Anda di halaman 1dari 1

Bagaimana melindungi hak cipta inovasi teknologi melalui MyIPO.

Produk inovasi teknologi yang dicipta adalah penting untuk dilindungi Hak Ciptanya.
Sepertimana yang kita tahu, MyIPO menyediakan perlindungan pelbagai bentuk harta
intelek seperti tanda dagang (trademark), hak cipta (copyright), paten (patent) dan reka
bentuk perindustrian (industrial design). Terdapat tiga langkah mudah yang boleh dilakukan
bagi melindungi Hak Cipta produk inovasi.

Pertama, pengguna perlulah mendapatkan borang Hak Cipta daripada pejabat myIPO yang
berdekatan. Borang tersebut perlu diisi dengan maklumat yang tepat berserta butiran
berkenaan produk inovasi yang dihasilkan. Pengguna boleh meminta bantuan pegawai yang
ada jika menghadapi masalah dalam mengisi borang.

Seterusnya, pemilik perlu menyediakan borang akuan yang disertakan sekali dengan
Borang Hak Cipta yang mana pada borang akuan tersebut perlu mempunyai butiran-butiran
yang tepat seperti nama karya, dan maklumat lain yang berkaitan serta perlu mendapat
pengesahan atau cap daripada mahkamah. Sedikit caj akan dikenakan semasa proses ini.

Akhir sekali, setelah selesai mengisi borang Hak Cipta dan akuan sumpah, pemilik boleh
menghantar permohonan yang lengkap kepada pejabat my IPO berserta salinan karya dan
akan dikenakan bayaran RM 15 bagi pendaftaran dan RM 10 bagi caj menghantar
dokumen.

Anda mungkin juga menyukai