Anda di halaman 1dari 8

3.

Perkembangan Aspek Sosial

a) Imej kendiri

Pengertian: Tanggapan seseorang individu terhadap diri melalui kelebihan dan


kelemahan yang meliputi keseluruhan perkembangan individu.
Carl Rogers (1950), suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan
kebolehannya, juga persepsi dirinya berbanding dengan orang lain di
persekitarannya.
Terbahagi kepada dua iaitu: imej kendiri positif (+) dan imej kendiri negatif (-).

i) Imej kendiri positif


 Memiliki penerimaan kendiri dan kefahaman tentang diri
 Boleh memahami dan menerima pelbagai fakta tentang idir
 Menerima semua fakta tentang diri tanpa menjadikan fakta tersebut sebagai
satu ancaman kepada diri

Ciri-ciri:

 Bebas membuat keputusan dan pilihan


 Bertolak ansur dengan kekecewaan
 Menghadapi cabaran dengan penuh semangat
 Sentiasa gembira dan menghargai
 Memilki sifat bertanggungjawab

ii) Imej Kendiri Negatif

 Tidak memiliki maklumat atau fakta yang tepat tentang diri


 Kurang percaya dan wujud perasaan ragu-ragu dalam menyalurkan pendapat
 Konsep kendiri yang tidak stabil akibat pengaruh persekitaran dan didikan

Punca/faktor:

 Pengaruh iklan dan budaya Barat


 Kemerosotan nilai murni dan disiplin diri
 Kurang didikan dan kasih sayang
 Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya
Ciri-ciri:
 Sentiasa meminta bantuan orang lain
 Sentiasa mengkritik tanpa pedulikan perasaan orang lain
 Sentiasa rasa tidak berpuas hati
 Suka berangan-angan dan risau tentang pelbagai perkara
 Lebih mementingkan diri sendiri

b) Tingkah laku seksual remaja

• Masalah seksual remaja masa kini sudah menjadi satu perkara yang amat
membimbangkan.
•Lebih membimbangkan iaitu hasil kajian mendapati remaja terlibat dengan salah
laku seksual seawal 11 tahun.
•Daripada kajian, remaja perempuan cenderung melakukan hubungan seksual untuk
mendapatkan cinta dan kasih sayang daripada pasangan.
•Namun, perasaan cinta itu mampu merubah menjadi keinginan seksual atau nafsu
apabila remaja mula aktif melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Kajian Schutt-Aine dan Maddaleno(2003)


- 50 peratus remaja Amerika di bawah umur 17 tahun aktif melakukan hubungan
seksual

Kajian Wendy et. Al.(2006)


- 40 peratus remaja berusia 13 hingga 15 tahun dan 69 peratus remaja 16 hungga 19
tahun melakukan hubungan seksual.
-kajian ini melaporkan 8 remaja yang terjebak dengan aktiviti seksual berisiko
pengambilan dadah dan alkohol.

•Kajian juga mendapati banyak bentuk tingkah laku seksual yang dilakukan oleh
remaja seperti seks oral, seks anal, dan seks vagina.
•Remaja lebih cenderung melakukan seks oral berbanding seks vaginal kerana
berpendapat seks oral lebih selamat dari sudut kesihatan.
•Di Barat, pengkaji cenderung menumpukan kajian mereka mengenai isu kesihatan
seksual remaja(penyebaran penyakit kelamin) dan isu kehamilan luar nikah
•Hasil dapatan kajian ini mendapati remaja hamil memberi makna mengenai
hubungan intim,cinta dan seks menurut pandangan mereka secara berbeza-beza.
c) Seksual semasa kanak-kanak dan remaja

> Perubahan penting berlaku pada semua peringkat kitaran hidup insan.
> Ianyabermula dari konsepsi (persenyawaan) sehingga ke akhir hayat, namun
perubahantertentu yang penting berlaku pada peringkat tertentu dalam hidup
seseorang insan.
> Ini khususnya berlaku semasa peringkat pranatal, bayi dan remaja. Kanak-kanak
dan dewasa merupakan organisma yang terus berkembang semasa hayatnya dan
dengan yang demikian, perkembangan tidaklah berhenti dengan bermulanya
peringkat dewasa

Pembahagian kitaran hidup


~ Permulaan Perkembangan pranatal dan kelahiran
~ Bayi Bermula dari kelahiran hingga umur 2 tahun
~ Awal kanak-kanak Umur 2 hingga 6 – 7 tahun
~ Pertengahan kanak-kanak Umur 6 – 7 hingga 11 – 12 tahun
~ Remaja Umur 11 – 12 hingga 19 – 20 tahun
~ Awal dewasa Umur 20 hingga 40 – 45 tahun
~ Pertengahan dewasa Umur 40 – 45 hingga 65 tahun
~ Lewat dewasa 65 tahun ke atas

Permulaan Kehidupan insan bermula dari satu sel.


* Sel tunggal ini membahagi berkali-kali dan membesar dengan begitu pantas
sehingga membentuk seorang bayi yang sedia untuk dilahirkan ke dunia.
*Pada ketika ini, kesihatan ibu sangat penting.
*Ibu memerlukan sokongan suaminya supaya ia dapat menikmati keadaan yang
stabil dan bahagia.Mendapatkan perkhidmatan perubatan juga begitu penting.

Peringkat bayi
* Bayi tidak boleh menjaga dirinya sendiri. Mereka bergantung sepenuhnya kepada
ibu bapa mereka bagi memenuhi keperluan asas untuk hidup.
*Bayi membesar dan berkembang dengan pantasnya sehingga di akhir peringkat
bayi, mereka boleh berjalan, berlari, menyuap makanan sendiri dan boleh
berkomunikasi.
Peringkat kanak-kanak
*Pada peringkat ini, kanak-kanak telah memahirkan keupayaan fizikalnya – berjalan,
melompat, meyuap makanan, memakai pakaian dan sebagainya. Mereka mula
memasuki alam persekolahan dan di akhir peringkat kanak-kanak, mereka telah
tamat pendidikan rendah. Di peringkat ini, mereka memperlajari mengenai
masyarakatnya, terlatih dalam tabii kesihatan yang bertanggungjawab seperti
kebersihan diri dan keselamatan jalan raya.

Remaja
* Seorang remaja tersepit di antara dua peringkat perkembangan, tidak lagi dianggap
kanak-kanak tetapi belum lagi mencapai kedewasaa.
* Peringkat ini terbahagi kepada tiga dan mungkin bertindih.

d) Pergaulan dan perhubungan

Pergaulan dan perhubungan adalah salah satu aspek kemahiran yang diperlukan
oleh setiap individu bagi menjalani kehidupan seharian. Selain itu, ia membolehkan
seseorang individu berkomunikasi dengan individu yang lain sebagai satu proses
kehidupan. Namun, jika pergaulan dan perhubungan dilakukan tanpa batasan ia
akan menjurus kepada sudut negatif dan memberi kemudaran kepada diri.

i) Perhubungan
 Hubungan wujud antara diri dengan orang lain di sekeliling seperti keluarga,
kawan-kawan, guru, masyarakat dan pasangan demi menjaga keharmonian dan
kesejahteraan hidup.
 Bagi perhubungan peringkat remaja, ia bermula dengan minat dan bertukar
menjadi nafsu atau perasaan saling sayang menyayangi.
 Cinta mengikut nafsu melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal dan
selalunya berakhir dengan kegagalan perhubungan.
 Sayang menyayangi pula melibatkan persahabatan, ikatan dan komitmen ke
arah perhubungan yang kekal iaitu ikatan perkahwinan.

