Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami :PIBG/SKCJ/07/04/001(3)/16

Tarikh : 20 Februari 2016

Kepada

Dato’Hoh Hee Lee D.S.S.A


Pengerusi
Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD)
AADK Hulu Langat

YBhg Dato’

JEMPUTAN MENJADI PERASMI dan MEMOHON SUMBANGAN


SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CHERAS JAYA 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SK Cheras Jaya akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG seperti
ketetapan berikut;

Tarikh : 27 Februari 2016 ( Sabtu )

Masa : 9:30 pagi

Tempat : Dewan Terbuka (Kantin) SK Cheras Jaya

3. Sehubungan dengan itu kami memohon sumbangan dari pihak YBhg Dato’ bagi menjayakan
majlis tersebut. Bersama-sama ini disertakan lampiran perbelanjaan bagi majlis di atas. Kami juga
berbesar hati ingin menjemput YBhg Dato’ untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

4. Kesudian YBhg Dato’ menjadi perasmi dan sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

……………………………………………..
( EN MOHAMAD IBRAHIM BIN GHAZALI )
Yang Dipertua PIBG, SK Cheras Jaya,

SK 1. Fail PIBG

Anda mungkin juga menyukai