Anda di halaman 1dari 8

PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG

28 OKTOBER 2015

LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT


SESI 2015/2016
KERTAS KERJA

PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG


DI TAMAN TENAGA, KAJANG

TARIKH
28 OKTOBER 2015
TEMPAT
TAMAN TENAGA
ANJURAN
SISWA / SISWI TAHUN 2 KURSUS
LMCR 2273 : APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
DENGAN KERJASAMA
PENDUDUK TAMAN TENAGA, KAJANG

TAJUK
LAMAN SESAWANG MAJU, PENDUDUK BERMANFAAT
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
28 OKTOBER 2015

KERTAS KERJA
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
( LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Projek pembangunan laman sesawang ini merupakan projek utama bagi kursus
Apresiasi Teknologi Maklumat (LMCR2273) kepada mahasiswa/i yang mengikuti
program Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam kursus tersebut,
mahasiswa/i hendaklah membuat laporan berkenaan projek yang telah dilaksanakan.
Projek yang dirancang ialah pembangunan laman sesawang di kawasan  perumahan
Seksyen 5 ,Taman Tenaga, 43650 Kajang, Selangor.
. Projek ini telah dibimbing oleh pensyarah  iaitu, En. Rafizi bin Salleh. Projek
yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu  komuniti masyarakat di taman
perumahan terbabit.
Penglibatan para pelajar dalam projek pembinaan laman sesawang ini dapat
mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i dengan komuniti masyarakat kawasan
perumahan semasa menjalankan projek ini. Selain itu, pelajar juga dapat menguasai
dan mempelajari kemahiran asas dalam bidang teknologi maklumat dengan baik.
Dengan ini, mahasiswa/i dapat membantu kelab Rukun Tetangga Taman Tenaga
dalam penyebaran dan memperkenalkan taman mereka dengan menggunakan laman
sesawang.
Dengan laman sesawang ini, orang lain dapat memperoleh maklumat tentang
Taman Tenaga dengan mudah. Laman sesawang ini juga dapat menjadi penghubung
atau pengantar antara masyarakat dengan penduduk Taman Tenaga.

2.0 MATLAMAT PROJEK

Kertas kerja ini bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus ini yang memerlukan
pelajar menjalankan satu projek kemasyarakatan bagi memenuhi syarat pembelajaran
subjek citra ini. Projek ini diwujudkan untuk mendedahkan pelajar kepada
pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran dalam penghasilan laman sesawang .
Projek ini juga dapat memupukkan kreativiti mahasiswa/i semasa menghasilkan
laman sesawang. Mahasiswa/i dapat melibatkan diri di luar bilik kuliah. Projek ini
adalah juga dapat membantu masyarakat dengan memberikan pendedahan kepada
dunia teknologi maklumat supaya mereka tidak ketinggalan pada kepesatan
pembangunan dunia teknologi maklumat yang serba canggih pada zaman yang
moden ini. 

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
28 OKTOBER 2015

3.1 Untuk mereka bentuk laman sesawang yang memperkenalkan Seksyen 5


,Taman Tenaga, 43650 Kajang, Selangor.
3.2 Untuk mengumpul maklumat tentang latar belakang Seksyen 5 ,Taman
Tenaga, 43650 Kajang, Selangor.
3.3 Untuk membangunkan Taman Tenaga dengan mendedahkan maklumatnya
kepada masyarakat.

4.0 MAKLUMAT

Nama Projek : Projek Pembanguanan Laman Sesawang Di Taman Tenaga,Kajang


Tarikh Projek : 28 Oktober 2015 (Rabu)
Masa Projek : 8 pagi hingga 2.30 petang
Tempat Projek : Seksyen 5 ,Taman Tenaga, 43650 Kajang, Selangor.
Anjuran Projek: Pelajar LMCR2273 Apresiasi Teknologi Maklumat Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Penglibatan
Ahli Projek: 6 pelajar LMCR2273 Apresiasi Teknologi Maklumat Universiti
Kebangsaan Malaysia.
10 penduduk Taman Tenaga
1 orang pensyarah pengiring

5.0 JAWATANKUASA INDUK & AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran A

6.0 SENARAI TUGAS

Rujuk Lampiran B

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

8.0 CARA MENDOKUMENTASI DAN MEREKODKAN PROJEK


PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
28 OKTOBER 2015

Semua bahan yang digunakan sebelum, semasa dan selepas projek ini yang telah
dilaksanakan akan dikumpulkan dan didokumentasikan dalam bentuk laporan
berurutan mengikut sesi perjumpaan bersama ahli kumpulan dan jawatankuasa rukun
tetangga. Selain itu, maklumat-maklumat berkaitan aktiviti dan laporan juga
diletakkan di dalam blog kumpulan kami iaitu atmukm.blogspot.com yang
ditubuhkan pada awal projek ini dilaksanakan. 

