Anda di halaman 1dari 2

COMMENTARIOS DO GRANDE AFONSO DALBOQUERQUE

– Sebuah Q & A

'Apakah “Commentarios do Afonso Dalboquerque”?'

“Commentarios” merupakan naratif penjarahan Alfonso de Albuquerque yang ditulis oleh


anaknya Brás berdasarkan surat dan laporan Alfonso kepada Raja Portugal. Ia diterbitkan pada
1557, kemudian disemak dan diterbitkan semula pada 1576 dengan tajuk yang baru. (Dalam
bahasa Inggeris, “The Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque”).

'Mengapa buku ini penting dalam kajian sejarah Melaka?'

Ia mengandungi banyak maklumat tentang Melaka semasa kesultanan Melayu. Walaupun ia


ditulis oleh anaknya, catatan mengenai peperangan 1511 sangat penting, dan tidak terkandung
dalam sumber lain seperti “Cartas de Affonso de Albuquerque”. Misalnya, Jilid III Bahagian III
menceritakan tentang bekalan bedil yang ditemui oleh Portugis di Melaka dan juga pembinaan
kubu kota.
(Petikan ini akan dipaparkan kemudian.)

'Apakah petikan menarik daripada buku ini?'

Terdapat ucapan yang (kononnya) beliau sampaikan kepada para soldadu selepas kegagalan
serangan pertama ke atas Melaka (bertarikh Julai 1511) dan sebelum serangan kedua pada
Ogos 1511. Ucapan ini memberi pencerahan tentang motif sebenar orang Portugis, misalnya
petikan berikut,
“...selepas Melaka ditawan semua tempat sepanjang garisan Selat mesti ditutup, dan mereka
[orang Islam] tidak boleh lagi membawa rempah-ratus ke sana… sekiranya Melaka bukan milik
mereka lagi, Kairo dan Mekah pasti akan binasa.”

'Apakah yang kita harus pertimbangkan ketika membaca buku ini?'

Buku ini mendukung kegemilangan Albuquerque. Malah sebahagian sarjana turut


mempersoalkan kesahihannya. Terdapat catatan lain mengenai peristiwa sama – misalnya,
versi Correa (dalam Lendas da India Vol II), dan riwayat peperangan oleh Giovanni da Empoli
yang merupakan saksi kepada peperangan itu. Tulisan mereka ternyata berbeza dengan apa
yang ditulis oleh Brás.

'Siapakah Brás de Albuquerque?'

Brás de Albuquerque (1501-c.1581) ialah anak luar nikah Alfonso. Selepas kematian ayahnya.
beliau mendapat kebenaran untuk mengubah nama kepada Afonso. Beliau tidak pernah
mengembara luar dari Eropah. Pada 1515, tidak beberapa lama sebelum kematiannya, Alfonso
de Albuquerque menulis kepada Raja Portugal, Manuel I, memohon supaya anaknya
dikurniakan dengan segala penghormatan yang beliau sendiri (Alfonso) patut terima.
Brás kemudian menjadi Presiden Dewan Senat Lisbon (Senado da Câmara de Lisboa).

Di antara BACAAN LANJUT:


-The Commentaries of the Great Alfonso Dalboquerque, Vol. III (Birch/Hakluyt society)
http://www.sabrizain.org/malaya/library/albuquerque3.pdf
- Rulers of India: Albuquerque, by H Morse Stephens (1892)
https://www.gutenberg.org/files/31226/31226-h/31226-h.htm
-http://www.icm.gov.mo/rc/viewer/20032/1260
- Alfonso de Albuquerque and the Consumption of Material Culture in the Indian Ocean (1506-
1515) - Ana Moás (2016)
https://run.unl.pt/bitstream/10362/18410/1/40712-AnaMoas.pdf

Anda mungkin juga menyukai