Anda di halaman 1dari 6

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

ARAHAN PENTADBIRAN
SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2019

GARIS PANDUAN KEPADA ORANG BERINSURANS YANG MENUNTUT


ELAUN MENCARI PEKERJAAN

1. TUJUAN

Arahan ini disediakan adalah bagi menjelaskan mengenai garis panduan kepada
Orang Berinsurans (OB) yang ingin menuntut elaun mencari pekerjaan di bawah
faedah Sistem Insurans Pekerjaan.

2. PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA

2.1 Orang Berinsurans (OB) yang ingin menuntut faedah Elaun Mencari
Pekerjaan (EMP) hendaklah mengisi dan mengemukakan Borang
Permohonan secara Online melalui Portal EIS dalam masa 60 hari dari
tarikh kehilangan pekerjaan. Tarikh mengemukakan permohonan tersebut
adalah dianggap sebagai tarikh yang diperakukan sebagai tarikh
penerimaan borang melalui sistem oleh PERKESO.

2.2 Tuntutan EMP bagi kehilangan pekerjaan yang sama tidak boleh
dikemukakan semula sekiranya PERKESO telah menolak tuntutan tersebut
kecuali terdapat bukti dan keterangan baharu kepada asas penolakan
tersebut.

|
2.3 Program Penempatan Pekerjaan Semula (Program) ini adalah wajib dan
perlu diikuti oleh OB selaras dengan kehendak Seksyen 44, Akta Sistem
Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800].

2.4 OB hendaklah menyertai program ini dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat
keputusan kehilangan pekerjaan diterimanya bagi melayakkan OB
menerima pembayaran melayakkan OB menerima pembayaran faedah
EMP yang pertama.

2.5 OB hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan


(ESO) secepat mungkin sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada
butiran peribadi yang dikemukakan semasa membuat tuntutan faedah SIP
dengan PERKESO.

2.6 Alamat dan nombor telefon yang dikemukakan oleh OB semasa


permohonan, dianggap sebagai alamat dan talian terkini untuk dihubungi
bagi tujuan apa - apa penghantaran dokumen atau komunikasi oleh
PERKESO. Sekiranya urusan tersebut dilaksanakan ia dianggap telah
disampaikan atau dikomunikasi kepada orang berinsurans dengan
sewajarnya. Sehubungan itu, OB perlu menghubungi pegawai PERKESO
untuk mengemaskini butiran tersebut sekiranya ada perubahan.

3. PENYERTAAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA

3.1 Untuk menyertai Program ini, OB hendaklah memperakukan bahawa beliau


boleh bekerja, bersedia bekerja dan mencari kerja secara aktif dengan
menandatangani Pelan Komitmen Kerja / Employment Commitment Plan
(ECP) dengan di pantau oleh seorang Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan
PERKESO / Employment Services Officer (ESO).

|
TERHAD

3.2 Untuk menyertai program ini, OB dikehendaki melengkapkan maklumat


berikut:

(a) Membuat pendaftaran di Portal Pekerjaan EISJobs melalui


www.eisjobs.perkeso.gov.my, mengemaskini profil dan
menggunakan portal secara aktif untuk pencarian dan
permohonan pekerjaan.

(b) Memberikan semua maklumat kesihatannya dan laporan


perubatan, jika berkaitan;

(c) Melengkapkan borang Pelan Komitmen Kerja (EMP -


Employment Commitment Plan) berdasarkan Aktiviti Pencarian
Pekerjaan (Seperti di Lampiran 1)

(d) Mengisytiharkan sama ada dia telah membuat apa-apa


representasi, tuntutan atau aduan di bawah Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 [Akta 177], Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan
Buruh Sabah [Sabah Bab 67], Ordinan Buruh Sarawak [Sarawak
Bab 76] dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753]; dan

(e) memenuhi apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh


PERKESO dari semasa ke semasa.

3.3 Jika OB yang disahkan kehilangan pekerjaan dan tidak mahu menyertai
Program Penempatan Pekerjaan Semula dalam tempoh yang
ditetapkan, pembayaran faedah EMP yang seterusnya boleh digantung
selagi OB tidak menyertainya seperti yang diperuntukkan di bawah
Seksyen 41, Akta 800.

3.4 OB hendaklah bersama-sama Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO)


berbincang bagi penyediaan Pelan Komitmen Kerja (ECP) yang
merangkumi aktiviti-aktiviti pencarian pekerjaan yang harus dijalankan
sepenuhnya oleh OB setiap bulan bagi memastikan faedah EMP dibayar
bagi bulan-bulan berikutnya. Pencarian pekerjaan bermaksud aktiviti-
3 TERHAD
TERHAD

aktiviti carian jawatan kosong yang telah diiklankan oleh pihak majikan
atau agensi pekerjaan dengan menggunakan pelbagai sumber.

3.5 Bagi setiap aktiviti berkaitan pencarian pekerjaan yang dilakukan, OB


perlu mengemaskini maklumat tersebut dalam Job Search Log di dalam
Portal EIS PERKESO. Sekiranya aktiviti ini dilaksanakan melalui Portal
Pekerjaan EISJobs, maka Job Search Log di dalam Portal EIS PERKESO
tidak perlu dikemaskini.

3.6 Bagi setiap tuntutan EMP berikutnya, OB hendaklah mengemukakan


Borang EMP, dalam tempoh 30 hari selepas OB menerima faedah EMP
yang sebelumnya.

3.7 OB hendaklah patuh kepada Pelan Komitmen Kerja (ECP) yang telah
dipersetujui bersama. Kegagalan mematuhi ECP tanpa alasan
munasabah boleh menyebabkan pembayaran faedah digantung.

5 AKTIVITI JOB SEARCH LOG & PEMATUHAN PELAN KOMITMEN


KERJA

5.1 OB hendaklah mengemaskini Job Search Log di Portal EIS PERKESO


dari semasa ke semasa setiap kali selepas suatu aktiviti pencarian
pekerjaan dilakukan.

5.2 Bukti-bukti pencarian pekerjaan hendaklah disertakan bersama dengan


log melalui sistem ataupun manual bagi pengesahan ESO.

6 TAWARAN PEKERJAAN

6.1 OB yang menerima tawaran pekerjaan semasa menerima faedah EMP


hendaklah memaklumkan ESO secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari
tarikh penerimaan tawaran pekerjaan tersebut.

6.2 Bagi OB yang menerima tawaran dan lapor diri dalam tempoh 7 hari dari
4 TERHAD
TERHAD

tarikh surat keputusan kehilangan pekerjaan diterimanya, OB hendaklah


memaklumkan secara bertulis kepada ESO dalam tempoh 2 hari dari
tarikh penerimaan tawaran pekerjaan itu. OB juga dikehendaki untuk
memilih sama ada untuk menerima faedah Elaun Bekerja Semula Awal
(EBSA) ataupun tidak berhasrat untuk menerima faedah tersebut.
Sekiranya OB membuat pilihan untuk tidak menerima faedah EBSA
dalam tempoh menunggu 7 hari selepas disahkan kehilangan pekerjaan,
ia tidak akan menjejaskan rekod bilangan bulan caruman OB untuk bagi
pengiraan syarat kelayakan caruman.

6.3 Sekiranya terdapat tawaran pekerjaan yang dibuat secara langsung


kepada OB sendiri dan bukannya melalui PERKESO, OB hendaklah
memaklumkan ESO bahawa terdapatnya tawaran pekerjaan dibuat
kepadanya tidak lebih daripada satu hari dari tarikh tawaran pekerjaan
tersebut dibuat.

6.4 OB hendaklah mengemukakan bukti melapor diri bekerja merangkumi


mana-mana dokumen seperti surat tawaran kerja, salinan kad perakam
waktu yang telah disahkan, slip gaji, surat pengesahan penerimaan
jawatan dari majikan atau lain-lain dokumen yang diperakukan oleh ESO.

6.5 Jika OB menolak tawaran pekerjaan tanpa alasan yang munasabah


pembayaran faedah kepadanya akan digantung.

7 KEMUSYKILAN

Sebarang kemusykilan mengenai garis panduan sila hubungi Cawangan


Perkhidmatan Pekerjaan, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Pejabat
Sistem Insurans Pekerjaan.

Disediakan oleh:

Bahagian Perkhidmata Pekerjaan


Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan

5 TERHAD
TERHAD

Penetapan Aktiviti Pencarian Pekerjaan


Aktiviti Umur / Jumlah Aktiviti Contoh Aktiviti

18 - 35 36 - 49 50 - 60 OB yang
mempunyai
ketidakupayaan
Pendaftaran Semua OB yang menyertai REPP adalah wajib berdaftar dengan Portal
Portal Pekerjaan PERKESO.
Pekerjaan
PERKESO
Permohonan 5-8 3-5 1-3 1-3 1. Membuat permohonan melalui
Pekerjaan sebulan sebulan sebulan bergantung Portal Pekerjaan PERKESO
kepada 2. Mengemukakan resume
kebolehan OB kepada majikan
3. Walk-In ke premis majikan
untuk membuat permohonan
4. Permohonan kepada majikan
melalui sumber kekosongan
daripada ESO
Dan lain – lain permohonan
seperti diperakukan oleh ESO.
Orang Berinsurans perlu mengikuti mana – mana aktiviti Program Penempatan Pekerjaan
Semula yang ditetapkan oleh PERKESO bagi meningkatkan kebolehpekerjaan.

6 TERHAD

Anda mungkin juga menyukai