Perhubungan Sihat Perhubungan Tidak Sihat (wujud


perasaan bengis, tidak hormat dan
unsur penderaan)
(sesuatu yang positif)

Yakin dan selesa dengan diri sendiri dan Tidak membenarkan diri berinteraksi
orang lain dengan orang lain

Saling mempercayai Sentiasa ingin memeriksa dan


mengambil tahu semua aktiviti yang
dan jujur dilakukan

Saling menghormati pendapat, perasaan Bertindak kasar dan ganas serta


dan kepercayaan memeras ugut

Boleh menyatakan tidak seperti seks Memaksa untuk sentiasa mengikut


kehendak

Tidak kritik atau caci sesama sendiri Mengaibkan diri dan sentiasa mengkritik

Jadual menujukkan perbezaan hubungan dari sudut positif dan negatif dalam
kalangan remaja
ii) Pergaulan

Pergaulan adalah fitrah remaja. Remaja suka berkawan dan berkenalan. Suka
berhubung dan ambil tahu tentang sesuatu. Naluri remaja tidak suka berseorangan.
Mahukan perhatian dan rakan untuk berbual, menyatakan perasaan diri untuk
didengari, membisikkan isi hati kepada orang, malah tempat mengadu masalah
peribadi agar dapat mencari jalan keluar.” (Sidek Baba, 2007)

Pergaulan Sihat Pergaulan Tidak Sihat


Memberi faedah kepada diri dan sekliling Tidak mendatangkan sebarang faedah
yang diperlukan dalam kehidupan sosial dan mendatangkan kemudaratan
Contoh: Pergaulan dengan jantina yang Contoh: pergaulan bebas yang tidak
lain mengikut batas pergaulan seperti mementingkan batas pergaulan yang
tidak berdua-duaan menjerumus kepada gejala negatif

Jadual menunjukkan perbezaan antara pergaulan sihat dan tidak sihat dalam
kalangan remaja

Pergaulan bebas
Contoh pergaulan bebas:
 Seks bebas
 Pornnografi
 Clubbing
 Minum alkohol
 Pengambilan dadah

Peranan pihak yang terlibat bagi mengatasi pergaulan bebas:


 Ibu bapa
 Guru
 Masyarakat
 Pihak kerajaan
 Media
 Undang-undang

Langkah menjadi remaja yang berakhlak:


 Bijak membuat keputusan
 Ada sifat asertif (tegas diri), berani kata tidak kepada seks, dadah, alkohol
 Berpegang teguh kepada ajaran agama
 Tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang
 Sentiasa mendapatkan bantuan daripada ibu, bapa dan guru
 Berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai seperti kaunselor

e) Kehamilan dalam kalangan remaja

Kebanyakan kehamilan dalam kalangan remaja yang telah datang haid adalah
berpunca daripada seks sebelum berkahwin, sumbang mahram, dirogol atau
mengalami penderaan seksual. Remaja akan menghadapi pelbagai cabaran
kerana mereka masih belum bersedia untuk menjaga bayi mereka kerana masih
berada di alam persekolahan serta baru mengalami proses kematangan.

i) Tanda-tanda kehamilan:
 Tidak datang haid
 Perubahan berat badan yang ketara
 Sering keletihan dan pening
 Rasa loya dan sering muntah
 Payudara rasa sakit dan membesar
ii) Masalah yang dihadapi oleh remaja:
 Tekanan darah tinggi ketika kehamilan pertama
 Kesukaran proses kehamilan akibat pinggul remaja sempit
 Kurang darah/anaemia
 Komplikasi kelahiran yang akan menyebabkan kematian

iii) Kesan buruk kehamilan kepada remaja:


 Mengalami kemurungan dan hilang keyakinan diri
 Pelajaran terjejas dan tercicir
 Menyumbang kepada kes pembuangan bayi
 Disisih oleh keluarga, rakan dan masyarakat
 Mengalami masalah emosi yang tidak stabil

Anda mungkin juga menyukai