Anda di halaman 1dari 1

ISU SEMASA & KENEGARAAN

Revolusi Industri 4.0 mewarnai gaya hidup dan tindakan masyarakat dunia hari ini.
Semua pihak perlu bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk
berteknologi dan sistem automasi dengan pembangunan pesat dalam produk
berteknologi dan sistem automasi untuk menghadapi paradigma ini.
Pada pendapat anda, adakah rakyat Malaysia telah bersedia untuk mendepani
perkembangan RI 4.0 ini? Apakah cabaran perkembangan RI 4.0 terhadap negara
secara umumnya dan rakyat Malaysa secara khususnya?

Pada pendapat saya, rakyat Malaysia sememangnya telah bersedia untuk mendepani
perkembangan Revolusi Industri 4.0 ini dari segi mental dan juga fizikal. Walau
bagaimanapun, cabaran perkembangan Revolusi Industri 4.0 terhadap rakyat serta negara
tetap wujud.
Antara cabaran perkembangan Revolusi Industri 4.0 terhadap negara ialah kekurangan
golongan profesional dan juga tenaga kerja mahir di negara kita. Perkembangan Revolusi
Industri 4.0 memerlukan bilangan tenaga kerja profesional yang tinggi tetapi berdasarkan
statistik yang dikemukakan melalui internet pula, pelajar Malaysia lebih menjurus untuk
memasuki jurusan sastera berbanding dengan jurusan sains. Kebanyakan mereka memberi
alasan bahawa subjek-subjek sastera lebih mudah berbandingan dengan subjek-subjek sains.
Hal ini telah memberi penjelasan kepada apa yang telah terjadi kepada negara kita pada hari
ini.
Seterusnya, cabaran perkembangan Revolusi Industri 4.0 terhadap rakyat Malaysia
pula ialah rakyat Malaysia kurang mempunyai pengetahuan mengenai komponen-komponen
Revolusi Industri 4.0. Rakyat Malaysia kurang didedahkan kepada bidang-bidang sains
komputer. Malah, masih mempunyai golongan minoriti yang tidak pernah mengguna peranti
elektronik seperti komputer dan telefon pintar. Hal ini amat bertentangan dengan apa yang
sedang berlaku di negara maju seperti Amerika Syarikat dan China di mana semua rakyat
sangat menitikberatkan pendidikan ICT. Kanak-kanak di negara-negara tersebut telah
bermula belajar pengaturcaraan komputer dan juga robotik sejak kecil lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa negara-negara maju
dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai bakat dalam bidang teknologi canggih ini.
Secara kesimpulannya, cabaran yang wujud perlu dirungkaikan dengan
memperlengkapkan rakyat Malaysia dengan ilmu dan kemahiran yang menepati kehendak
semasa. Dengan ini, Malaysia akan menjadi negara yang duduk sama rendah,berdiri sama
tinggi dengan negara-negara yang maju.
Rumusan
Sebelum mengakhiri video ini, izinkan saya

Anda mungkin juga menyukai