang hati dan ini akan menyebabkan matlamat sekolah
tidak akan tercapai. Oleh itu kepimpinan yang berkesan perlu
diamalkan oleh pengetua selaku pemimpin utama dalam sesebuah
organisasi sekolah.
Untuk menghasilkan pemimpin yang efektif dan berkesan pelbagai
taktik kepimpinan yang boleh diamalkan seperti cara berkomunikasi,
cara membuat keputusan, pengawalan terhadap tekanan, melalui
pujukan nasional, taktik perundingan, motivasi, bertanggungjawab dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai