Anda di halaman 1dari 2

AYAT AKTIF AYAT PASIF

AYAT AKTIF ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contohnya adalah seperti yang
berikut:

1. Ali menendang bola. (Ayat Aktif Transitif - Kata Kerja Transitif)


2. Anjing itu mengejar kucing. (Ayat Aktif Transitif)
3. Murid-murid sekolah itu sedang belajar.
(Ayat Aktif Tak Transitif - Kata Kerja Tak Transitif)
4. Adik menangis. (Ayat Aktif Tak Transitif)

AYAT PASIF pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata
kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Contohnya adalah seperti yang berikut:

5. Bola ditendang oleh Ali.


6. Kucing itu dikejar oleh anjing.

AYAT PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF


Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja
pasif di- dan ter-
Contoh:

7. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.


8. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.

Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan
ke-...-an. Dalam ayat berbentuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diperlukan.
Contoh:

9. Mereka kehujanan sepanjang hari.


10. Petani tua itu kepanasan setiap hari.
11. Surat anaknya belum berjawab.
12. Baju kurung untuk adik berjahit dengan benang emas.

AYAT PASIF DENGAN KATA GANTI NAMA DIRI ORANG PERTAMA DAN KEDUA

Untuk ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal
ini demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima
kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang
hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas,
yakni"aku" - "ku-", "engkau" - "kau" dsb.
Contoh:

13. Makanan itu belum aku rasai lagi.


14. Makanan itu belum kurasai lagi.
15. Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
16. Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
AYAT PASIF DENGAN KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KETIGA
Contoh:

17. Sajak itu ditulis oleh Cikgu Ali.


18. Tikus dikejar oleh kucing di tepi longkang.
19. Khemah itu telah didirikan oleh mereka.
20. Buku Sejarah Melaka akan dibeli oleh ayah apabila bertandang ke pesta buku esok.

AYAT PASIF DENGAN KATA BANTU PASIF KENA

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh yang
berikut:

Contoh:

21. Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).


22. Budak-budak itu kena kejar (oleh anjing).
23. Pemuda itu kena pukul (oleh rakannya).

LATIHAN:
Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut gramatis atau sebaliknya.

1. Cerpen itu telah ditulis oleh saya. ( )


2. Projek tersebut telah mereka siapkan. ( )
3. Karangan itu saya telah hasilkan. ( )
4. Ladang kelapa sawit itu diusahakan oleh Pak Ali. ( )
5. Surat itu perlu kamu balas segera. ( )
6. Kaki Mei Leng tertusuk oleh duri sewaktu bermain ( )
7. bola jaring di padang. ( )
8. Adik Mei Leng kena marah oleh ibu. ( )
9. Sayur-mayur itu telah Nyonya Tan beli. ( )
10. Orang tua itu sedang bersenam. ( )
11. Warkah daripada Mutu kamu perlu balas segera. ( )
12. Remaja itu kemalangan semalam. ( )
13. Hasrat tuan hamba telah hamba tunaikan kelmarin. ( )

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai