Anda di halaman 1dari 3

Tarikh :

Kelas : Tahun 4
Tajuk : Penjagaan Diri
Isi Penting :
1. Cara menjaga kebersihan diri
2. Cara menggosok gigi serta memotong kuku kaki dan tangan mengikut sunnah
3. Kesan mengabaikan kebersihan diri

Aktiviti :
1. Guru memeriksa kebersihan diri puteri; gigi, kuku dan tubuh badan.
2. Puteri mencatat cara dan adab memotong kuku, membersihkan diri dan
menggosok gigi.
3. Puteri membincangkan akibat tidak menjaga kebersihan diri.

CARA MENJAGA DAN MENGGOSOK GIGI DENGAN CARA YANG

BETUL

1. Letakkan posisi berus gigi 45 darjah terhadap gusi

2. Gerakan berus gigi dari arah gusi kebawah untuk gigi rahang atas (seperti
mencungkil)

3. Gerakan berus gigi dari arah gusi atas untuk ke gigi rahang bawah

4. Gosok seluruh permukaan yang menghadap bibir dan pipi serta permukaan dalam
dan luar gigi dengan cara tersebut.

5. Gosok permukaan gigi dari arah belakang ke depan.

- HENDAKLAH MENGGOSOK GIGI SEKURANG-KURANGNYA DUA KALI


SEHARI IAITU SELEPAS MAKAN DAN SEBELUM TIDUR.
Menggosok gigi selepas makan akan menyediakan keadaan gigi kita yang bersih tanpa
sebarang benda yang terlekat pada gigi.Contohnya,terlekat tulang di celah gigi dan
terlekat lada di depan gigi arnab.Kan memalukan tu..Kenapa sebelum tidur??..Apabila
kita tidur,raja bacteria akan bersidang dalam mulut orang yang tidak menggosok gigi
bagi merosakkan gigi orang tersebut.Itu lah analogi kita menggosok gigi sebelum
tidur.

SUNAT FITRAH: MEMOTONG KUKU

TATACARA MEMOTONG KUKU TANGAN

1. Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri.
2. Menurut Iman al-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari.
Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari.

TATACARA MEMOTONG KUKU KAKI


1. Memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
2. Bermula kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari.
3. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking.

Anda mungkin juga menyukai