Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA 

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR


TINGKATAN 1 2021

1.0       PENGENALAN

Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan
perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah.
Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang
berbeza. Murid-murid ini akan merasakan perbezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan
baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara
adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah.
Justeru itu, bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut, program hari
danminggu orientasi telah dirangka untuk membantu murid lebih mengenali persekitaran
sekolah, menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan
dipelajari, mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang
boleh diketahui dengan pendekatan pelbagai aktiviti pelajar yang telah dirancang untuk
mereka. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong
murid-murid berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah, ko-
kurikulum dan disiplin.

2.0       OBJEKTIF

1.  Memberi pendedahan kepada murid-murid baru tentang alam persekolahan sekolah menengah.

2. Mempastikan murid-murid baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan
persekitaran sekolah menengah.

3.    Melatih murid-murid untuk bermotivasi ke sekolah.

3.0       TARIKH

21 – 27 JANUARI 2021          

4.0       TEMPAT
           
RUMAH MASING-MASING
5.0       SASARAN

1
Semua pelajar tingkatan 1,SMK Bayan Lepas

6.0 KAEDAH

I. FACEBOOK
II. TELEGRAM
III. YOU TUBE
IV. WHATSAPP
V. PADLET
VI. GOOGLE FORM

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn Hajah Suhana Bt Mohamed Zamri

Timbalan Pengerusi : Pn Hjh Hasnah Bt Ahmad

Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Rosnah Bt Othman

Naib Pengerusi 2 : Pn Hasnah Bt Hj Tamin

Setiausaha : Pn Siti Hajar Binti Aliyais

Ajk : Semua Guru Tingkatan 1

8.0 TENTATIF

Tarikh Aktiviti

Guru Bimbingan dan kaunseling mewujudkan kumpulan telegram Bersama


21 Januari 2021 murid tingkatan 1 dan menjemput murid untuk menyertainya.

22- 24 Januari 2021 Pendaftaran minggu melalui google form yang telah disediakan.
25 Januari 2021 Mempromosikan Program Minggu Eorientasi melalui whatsapp
26 Januari 2021 Murid mengisi borang maklum balas pra program

26-27 Januari 2021 Slot 1 : Taklimat kaunselor


Slot 2 : Ucapan barisan pentadbir
Slot 3 : Tak kenal maka tak tahu
Slot 4 : Kenali diriku
Slot 5 : Ucapan guru kelas
Slot 6 : Slot sembang santai Bersama guru kelas (Padlet)
Slot 7 : Tip-tip persediaan ke alam sekolah menengah

2
9.0 OUTPUT/OUTCOME

Output 100% murid dapat input mengenai persekitaran dan budaya sekolah menengah.

Outcome 100% murid peralihan dan tingkatan 1 tahun 2021 tiada masalah untuk mencari
kelas atau bilik khas sewaktu Pdpc dan mengenali guru-guru yang penting untuk
menjalani aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
***** Aplikasi semasa hari persekolahan secara bersemuka

10.00 KEWANGAN

BIL PERKARA KOS


1 HADIAH CABUTAN BERTUAH RM 3.00 X 10 ORANG
ALAT TULIS
-PEN HITAM
-PEN BIRU
-PEMBARIS
-PENSIL
-PEMADAN
JUMLAH RM30.00
SUMBER KEWANGAN PCG KAUNSELING

*10 Orang Murid Yang Berjaya Cabutan Bertuah

Pemilihan Dikira Kepada Murid Yang Membuat Pendaftaran Paling Awal Melalui Google Form.

11.0     PENUTUP
Program ini diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada murid-murid
baru di SMK Bayan Lepas, khasnya semua murid tingkatan 1 . Dalam setiap usaha murni  ini
sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tertentu dan memerlukan
sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya.  Strategidan perancangan yang kemas,
membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.  Kerjasama daripada semua pihak
bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga,
idea dan material.  

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

Siti Hajar binti Aliyais Hasnah bt Ahmad Suhana bt Mohamed Zamri


GBK PK Hem Pengetua

3
LAPORAN PROGRAM MINGGU EORIENTASI TINGKATAN 1 2021

Anda mungkin juga menyukai