Anda di halaman 1dari 2

Adat bahasa menyampaikan pesan

Adat upacara menyampaikan ucapan

Yang saya hormati Tuan Guru Besar SK Jalan Deshon,


En. Marzuki b Haji Raden Mahmud, Yang berusaha barisan Penolong Kanan……..Penolong Kanan
Pentadbiran, Uztaz Mohd. Idris b. Mahmod, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Sulaiman b.
Barahim, Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Callistus Ho, Penyelaras Program Pendidikan Integrasi, En.
Junis ak Ujan, rakan-rakan seperjuangan……para guru SK Jalan Deshon, baik dari aliran Perdana
mahupun dari aliran PPKI, Pembantu Pengurus Murid serta murid-murid yang saya kasihi. Salam
Menjulang Pendidikan Bumi Kenyalang.

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di sini juga kita bersua

Murid-murid dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Perhimpunan bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Tidak banyak yang perlu saya bicarakan.


1. Lawatan susulan pegawai-pegawai dari Unit Pengurusan
Akademik yang ada hubungkaitnya dengan program
LINUS.
2. Aktiviti memberus gigi ditangguh. Begitu juga dengan
kelas bimbingan serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
3. Minggu Ujian baru saja melabuhkan tirainya kelmarin.
Antara rintihan yang kedengaran ialah murid-murid tidak
hormat dengan ujian. Cepat membereskan ujian
sedangkan masa yang diperuntukkan begitu panjang.
4. Kejadian minggu lepas, sewaktu banjir…….harus kita ambil
sebagai ikhtibar……yang cedera……terpaksa dibawa ke klinik.
Keselamatan adalah sesuatu yang seharusnya diambil
enteng atau mudah. Waktu banjir lebih banyak
mengundang bahaya sekiranya kita lalai.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Dari Kedah ke Pekan Sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai