Anda di halaman 1dari 4

UJIAN SEGAK (KUMPULAN PIA,SYU,IPAN)

Nama ujian : Ringkuk Tubi Separa (partial curl-up) 3 minit .

Tujuan ujian : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen .

Alatan dan kemudahan : 1)Pita pelekat bersaiz 2.5cm

2)Pita pengukur

3)Jam randik/metronome

Pengurusan dan organisasi.

1) Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan
2) Jarak antara pita adalah 10 cm

Prosedur :

1. Murid perlu memakai kasut yang sesuai untuk melakukan ujian.


2. Murid A baring dengan lutut dibengkokkan 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.

3. Buka kaki seluas bahu.

4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan
menyentuh bahagian luar pelekatt kedua.

6. Bahagian bawah / belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada keduduan asal
Murid perlu mengulang prosedur ke 4 sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid B perlu mengira ulangan perlakuan

8. Ujian ini akan ditamatkan sekiranya


 Berasa tidak selesa
 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penenda kedua
 Tumit diangkat

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna :

1) Bahagian bawah / belakang badan tidak menyentuh lantai


2) Tumit diangkat
3) Badan / bahu senget
4) Punggung terangkat
5) Tutut tidak bersudut 90 darjah (tegak)

Contoh tambahan

Anda mungkin juga menyukai