Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.


Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang
Sombong”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.

Yang tersedar, dengar-dengarkan

Yang terdengar fikir-fikirkan.

        Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.


Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut
kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.

     Pada suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan


satu  perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan
singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan
bersuara.

          “ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin


terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama
berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.

          “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “ Siapa 
ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba
tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba
menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan
kebolehan Tebuan.
           “Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.”
Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,
marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.”
Kata Sang Kancil  dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh
penghuni rimba itu.

          Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan.  Tiba di suatu
tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

          “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani.

“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.

“ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan


azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar.” Jawab Tebuan penuh semangat.

          “ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa


itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya.
Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan  mengambil
kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa
yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.

          Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi


tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat
gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan
yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka
menyanjung keberanian tebuan itu.

          Ingat kawan-kawan,

1.    Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil

tidak semestinya lemah.

2.     Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah selalu.

3.    Kita mesti berusaha jika ingin berjaya

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecil jangan disangka


anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat
kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai