Anda di halaman 1dari 2

Kertas Kerja Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

Panitia Bahasa Melayu


sempena Karnival SEBEHIBUR TS25 2020
SJK Thai Kwang, Sibu

1. Latar Belakang
Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dijalankan
berdasarkan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program
Transformasi Sekolah 2025 merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti. Program ini bertujuan untuk modal insan
yang unggul melalui persekitaraan pembelajaran yang menyeronokkan.

2. Justifikasi
Melalui program PKJR ini, sekolah dapat memaksimumkan potensi guru
dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan
pemudahcaraan.

3. Matlamat (Output/Outcome)
Para murid dan para ibu bapa dapat:
 Mengenali papan tanda di jalan raya.
 Memahami makna warna lampu isyarat.
 Mengamalkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri dan
menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

4. Tarikh/Masa/Tempat
11 November 2020, bilik darjah masing-masing SJK Thai Kwang

5. Sasaran peserta
Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3

6. Implikasi kewangan
Peruntukan TS25

7. Tentatif Program
 Memperkenalkan dan menerangkan papan-papan tanda di jalan raya.
 Menjalankan permainan “Memory Match” mengikut tahap kesukaran
2x2, 2x3, 2x4, 3x4, 4x4 dan 5x4 untuk menguji daya ingatan murid-
murid bagi memadankan dua gambar papan tanda yang sama.
 Menyatakan makna warna lampu isyarat dan menunjukkan label
warna yang betul berdasarkan makna warna lampu isyarat.
 Melukis lampu isyarat dalam aktiviti berkumpulan.
 Menonton video dan menyatakan langkah keselamatan di jalan raya
berdasarkan video yang ditonton.
 Menerima penanda buku yang tertera slogan “Waspada Budaya Kita”.

8. Pelan Kontigensi
 Menonton video tentang lima langkah melintas jalan raya dengan
selamat.
 Membuat simulasi tentang lima langkah melintas jalan raya dengan
selamat dengan mendengar arahan yang diberikan.
 Membuat model lampu isyarat yang ringkas dan mempamerkan hasil
binaan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Harga seunit
Bil. Bahan-bahan Kuantiti RM
(RM)
1. Kertas A4 70gsm 2 rim 11.50 23.00
2. Kertas laminate (100pcs) 2 kotak 25.00 50.00
3. Pensel 2B (12 batang) 2 kotak 3.50 7.00
Jumlah 80.00

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________ ____________
(HII LU NGUONG) (SIO SIOK HIE)
Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru Besar SJK Thai Kwang

Anda mungkin juga menyukai