Anda di halaman 1dari 18

KONSEP PSIKOLOGI

DAN SOSIOLOGI
PENDIDIKAN
PENGENALAN

• Ilmu dan kemahiran adalah penting dan


perlu diberi penekanan bagi keberkesanan
pengajaran seseorang guru.
• Guru perlu kuasai ilmu dengan jelas,
keupayaan menterjemahkan,
kesungguhan untuk bertindak secara
proaktif, kemahiran tingkah laku dan
sebagainya.
• Para pendidik dan guru pelatih perlu
menyediakan diri untuk kuasai subjek,
mahir dan berketrampilan dalam
pedagogi, memahami perkembangan
murid, penyayang, memahami psikologi
pembelajaran, kemahiran kaunseling dan
mahir menggunakan teknologi terkini.
• Selain ilmu pedagogi, ilmu psikologi dan
sosiologi pendidikan perlu diberi
penekanan.
KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN

• Psyche bererti jiwa


• Logos bererti kajian tentang sesuatu.
• Psikologi - kajian mengenai tingkah laku
manusia yang dibuat secara sistematik
dan saintifik.
• Satu disiplin ilmu mengkaji tingkah laku
manusia dan haiwan khasnya pemikiran,
perasaan, naluri, potensi, kecerdasan,
keperluan dan tindak balas manusia
terhadap rangsangan persekitaran sosial.
• Baron : psikologi kajian mengenai
tingkahlaku manusia dan proses mental.
• Cambridge International Dictionary of
English : Kajian saintifik mengenai cara
manusia berfikir dan pengaruhnya
terhadap tingkah laku.
• Davidoff (1976): kajian saintifik tentang
tingkah laku manusia dan haiwan secara
nyata atau terselindung.
• Kajian secara nyata (overt) merujuk
kepada kajian tingkah laku yan dapat
diperhatikan, dinilai atau diukur. Contoh
ketawa, pergerakan, mengapa kanak-
kanak menghisap jari, berjalan, menari,
berlari ( Contoh lain?)
• Kajian selindung ( covert) kajian tentang
keperluan , emosi, naluri, motivasi,
kecerdasan ( contoh lain?)
• Fantino (1974) : kajian tentang aktiviti
mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran
kebimbangan dan tekanan.
• Syed Ismail dan Ahmad subki ( 2014),
psikologi ialah kajian tingkah laku iaitu
naluri, desakan, keperluan dan motivasi.
• Psikologi pendidikan ialah ilmu yang
mempelajari penerapan teori-teori
psikologi dalam pendidikan.
NALURI

• Freud mengelaskan naluri :


a) Naluri Hidup = berkaitan dengan
pertumbuhan dan perkembangan
b) Naluri Kematian = bunuh diri
• Naluri ialah kuasa dalaman bagi
menggerakkan seseorang untuk
meneruskan sesuatu. ia secara
semulajadi, kompleks dan agak kekal.
Kewujudan bukan disebabkan sebarang
rangsangan.
Contoh naluri

• Naluri ingin tahu- mendorong utk


menyiasat
• Naluri melarikan diri
• Naluri ingin meniru
• Naluri untuk melawan
• Naluri mencari makan
• Naluri memperagakan diri (contoh lain.....)
DESAKAN

• Desakan timbul disebabkan ingin


memenuhi sesuatu keperluan makanan,
minuman, oksigen dan lain-lain yang tidak
dipenuhi. Terbahagi 3:
1. Desakan Kelaparan
2. Desakan Kehausan
3. Desakan Seks

• Desakan akan berterusan selagi fisiologi


tidak dipenuhi. Ia mendorong seseorang
bertindak untuk memenuhi keperluannya.
KEPERLUAN

• Keperluan menghuraikan mengenai motivasi sebenar. Ia


dikehendaki oleh seseorang untuk berfungsi.
• Keperluan asas makanan, air, udara dan suhu bagi
keseimbangan badan. Keperluan yan tertinggi adalah
keperluan mencapai hasrat diri.
• Maslow pengasas idea keperluan :
• Keperluan fisiologi ; dahaga dan lapar
• keperluan keselamatan
• Keperluan kasih sayang
• Self-Esteem ; kedudukan dan penerimaan
• Pencapaian Hasrat Diri
• Unsur keperluan manusia menurut Al-Ghazali ialah
kerohanian, ilmu, adab, kuasa dan jasmani.
MOTIVASI ATAU PERGERAKAN

• Kecenderungan organisma yang


dirangsang oleh sesuatu insentif.
• Rangsangan dalaman (intrinsik) dan
rangsangan luaran (ekstrinsik).
• Rangsangan dalaman kata-kata
semangat, teguran dan sebagainya.
rangsangan luaran seperti pemberian
hadiah, ganjaran .
KONSEP SOSIOLOGI
PENDIDIKAN
• Perkataan sosiologi berasal dari bahasa Latin
iaitu socious yng bermaksud teman.
• Logos (bahasa Yunani) pengetahuan atau kajian
mengenai sesuatu.
• Sosiologi bermaksud pengetahuan atau kajian
mengenai pergaulan hidup manusia atau
masyarakat.
• Kajian mengenai kehidupan dan perubahan
sosial yang berlaku dalam sesuatu masyarakat
dan kesannya dalam institusi sosial.
• Sosiologi kajian mengenai tingkah laku
manusia dalam kelompok.
• Ilmu mempelajari struktur sosial, proses
sosial dan perubahan sosial yang berlaku.
• Kelas-kelas sosial ekonomi
• Roucek dan Wrren ; ilmu yang
mempelajari hubungan manusia dalam
kelompok.
• August Comte; kajian mengenai manusia
sebagai makhluk yang mempunyai naluri
untuk sentiasa hidup bersama ( secara
bermasyarakat)
• Sosiologi pendidikan pula ialah ilmu yang
mempelajari permasalahan pendidikan
dan mencari jalan penyelesaiannya.
• kajian mengenai bangsa, kelas sosial dan
beberapa petunjuk sosial yang
mempengaruhi pencapaian di sekolah.
• Memahami fungsi sekolah, pelajar,
institusi pendidikan, pentadbir, komuniti
dan sebagainya.
PERBINCANGAN

• BINCANGKAN APAKAH
IMPLIKASI PSIKOLOGI
PENDIDIKAN DAN
SOSIOLOGI PENDIDIKAN INI
DALAM PENDIDIKAN
NEGARA KITA?
• HASIL PERBINCANGAN DI
BENTANGKAN DAN DIKUMPULKAN
BAHAN.

• SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai