Anda di halaman 1dari 28

2015

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

BIDANG KRAF TRADISIONAL

PENGENALAN

SEJARAH ANYAMAN

DEFINISI ANYAMAN

JENIS – JENIS ANYAMAN

TOKOH – TOKOH ANYAMAN

CONTOH – CONTOH ANYAMAN

BAHAN-BAHAN DIPERBUAT DARIPADA ANYAMAN

RUJUKAN
PRAKATA

Syukur kepada tuhan kerana buku ini dapat disiapkan


dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Buku ini
merupakan pengenalan kepada bidang Seni Anyaman.Pada
masa kini Tajuk ini menekankan aspek seni untuk
mendedahkan dan mencungkil kemahiran para pelajar di
alam globalisasi ini.

Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan


rintangan yang telah dihadapi sebelum dapat menghasilkan
sebuah buku yang amat mantap dari segi isi
penyampaiannya. Buku ini mengupas dengan lebih
terperinci tentang seni anyaman dari segi pengenalan,
sejarah, jenis-jenis, tokoh dan contoh-contoh anyaman yang
terdapat dalam bidang ini.

Penulisan tentang bidang seni anyaman ini, sepanjang


yang saya ketahui, merupakan percubaan yang pertama
dibuat dalam hasilan tajuk ini. Maka saya rasa tentu banyak
kelemahan dan kekurangan dalam buku ini. Oleh itu, saya
menerima dengan hati yang terbuka jika terdapat sebarang
pandangan dan ulasan yang membina terhadap buku ini.
Terima kasih.
BIDANG KRAF TRADISIONAL

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya


beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses
dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan
hiasan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan,
proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi
setiap bidang kraf yang dinyataka.

ALAT DOMESTIK

 Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam


kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik
dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi
negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat
domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian.

 Alat domestik merupakan barangan keperluan harian


seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi
memudahkan urusan seharian.
CONTOH – CONTOH BARANG DOMENSTIK

Tudung Saji

Batu Pengisar
PENGENALAN

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang


masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan
seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi.
Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman
dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan
buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan
sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan
beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah
yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang


tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan
rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan
kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi
sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini
tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-
kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan


melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan
pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk
anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya
bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman
dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan
aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan


asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan
bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah.
Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang
dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari
kelompok masyarakat luar istana yang lebih
mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun
pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah terdapat
penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan
tawar dan anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja".


Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik
ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca
yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan
mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah.
Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini
berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada
waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada
sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya
dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal


penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain
tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa
bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman
begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa
dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan
keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa
daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas
belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias


anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah
kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk"
(selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan
kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada
susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai
disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai
yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti
unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada


anyaman yang diperbuat daripada buluh dan digunakan
sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di
sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat
daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas.
Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar
bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang.
Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh
bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang dibuat
dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam
anyaman merupakan satu perlakuan yang telah lama
berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat


dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan
lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik
susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih
merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk
tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik


lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk
mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan
agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan
sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat
resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui
kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang
unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan
supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.
SEJARAH ANYAMAN

Seni anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia yang


ada sejak 300 tahun yang lampau. Dipercayai seni kraf
tangan muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar.
Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan
ribu-ribu menyumbang kepada hasil utama kraf tangan
anyaman. Perkembangan sejarah anyaman adalah sama
dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman
pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali,
rumah dan keperluan kehidupan.

Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas


yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.
Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan
Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan
Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan
anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil
‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Ada beberapa hal yang harus di ketahui tentang


sejarah anyaman, iaitu dipercayai seni kraf tangan muncul
dan bergembang tanpa pengaruh luar. Pada zaman dahulu,
kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk
mengisi masa senggang dan bukan sebagai mata
pencarian utama. Hasil graf tangan dijadikan alat untuk
kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk anak saudara
atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-
kenagan. Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai
sifat kewanitaan yang lengkap jika dia tidak mahir dalam
seni anyaman.

Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum


wanita, lelaki hanya menolong menetap daun dan
memprosesnya. Perusahaan anyaman biasanya dilakukan
secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan
satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung.

Kini terdapat organisasi dan perbadanan yang


mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti
cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia, Persatuan GerakanWanita Felda, Pusat
Graftangan Felda, dan sebagainya.Hasilan anyaman
bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk
tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan
bentuk,warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-
ubahkan mengikuti peredaran zaman dan cita rasa
pelanggan.
DEFINISI ANYAMAN

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-


bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan
tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar,
buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan anyaman merupakan seni


tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan
perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada
masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah
dan keperluan kehidupan.

Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas


yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.
Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan
Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan
Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan
anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil
‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif


menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung.
Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru
Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di
negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat
aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan
Sabah.
JENIS – JENIS ANYAMAN

Terdapat 3 jenis anyaman, iaitu anyaman rata,

Anyaman 3 Dimensi dan . Anyaman rata adalah anyaman

rata dibuat dengan cara merrata dan lebar. Jenis kerajinan

ini banyak digunakan untuk tikar, untuk dinding rumah

tradisional, untuk sekatan dinding.

Seterusnya adalah anyaman tiga demensi iaitu

anyaman tiga demensi berwujud benda tiga dimensi

sebuah produk benda kerajinan. Kerajinan ini telah

berkembang bukan hanya berbentuk kraf tradisional tetapi

telah berkembang jenis produknya dan lebih bernilai

seperti sandal, kerusi, beg lampu lampion, dan tempat

wadah.

Makrame seni simpul adalah menyimpul makrame seni

simpul menyimpul bahan hanya dengan kepakaran tangan

dengan bantuan alat pengait yang fungsi sama dengan

jarum.
Dalam seni makrame seni simpul menyimpul

merupakan teknik utama untuk mewujudkan sebuah

sambungan dalam sebuah karya kerajinan. Beberapa hasil

kerajinan makrame yang menggunakan teknik makrame

seperti alas meja, keset kaki, kot baju, dan cenderamata.


Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman

Anyaman Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-
Mengkuang lain

Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,

Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
sesuai

Anyaman Rotan Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak
diproses dan lain-lain

Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.


`1. Anyaman mengkuang - Daun mengkuang
- tikar, tudung salji, bakas pakaian dan lain-lain

2. Anyaman pandan - Daun pandan duri


- tikar sembahyang, hiasan dinding
3. Anyaman buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai
- Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain

4. Anyaman rotan - Rotan yang telah diproses-


Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan
lain-lain
5. Anyaman lidi - Lidi kelapa
- lekar, bekas buah, bekas telur

6. Anyaman ribu-ribu - Paku pakis ribu-ribu


- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas
serbagundan lain-lain
TOKOH ANYAMAN

1.

Puan Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari


Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan
kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah
merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh
Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan
Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara.
Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli
kraftangan anyaman.
TOKOH ANYAMAN & HASILAN

2. Cik Siah bt Ju
mencipta kelarai Sambas

3. Hajah Asiah bt. Salleh


Mencipta Kelarai Tapak Harimau

4. Hajah Semek
mencipta kelarai Mak Mek

5. Esah bt Said
mencipta kerai Sisik Kelah.

6. Dayang Aisah bt. Awang Husin


mencipta kelarai bung
CONTOH-CONTOH ANYAMA
BAHAN-BAHAN DIPERBUAT DARIPADA
NYAMAN
RUJUKAN

Bibliography

Abdullah, A. (1993). Kraftangan . Petaling Jaya: Prisma


Sdn.Bhd.

Idris, S. R. (1996). Anyaman. Petaling Jaya: Pinang.

Idris, S. R. (1996). Anyaman. Petaling Jaya: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Ismail, S. Z. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai