Anda di halaman 1dari 6

TEKNOLAGI DAN INOVASI SAINS SUKAN

MOHAMAD RAMLAN BIN RAMLI

(M20172001839)

NAMA PENSYARAH

DR ALI BIN MD NADZALAN

INOVASI SERVIS SUKAN BOLA TAMPAR

FAKLUTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2018

1|Page
PENDAHULUAN
Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun
asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir
sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah,
Selatan dan di Asia Tenggara.

Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith
pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai
daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.
Pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa
ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebutmempunyai ciri-ciri yang hampir sama
dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa
beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.

Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A.,
Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun
1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal
telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan
lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,permmainan ini telah
menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara
seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa
peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola
keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya.
Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola
baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini
terus diminati dan diterima oleh masyarakat.

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan
oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk
memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang
mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata
dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau
lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif.
Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan

2|Page
melompat ditekankan dalam permainan ini. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar
tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang
daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri
lain.

PENYATAAN MASALAH
 Pemain bola tampar sukar untuk berlatih servis tepat pada sasaran yang dituju di
bahagian pihak lawan.

OBJEKTIF
 untuk meningkatkan ketepatan semasa melakukan servis
 untuk membolehkan pemain menukar arah pergerakan bola dengan betul

INOVASI
Meletakkan 6 buah objek di kawasan pihak lawan. Susunan objek-objek tersebut sama
seperti kedudukan pemain pihak lawan ketika permainan sebenar berlangsung. Ini
memudahkan pemain untuk menyasarkan servis bola kearah yang mereka inginkan kerana
ruang yang wujud di kawasan lawan seolah-olah sama dengan situasi sebenar.

3|Page
GAMBARAJAH

Gamba rajah Gelanggang Bola Tampar dan Kedudukan Pemain


Melalui gamba rajah ini kita dapat lihat, petak kecil di bahagian belakang kiri akan menjadi
posisi pemain yang akan melakukan servis merentasi gelanggang hingga sampai ke arah
titik sasaran yang akan dilakukan oleh mereka. 6 bulat merah di kawasan lawan merupakan
posisi pemain-pemain bola tampar di gelanggang. Jadi, di dalam sesi latihan kita boleh
menggantikan pemain sebenar dengan objek lain sebagai latihan untuk servis dengan lebih
tepat contohnya menyasarkan servis kepada lantai gelanggang secara langsung dan
bukannya kepada pemain lawan.

4|Page
Antara objek yang dicadangkan seperti kon merah di atas supaya lebih jelas dan berfokus
untuk servis yang akan dibuat dalam latihan.

Antara kelebihan yang dapat di jelaskan di dalam inovasi ini adalah di mana pemain dapat
meningkatkan kemahiran servis apabila dan penukaran arah bola yang di inginkan oleh
pemain. Hal ini kerana untuk melakukan latihan servis yang bagus jurulatih memerlukan
sesuatu kelainan di dalam latihan supaya atlet tidak mudah berasa bosan. Inovasi di dalam
latihan ini juga jurulatih dapat meningkatkan fokus kepada pemain dan secara langsung
dapat memberikan kesan yang positif kepada pemain. Selain itu Kos yang dikenakan untuk
membeli kon tidak melebihi RM50. Satu set yang terdiri daripada 6 buah kon hanya bernilai
sebanyak RM32.

PENUTUP
Semoga perubahan atau penambahbaikan di dalam latihan bola tampar dapat menghasilkan
mutu permainan yang lebih berkualiti terutamanya servis kerana servis merupakan salah
satu teknik yang penting dalam mendapatkan mata ketika perlawanan berlangsung. Kalau
servis yang dihasilkan tidak baik, masalah a
kan berlaku sama ada bola itu keluar atau pihak lawan dapat mengambil bola servis itu
dengan mudah seterusnya dapat mengutip mata dari kita. Servis yang tepat dan sukar
untuk diramal oleh pihak lawan lebih baik dan dapat membantu kita mendapatkan mata
walaupun terdapat kemungkinan libero pihak lawan dapat membalas servis kita. Apa pun,
kita perlu berusaha untuk menghasilkan servis yang terbaik supaya peratus kemenangan
dan mutu permainan itu meningkat dari semasa ke semasa.

5|Page
RUJUKAN

Wee eng hoe (2013) siri sukan bola tampar

TB Tong (2005) pendidikan jasmani Dan pendidikan kesihatan kursus diploma


perguruan Malaysia

6|Page

Anda mungkin juga menyukai