Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran dalam Permainan Ping Pong

Kemahiran dalam Permainan Pingpong


Kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan pingpong ialah
grip atau cara memegang bet, melakukan servis, pukulan dan smesy.
A) Grip (Memegang Bet)
Terdapat 2 jenis grip yang selalu digunakan, iaitu: grip jabat tangan dan grip
pegang pen. Setiap jenis grip mempunyai kelebihan yang tersendiri dan
terpulang kepada keselesaan pemain untuk menggunakannya.
I. Teknik Grip Jabat Tangan

Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan


Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang
berlainan
Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya
pemegang bet

Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit

Pegang bet dalam keadaan yang selesa.

Gambar: Teknik Grip Jabat Tangan

II. Teknik Grip Pegang Pen

Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang


pen

Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet

Pegang bet dalam keadaan selesa.

Gambar: Teknik Grip Pegang Pen

B) Servis
Permainan pingpong dimulakan dengan melakukan servis. Servis
boleh dilakukan dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas.
I. Teknik melakukan servis pukulan hadapan

Kedudukan bersedia.

Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.

Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.

Pindahkan berat badan ke kaki kanan (jika bola di tangan kiri)

Lambung bola.

Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan.

Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.

Pindahkan berat badan ke kaki kiri.

II. Teknik melakukan servis pukulan kilas

Kedudukan bersedia.

Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.

Bawa bet menyilang badan.

Kilaskan badan.

Pindahkan berat badan ke kaki kiri.

Lambung bola.

Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.

Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.

Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.

C) Pukulan
Terdapat dua jenis pukulan asas dalam permainan pingpong, iaitu pukulan
hadapan dan pukulan kilas. Kekuatan pukulan bergantung pada kilasan
badan,
ayunan lengan dan pergerakan pergelangan tangan.
I. Teknik melakukan pukulan hadapan

Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.

Pindahkan berat badan ke kaki belakang.

Pandang bola dan bawa bet rapat ke badan.

Kilaskan badan bersama ayunan tangan ke hadapan.

Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang melantun dari
meja.

Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan.

II. Teknik melakukan pukulan kilas

Bawa bet menyilang ke sisi badan

Kilaskan badan dan pindahkan berat ke kaki belakang.

Mata memandang bola.

Balas kilas badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.

Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang telah melantun
dari meja.
Pindahkan semula berat badan ke kaki hadapan.

Anda mungkin juga menyukai