Anda di halaman 1dari 2

PAVITRA A/P SELVAM (SJKT BEKOK)

Taro dan Penyu Laut

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Taro dan
Penyu Laut.

Naruto Taro adalah anak nelayan miskin. Dia merupakan seorang budak
lelaki yang selalu ceria, baik hati dan rajin. Ibu bapa dia sangat sayang
akan Taro.

Setiap hari, dia membantu ayahnya menangkap ikan. Setiap pagi dia
dan ayahnya akan ke laut sebelum subuh untuk menangkap ikan. Ayah
Taro sangat pandai dalam menangkap ikan dan dia mengajar Taro cara-
cara untuk menangkap ikan.

Suatu hari, Taro berlayar sendiri ke laut kerana ayah dia sakit dan uzur.
Selepas beberapa jam di laut, Taro akhirnya membuat keputusan untuk
balik ke rumah.

Saat memeriksa jaring, Taro melihat ada seekor penyu yang tertangkap.

Penyu itu kecil dan diliputi dengan plastik di bahagian mukanya. Penyu
itu menghadapi kesusahan untuk bernafas kerana plastik itu. Taro
berasa sangat kasihan akan penyu itu. Dengan secepat kilat, Taro
mengambil penyu itu dan mengeluarkan kepalanya dari plastik tersebut.

Tiba-tiba, penyu itu berbicara, "Terima kasih kawan. Jikalau kamu tidak
menemuiku, aku akan mati. Aku teringatkan benda ini sebagai obor-
PAVITRA A/P SELVAM (SJKT BEKOK)

obor. Lalu aku cuba menelannya, dan demikianlah keadaanku selepas


itu. Kumohon, kembalikan aku ke laut," kata penyu.

Taro terkejut mendengar penyu itu bicara. Taro menjadi kasihan dan
melepaskan penyu itu.

Beberapa tahun kemudian, Taro kembali pergi berlayar. Tanpa diduga,


datang badai besar. Kapal Taro hancur dihantam badai.

Tiba-tiba, muncul penyu besar. "Naiklah ke badanku wahai kawan, aku


akan membantumu," kata penyu.

Taro kemudian naik ke badan penyu itu. Penyu itu berenang ke pantai.

"Kawan, masih ingatkah mu akan ku? Aku adalah penyu kecil yang kau
lepaskan”.

Taro sangat terkejut dengan kemunculan penyu itu semula. “Oh, kamu
yang makan plastik itu ye? Terima kasih kerana membantuku”, kata
Taro.

Kawan-kawan, ada 2 nilai moral dari cerita ini. Pertama, kita harus
tolong-menolong. Kita perlu menolong haiwan kerana mereka juga
merupakan ciptaan Tuhan. Kedua, janganlah kamu membuang sampah
ke dalam laut kerana haiwan tidak mampu membezakan antara
makanan dan sampah. Sekian terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai