Anda di halaman 1dari 15

ETIKA KEGURUAN

a) Kod Etika Keguruan


b) Kepentingan Kod Etika
Keguruan
PENGENALAN

 Profesion keguruan mempunyai kod etika tersendiri.

 Kod etika keguruan merupakan garis panduan yang bertujuan


meningkatkan tahap kualiti, produktiviti & yang berkaitan dengan
disiplin dalam perkhidmatan.

 Ia juga berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan & nilai


serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Kod Etika Keguruan yang diamalkan adalah berlandaskan Etika Kerja
Kementerian Pendidikan Malaysia. Etika Kerja Kementerian Pendidik Malaysia
perlu dilaksanakan & dihayati berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :-

 Niat yang betul

 Perlakuan yang baik

 Penggerak ke arah kebaikan

 Mengotakan apa yang dikatakan

 Berdisiplin & beradab

 Menghargai & bertanggungjawab terhadap


hasil usaha organisasi.
Walaupun terdapat banyak nilai mulia tetapi 7 nilai utama menjadi fokus
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan prinsip yang
dinyatakan. Nilai-nilai itu adalah seperti berikut :-

Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang
KOD ETIKA PROFESION
KEGURUAN
o Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionalnya & akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion keguruan.

o Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri & kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

o Dalam semua hubungan & tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

o Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid


mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian.

o Guru haruslah menumpkan perhatian & memberi pengajaran kepada setipa


muridnya tidk kira bangsa & agama atau kepercayaan.

o Guru haruslah bertugas sebagai ‘pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diteriama oleh masyarakat.
•Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

•Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu dalam kalangan


muridnya dan membimbing mereka memperkembang potensi mereka dari
segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

•Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit


mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang dan agensi yang tidak
berkenaan.

•Guru harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjah profesion keguruan.
• Guru tidak harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.

• Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya


supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan berguna.

• Guru tidak harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh


mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya.

• Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik
atau ‘’role model’’ kepada muridnya.

• Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk


pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
• Guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.

• Guru tidak harus memaksa kepercayaan, keagamaan, politik


persendirian terhadap muridnya.

• Guru tidak harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa
atau ahli masyarakat dalam menjalankan profesion.

• Guru tidak harus menjatuhkan nama baik guru lain.

• Guru haruslah menggunakan cara yang sah sahaja, iaitu berdasarkan


kecekapan untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan
pekerjaan.

• Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesa-


besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion keguruan.
KEPENTINGAN
KOD ETIKA
KEGURUAN
Kod etika menyediakan garis panduan
bagaimana bertingkah laku dalam
profesion keguruan, sesuai untuk dirujuk
dan diamalkan oleh guru.

Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas


tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan, membolehkan guru
lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab
mereka.
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika
Perguruan di negara ini menu jukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika di negara lain, guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan
sama ada di negara ini atau negara lain.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk


menyemak semula kod ini dapat dilakukan,
kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan


imej profesion perguruan secara hitam putih dan
rasmi, membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan
berat serta menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.

Anda mungkin juga menyukai