Anda di halaman 1dari 6

SMK BINTULU

KERTAS KERJA
PROGRAM
PENINGKATAN PRESTASI
(PECUTAN TERAKHIR)
CALON SPM DAN STPM
ASRAMA SMK BINTULU

ANJURAN BERSAMA
UNIT ASRAMA SMK BINTULU
DAN GURU PELATIH ,UPSI
2020
ASRAMA SMK BINTULU
PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI (PECUTAN TERAKHIR)
KEMAHIRAN BELAJAR KENDIRI DAN MENTOR- MENTEE

PENDAHULUAN
Dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar asrama, selain daripada kemudahan-
kemudahan fizikal yang disediakan, para pelajar juga memerlukan cara belajar yang betul
agar usaha yang dilakukan tidak sia-sia dan dapat membuahkan hasil yang optimum.
Cara belajar yang betul akan membantu pelajar mendapat hasil yang maksimum melalui
cara yang betul dan berkesan.

RASIONAL
Pelajar asrama memerlukan cara belajar yang betul dalam persediaan menghadapi
peperiksaan awam SPM dan STPM 2020 bagi memanfaatkan ruang dan peluang yang
tersedia dan menjadi pelajar cemerlang.

MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang bijak belajar dan menguasai strategi belajar yang betul
dan berupaya meningkatkan pengetahuan dan keyakinan diri dalam mencapai kejayaan.

OBJEKTIF
Selepas program ini dilaksanakan, para pelajar akan dapat :
1. Pendedahan tentang kemahiran belajar yang betul.
2. Melatih para pelajar menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Pendedahan sebagai mentor dan mentee (rakan sebagai pembimbing berkesan)
kepada pelajar lain.
4. Meningkatkan keyakinan diri dalam menjawab peperiksaan.
TEMA
”STUDY WITH US”

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas asrama SMK Bintulu

TARIKH
26 Ogos 2020 – 16 September 2020 (PERSIAPAN PENGGAL 1 ULANGAN – STPM)
1 September 2020 – 31 Oktober 2020 ( Selepas Peperiksaan Percubaan 1 –SPM)

TEMPAT
Dewan Citarasa (Pelajar Lelaki dan Perempuan Tingkatan 5 )
Makmal Komputer (Pelajar Lelaki dan Perempuan Tingkatan 6)

PENGISIAN
1) Fokus Topik Tingkatan 4 - bulan September (bagi pelajar tingkatan 5 )
Fokus Topik Tingkatan 5 – bulan Oktober (bagi pelajar tingkatan 5 )
2) Ujian Kendiri berdasarkan topik tingkatan 4 & 5 ,penilaian kendiri dan tetapkan
sasaran.
3) Bagi topik yang agak sukar dan tidak mencapai sasaran kendiri maka ada bimbingan
dari rakan kumpulan / sekelas (pelajar sebagai fasilitator).
4) Peperiksaan secara dalam kumpulan berserta tetapan masa .Penilaian kendiri bagi
menilai keberkesanan dan pencapaian sasaran yang ditetapkan.
5) Fokus Topik Penggal 2 (bagi pelajar tingkatan 6 Atas)
6) Ujian Kendiri berdasarkan set soalan percubaan dan sebenar penggal 2, penilaian
kendiri dan tetapkan sasaran.
7) Pelajar yang perolehi markah tertinggi akan membantu pelajar lain sebagai fasilitator.
JADUAL PELAKSANA

HARI /MATA TINGKATAN 5


PELAJARAN
JUMAAT BM
SABTU SEJARAH

HARI /MATA TINGKATAN 6


PELAJARAN ATAS
JUMAAT PA / BM
SABTU SEJ/EKO / PP/GEO

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 5 YANG MENGIKUTI PROGRAM


INI

NAMA MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH


PERCUBAAN UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3 UJIAN 4
SPM 1 BM | SEJ BM | SEJ BM | SEJ BM | SEJ
BM | SEJ

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS YANG MENGIKUTI


PROGRAM INI

NAMA MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH


PERCUBAAN UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3 UJIAN 4
STPM
JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En.Ananthan Subramaniam (Pengetua)


N.Pengerusi : En Abu Othman Bin Ross (Penolong Kanan 1)
Penyelaras : En.Yogesh Subramaniam(Warden /Biro Akademik)
AJK : Semua Warden
Semua Ketua Panitia
Semua Guru Mata Pelajaran (Tingkatan 5 dan 6 Atas)

PENUTUP
Diharapkan dengan pelaksanaan program ini semua pelajar asrama akan tahu
bagaimana cara belajar dengan bijak. Dan melalui cara yang lebih betul dan berkesan ini
akan membantu meningkatkan prestasi pelajar asrama.

Disediakan Oleh,

(NAZIERA URAI CHAI)


Guru Pelatih,UPSI

Disemak oleh,

(YOGESH SUBRAMANIAM )
Biro Akademik
Warden Asrama 2020

Diluluskan / tidak diluluskan


(ANANTHAN A/L SUBRAMANIAM)
Pengetua SMK Bintulu.

Anda mungkin juga menyukai