Anda di halaman 1dari 2

Contoh tajuk soalan : Balas dan pucukkan surat kepada sahabat anda yang

ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat tempat pelancongan yang


menarik.

No. 39, Jalan Damai,


Taman Bukit Anggerik,
Ipoh, 30290
Perak Darul Ridzuan.

6 Ogos 2016

Menemui sahabat penaku Arthur, yang kini berada bersama keluarga di


Melbourne, Australia, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan
sihat dan sejahtera.

Saudara Arthur,

Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana
agak terlambat untuk membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk
dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi.
Tampaknya saudara sangat berminat untuk mengetahui tempat dan kawasan
perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya pernah utuskan sebelum ini,
saya ada bercerita tentang Bukit Fraser, kali ini saya ingin ceritakan mengenai
Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan yang terletak di negeri Kedah,


iaitu di utara semenanjung Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan dan
tempat menarik yang boleh dilawati oleh saudara. Antaranya termasuklah
pemandangannya yang sangat memukau hati. Ini kerana Pulau Langkawi
dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan suasananya
yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Saudara dapat menikmati keindahan
suasana dan pantainya ini dengan mengunjungi sendiri ke Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi juga terkenal sebagai gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan
dengan Legenda Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui
penceritaan orang zaman dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri.
Sejarah ringkasnya Mahsuri adalah seorang perempuan cantik yang telah
dijatuhkan hukuman bunuh akibat fitnah. Darah putih telah mengalir daripada
tubuh Mahsuri ketika hukuman bunuh dijalankan. Beliau juga sempat
mengenakan sumpahan terhadap Langkawi selama tujuh keturunannya akan
jadi seperti padang jarang padang terkukur.

Selain itu, Makam Mahsuri dan padang Mat Sirat adalah antara tempat
menarik dan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Legenda Mahsuri.
Sekiranya saudara berkesempatan untuk mengunjungi tempat-tempat ini
tentu saudara akan memperoleh lebih banyak informasi mengenai lagenda ini.
Di Langkawi juga terdapat Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting,
Beras Hangus dan Telaga Tujuh yang mempunyai kaitan dengan pelbagai
legenda dan mitos.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini.
Jikalau ada peluang dan kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang
pulau ini. Gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini akan saya
cuba hantar kepada saudara.

Setakat ini sahaja yang sempat saya tuliskan buat saudara nun jauh di sana.
Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan sekeluarga.

Yang Benar,

Harith Faidz

Anda mungkin juga menyukai