Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN PING PONG

Kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan pingpong ialah grip atau cara
memegang bet, melakukan servis, pukulan dan smash.

A) Grip (Memegang Bet)

Terdapat 2 jenis grip yang selalu digunakan, iaitu: grip jabat tangan dan grip pegang pen.
Setiap jenis grip mempunyai kelebihan yang tersendiri dan terpulang kepada keselesaan
pemain untuk menggunakannya.

   I.   Teknik Grip Jabat Tangan

       Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan. Ibu jari dan telunjuk
berada di bahagian permukaan bet yang berlainan. Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng
menggenggam sepenuhnya pemegang bet. Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan
sedikit. Pegang bet dalam keadaan yang selesa.

Gambar: Teknik  Grip Jabat Tangan

 II.   Teknik Grip Pegang Pen


       Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen. Jari-jari lain
dibengkokkan di bahagian belakang bet. Pegang bet dalam keadaan selesa.

Gambar: Teknik Grip Pegang Pen

B) Servis

    Permainan pingpong dimulakan dengan melakukan servis. Servis boleh dilakukan dengan


pukulan hadapan atau pukulan kilas.

I.   Teknik melakukan servis pukulan hadapan

 Kedudukan bersedia.
 Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.
 Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.
 Pindahkan berat badan ke kaki kanan (jika bola di tangan kiri)
 Lambung bola.
 Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan.
 Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.
 Pindahkan berat badan ke kaki kiri.

II.  Teknik melakukan servis pukulan kilas

 Kedudukan bersedia.
 Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.
 Bawa bet menyilang badan.
 Kilaskan badan.
 Pindahkan berat badan ke kaki kiri.
 Lambung bola.
 Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.
 Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.
 Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.

C) Pukulan

Terdapat dua jenis pukulan asas dalam permainan pingpong, iaitu pukulan hadapan dan
pukulan kilas. Kekuatan pukulan bergantung pada kilasan badan, ayunan lengan dan
pergerakan pergelangan tangan.

I.   Teknik melakukan pukulan hadapan

 Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.


 Pindahkan berat badan ke kaki belakang.
 Pandang bola dan bawa bet rapat ke badan.
 Kilaskan badan bersama ayunan tangan ke hadapan.
 Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang melantun dari meja.
 Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan.
   

 II.  Teknik melakukan pukulan kilas

 Bawa bet menyilang ke sisi badan


 Kilaskan badan dan pindahkan berat ke kaki belakang.
 Mata memandang bola.
 Balas kilas badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.
 Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang telah melantun dari   meja.
 Pindahkan semula berat badan ke kaki hadapan.

Anda mungkin juga menyukai