Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH

KEMAMAN, TERENGGANU.

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN KOLAM IKAN
SMA AL FALAH

1.0 PENDAHULUAN

Kolam Ikan di adalah merupakan salah satu sumber pengajaran di luar bilik darjah. SMA Al-
Falah telah mewujudkan kolam ikan dibawah pengawasan Panitia Sains.Tujuan kertas kerja
ini adalah untuk membentangkan beberapa cadangan dan memohon peruntukan yang perlu
dilakukan untuk penambahbaikan Kolam Ikan SMA Al-Falah.

2.0 OBJEKTIF

Objektif projek ini adalah seperti berikut :-

1. Memupuk minat murid supaya meminati mata pelajaran Sains.


2. Menanam sikap cinta akan alam sekitar.
3. Guru dan murid dapat melakukan aktiviti luar semasa pengajaran dan pembelajaran
Sains.
4. Mewujudkan sebuah Kolam Ikan yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap
dan susun aturnya.
5. Untuk mendapatkan peruntukan yang diperlukan dari pihak sekolah untuk proses
pemulihan dan penambahbaikan yang difikirkan perlu.
6. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan
penambahbaikan Kolam Sains Sekolah.

3.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En. Ishak Bin A. Rahman


(Pengetua SMA Al – Falah)
Pengerusi : En. Ahmad Faizul Bin Abd. Ghani
(PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Hjh. Jamilah Binti Ismail
(GKMP Sains & Matematik)
Setiausaha : Pn. Aini Adawiah Binti Ahamad
(Panitia Sains)
AJK Guru & Kakitangan : Semua sains dan pembantu makmal.
AJK Pelajar : Pelajar Persatuan Sains dan Matematik
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
-Seperti dalam lampiran 1-

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Setelah dibuat penilaian dan perbincangan dengan guru-guru sains,beberapa cadangan telah
diutarakan dan diharapkan mendapat pertimbangan daripada pihak pengurusan untuk diambil
tindakan segera , antaranya ialah :
1. Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di sekitar kawasan
sekolah
2. Membina landskap yang menarik disekitar kolam sains sekolah
3. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.

6.0 PENUTUP

Projek Penambahbaikan Kolam Ikan bermatlamat untuk memupuk perasaan cinta akan
alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Selain, menarik minat murid terhadap
matapelajaran Sains, taman ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran Sains
lebih menarik dan berkesan. Besarlah harapan saya sekiranya projek ini mendapat sokongan
dan kelulusan dari pihak sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... ........................................
Pn Aini Adawiah Ahamad Pn. Hajjah Jamilah Ismail
Panitia Sains GKMP SAINS & Matematik
SMA AL-FALAH SMA AL-FALAH

Disah dan di sokong oleh,

..........................................
En. Ishak Bin A. RAhman
Pengetua SMA Al- FALAH
LAMPIRAN 1

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Bahan Kuantiti Harga Peruntukan


1 Kolam Ikan Mini ( 1 set, 1 set RM 1000.00 PCG Panitia
sistem pam dan kolam ) Sains
2 Kos penyelenggaraan  RM 300.00
3 Memasang Papan Tanda RM 100.00
4
JUMLAH RM1400.00

Jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah RM 1400


Peruntukan adalah dengan menggunakan duit dari PCG Panitia Sains.

Anda mungkin juga menyukai