9.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi:

Tiong Siew Kiat


Pengarah Projek Pembangunan Laman Sesawang,
Khidmat Masyarakat,
Apresiasi Teknologi Maklumat ,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel: 014-8828317
e-mel : siewkiat26@gmail.com

10.0 PENUTUP

Oleh itu dengan kerjasama dari pihak tuan/puan, pihak kami berharap agar kertas
kerja ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan/puan secepat mungkin. Selain itu,
kami juga berharap agar pihak tuan/puan dapat memberikan sedikit bantuan
kewangan kepada kami agar kami dapat menjana dana bagi menjalankan aktiviti
tersebut.
Kami memberikan harapan yang tinggi kepada pihak tuan/puan agar program
yang kami rancang ini dapat berjalan dengan lancar.
Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat kami, Encik
Ahmad Rafizi Bin Salleh kerana sudi meluangkan masa dengan kami dan
memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami mengenai program yang bakal
kami jalankan ini. Jutaan terima kasih juga kepada pihak tuan/puan kerana dapat
meluangkan sedikit masa untuk meluluskan kertas kerja kami ini.

Sekian.
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
28 OKTOBER 2015

Disediakan oleh,

…………………….
Tiong Siew Kiat
Pengarah Projek Pembangunan Laman Sesawang,
Apresiasi Teknologi Maklumat ,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh,

……………………...
Encik Ahmad Rafizi Bin Salleh
Pensyarah,
Apresiasi Teknologi Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMPIRAN A
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
28 OKTOBER 2015

JAWATANKUASA INDUK

Pensyarah Pengiring : Encik Ahmad Rafizi Bin Salleh


Pengarah Program : Tiong Siew Kiat
Timbalan Pengarah Program : Koay Ivy
Setiausaha : Nadia Harissa Hussaine Binti Mat Hussin
Timbalan Setiausaha : Nur Azlienn Binti Mohd Ariffin
Bendahari : Nor Fatiha Binti Muhammad
Timbalan Bendahari : Siti Aisyah Amilin Binti Hassan

AHLI JAWATANKUASA

Bahagian Kreativiti dan Pembuat


Laman Sesawang : Koay Ivy
Fotografi  : Siti Aisyah Amilin binti Hassan     
Penulis Blog   : Tiong Siew Kiat

Pengumpulan Maklumat dan Laporan :Nur Azlienn binti Mohd Ariffin

Nor Fatiha binti Muhammad


Pengangkutan : Nadia Harissa Hussaine binti Mat Hussin

LAMPIRAN B
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
28 OKTOBER 2015

PEMBAHAGIAN TUGAS

Bil Jawatankuasa AJK Bidang Tugas

1. Bahagian Kreativiti Koay Ivy  Mermbuka blog dan kumpulan


dan Pembuat Laman
Facebook
Sesawang
 Mereka bentuk dan memuatnaikkan
gambar ke Facebook dan blog.
2. Fotografi Siti Aisyah Amilin  Mengambil gambar di sekitar Taman
binti Hassan      Tenaga.
 Menghantar gambar kepada Bahagian
Kreativiti dan Penulis Blog.
 Menyediakan kamera semasa
mengunjung ke Taman Tenaga
3. Penulis Blog Tiong Siew Kiat  Menulis blog berkenaan dengan
Taman Tenaga
 Memastikan bahagian fotografi
menghantar gambar
 mendapatkan maklumat yang
secukupnya daripada bahagian
pengumpulan maklumat
4. Pengumpulan Nur Azlienn binti  Menghubungi pihak Persatuan
Maklumat dan Mohd Ariffin Taman Tenaga
Nor Fatiha binti
Laporan  Bertemu duga dengan penduduk
Muhammad
Nor Taman Tenaga
 Menulis laporan
 Mencari maklumat yang berkenaan
melalui internet.
 Menghantar maklumat yang dicari
kepada bahagian penulisan blog.
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
28 OKTOBER 2015

5. Pengangkutan Nadia Harissa  Menguruskan pengangkutan untuk


Hussaine binti Mat
membawa ahli jawatankuasa pergi
Hussin
dan balik

LAMPIRAN C
ANGGARAN PERBELANJAAN DAN BELANJAWAN

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM
.
1. Pengangkutan:
Tambang ( Rm5 x 6 orang ) 30.00
JUMLAH 30.00

JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM
.
1. Yuran kutipan ahli kumpulan ( RM5 x 6 ) 30.00
30.00

Anda mungkin juga menyukai