Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


buat Pengerusi Majlis,
Yang Diraikan , Pn Hasibah bt Che Ali
Yang berusaha, pengetua yang kami hormati,………………………………..
Yang dihormati…………………………………….

Saya selaku ketua pengawas SMK BAKTI TASEK GELUGOR ,


…………………………………. mengucapkan jutaan terima kasih dan rakaman
penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak pengurusan Majlis, kerana
memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah
dua kata dalam majlis ……………………………………………………... Kesempatan pada
hari ini merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana dapat
menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar dalam majlis perpisahan ini.

Ayahanda pengetua, guru-guru dan para hadirin sekalian,


Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami,
guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran; ada
yang menyakitkan hati; ada yang menghampakan harapan; ada yang
menggembirakan; ada yang melucukan; dan ada yang menyeronokkan. Segala
pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar; sehingga kami dapat
merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah
adakalanya berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami; sakit pening kami
dan kebajikan kami sentiasa diambil berat; kemajuan akademik kami dan
keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian; kerja rumah, modul,folio,
kerja kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai tugasan kami akan diperiksa.
Pendek kata soal masa depan kami sering merungsingkan guru-guru sekalian.
Selain tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami untuk
meleraikan kekusutan dan segala macam perkara, termasuklah perkara-
perkara yang bersifat peribadi. Guru-guru adalah segala-galanya buat kami,
terima kasih cikgu!
Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami
hargai dan sanjungi.
Tenang-tenang air di laut,
           Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
           Budi guru-guru rasa nak junjung.
 
kepada adik-adik yang ku sayangi sekalian , tingkatkan usaha adik-adik semua
untuk menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita yang tercinta ini
diperingkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. Smk BAKTI yang
tercinta ini masih lagi banyak ruang untuk dipertingkatkan prestasinya sama
ada dalam bidang akademik mahupun Ko-kurikulum. Tidak mustahil kita boleh
lakukan sekiranya kita semua meletakkan kepentingan sekolah
sebagai tanggungjawab kita bersama. Wahai rakan-rakan seperjuangan ku
sekalian, jangan terus lupakan sekolah kita yang tercinta ini. Ingatlah jasa guru-
guru kita sepanjang setahun lebih kita menuntut ilmu di sini.Buat adik-adik
sekalian, perjuangan tugas untuk menggalas nama baik sekolah terletak dibahu
bahu adik-adik sekalian. Junjunglah nama baik sekolah kita. Berusahalah
untukmeningkatkan prestasi akademik sekolah kita
akhir sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru . wahai guru,
Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami dan
doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan SPM yang sedang menjelang
sekarang.
Akhir kalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi
Majlis, saya selaku wakil pelajar sekalian ingin merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru yang telah sudi
menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami di hari muka. Segala jasa dan
pengorbanan guru-guru tidak dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada
Allah jua untuk membalasnya.

Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai