Anda di halaman 1dari 2

Nama : Muhammad Ammeer Aiman Bin Abd Jalil

Unit : Bahasa Melayu 2 Ambilan Jun 2018

Tugasan 2 : Buat sinopsis/ringkasan cerita yang sudah dibaca

a. Tajuk Cerita Rakyat :

b. Tajuk cerpen kanak-kanak :

Jawapan :

a. Asal Usul Sungai Pinggan

Cerita rakyat yang telah dibaca adalah berjudul ‘Asal Usul Sungai Pinggan’.
Berdasarkan cerita rakyat tersebut, satu ringkasan pendek telah dilakukan secara terperinci. Di
tepi sebatang sungai, terdapat sebuah kampung yang terletak di daerah Pontian, Johor. Pada
suatu hari, sebuah keluarga telah berpindah ke sana dan meminta pertolongan penghulu untuk
mereka menetap di sana. Kemudian, orang kampung menolong menyiapkan rumah keluarga
tersebut atau dikenali sebagai Pak Itam secara bergotong-royong. Setelah rumah siap dibina,
Pak Itam berniat untuk melakukan kenduri sebagai tanda terima kasihnya kepada orang
kampung. Namun demikian, Pak Itam berasa sedih kerana dia tidak mempunyai pinggan
mangkuk.

Selepas itu penghulu menyuruhnya untuk meminta pinggan mangkuk di sebatang


sungai berhampiran dan mempunyai syarat iaitu dia perlu memulangkan segera pinggan
tersebut. Keesokan harinya, kenduri tersebut berjalan dengan lancar. Setelah itu, Pak Itam
berasa malas untuk memulangkan semula pinggan tersebut dan telah membuang pinggan yang
pecah. Tidak lama selepas itu, pinggan di sungai tersebut telah tiada setelah penghulu pergi
untuk meminjamnya.

Akhir sekali, penghulu telah memarahi Pak Itam kerana telah melanggar syarat yang
telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, orang kampung juga berasa menyesal kerana membantunya
dan menghalau Pak Hitam dari kampung tersebut. Sebagai kenangan, mereka namakan sungai
tersebut Sungai Pinggan.
b. Singa dan Nyamuk

Cerpen kanak-kanak yang telah dipilih dan dibaca adalah cerpen Singa dan Nyamuk.
Cerpen kanak-kanak ini menceritakan tentang kehidupan seekor singa dan nyamuk yang sering
bergaduh. Seekor singa merungut dan memarahi kepada seekor nyamuk yang asyik berlegar di
kepalanya semasa dia cuba untuk melelapkan diri. Kemudian, nyamuk tidak berasa takut dan
singa semakin angkuh dengan gelarannya iaitu Raja Rimba. Dengan itu, nyamuk membutikan
kekuatannya dengan menggigit singa sehingga singa berdarah akibat terkena cakarannya
sendiri.

Setelah itu, nyamuk bercakap besar tentang kejayaannya mengalahkan singa


sehinggakan dia terleka lalu terperangkan dalam sarang labah-labah. Akhir sekali, nyamuk
berasa menyesal akibat perbuatannya kerana dia berjaya mengalahkan haiwan paling gagah
hanya untuk habuan haiwan yang lebih kecil iaitu labah-labah.

Anda mungkin juga menyukai