Anda di halaman 1dari 3

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM…

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani


Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Endap
En. Mohamad Abdillah bin Abu Bakar,

Yang Dihormati,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Ustaz. Mohd Yunus bin Ali,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Cikgu Rabaha bin Ibrahim,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Cikgu Kamaruddin bin Drahman

Yang dikasihi
Barisan guru-guru, guru-guru KAFA, guru-guru pelatih, staf kakitangan
sekolah, tetamu-tetanu jemputan, ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah
Subhanahu wataa’la kerana dengan limpah inayahNya kita dapat bertemu dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Endap bagi sesi 2023/2024 pada hari ini. Di
kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
jawatankuasa majlis kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan
ucapan selaku wakil pelajar pada hari ini.

Bersempena dengan majlis pada hari ini saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan
kakitangan sekolah kerana telah bertungkus lumus memastikan majlis pada hari ini
berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Majlis ini merupakan satu
majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan
mereka dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Kami berasa sangat gembira dan
sangat bertuah mempunyai guru-guru yang mengambil berat keperluan pelajar,
demi kepentingan para pelajar itu sendiri. Para guru sentiasa memberi sokongan
dalam apa bentuk aktiviti sekalipun untuk kami di sini. Terima kasih cikgu!

Terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang hadir pada hari ini.
Pengorbanan dan sokongan daripada ibu bapa kami yang tidak berbelah bahagi dari
dahulu hingga kini menjadi dorongan dan pedoman kami untuk terus mencipta
kecemerlangan. Tanpa kedua-duanya, kami mungkin tidak akan berada di sini.
Terima kasih ayah dan terima kasih ibu!

Para Hadirin sekalian,


Minggu ini merupakan minggu yang terakhir, kami murid Tahun 6 berada di SK
Endap. Sudah enam tahun kami berada di Sekolah Kebangsaan Endap, kini hanya
tinggal satu hari sahaja lagi sebelum kami meninggalkan sekolah ini untuk
meneruskan persekolahan di sekolah menengah. Oleh sebab itu, saya mewakili
rakan-rakan seperjuangan dengan berat hati mengucapkan selamat tinggal kepada
guru-guru dan adik-adik yang dikasihi. Kami mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada guru-guru SK Endap. Kami amat menghargai jasa
kalian yang telah mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih
sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami tahu membaca, menulis, dan
mengira. Pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak
mulia dan berguna kepada masyarakat dan negara akan sentiasa kami ingati.

Kami amat bertuah kerana mempunyai guru-guru yang begitu berdedikasi di sekolah
ini. Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga
mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti. Jasa dan
pengorbanan guru-guru tidak mampu kami membalasnya, hanya doa untuk
kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan. Kami berharap guru-guru turut
mendoakan kejayaan kami di sekolah menengah nanti.

Kepada adik-adik yang masih di sini, tingkatkan usaha adik-adik semua untuk
menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita yang tercinta ini diperingkat
daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. SK Endap memberi banyak ruang dan
peluang kepada kita untuk mencungkil bakat dan kelebihan yang ada dalam diri kita
dibidang akademik mahupun Ko-kurikulum. Tidak mustahil kita boleh lakukan
sekiranya kita semua meletakkan kepentingan sekolah sebagai tanggungjawab kita
bersama.

Buat adik-adik sekalian, tugas untuk menggalas nama baik sekolah terletak dibahu
adik-adik sekarang. Junjunglah nama baik sekolah kita. Hormatilah guru-guru kita,
kasihilah rakan-rakan kita dan sayangilah sekolah kita. Berusahalah untuk memajukan
diri demi masa depan yang cemerlang. Jangan pernah berputus asa kerana kejayaan
bukan datang bergolek tetapi kejayaan datang dari hasil usaha yang gigih.

Para hadirin sekalian,


Saya akhiri ucapan saya dengan doa untuk semua guru di SK Endap.
Ya Allah, berikanlah para cikgu kami kesihatan, ketaatan, kesabaran, kekuatan iman,
hati yang bersih, lisan yang fasih dan fikiran yang jernih. Jadikan mereka para
syuhada dalam meraih kemuliaan-Mu. Kurniakan mereka dan keluarganya agar selalu
dalam lindungan dan ampunan-Mu. Ya Allah, Muliakan guru-guru kami. Kami sangat
mendambakan guru-guru kami menjadi pendidik-pendidik sejati yang dapat
melahirkan ribuan orang-orang hebat. Sosok teladan yang selalu mendidik dengan
penuh kelembutan dan kasih sayang, menebar semangat dan inspirasi sehingga
terlahir orang-orang hebat. Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang
telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keridhaan-Mu
yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di
antara penyayang.

Amin yarabbal alamin. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai