Anda di halaman 1dari 4

Kelebihan Dan Kekurangan TV Plasma/LCD/LED/OLED

Teknologi semakin berkembang dari semasa ke semasa tidak terkecuali juga television.
Perkembangan teknologi yang semakin pesat memberi impak kepada banyak penemuan
baru. Kesannya TV pada hari  ini semakin nipis serta boleh mengeluarkan imej yang
berkualiti tinggi (HD) & 3D.

TV Plasma

Teknologi TV Plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin
itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah
sempit di mana  gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa
proses pengeluaran. Gas ini akan  dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV
Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi  kemudian mengetukphospor merah, hijau
dan biru sehingga mencipta sebuah gambar. Setiap kumpulan  phospor merah, hijau dan
biru ini disebut pixel (elemen gambar).

Kelebihan
Screen TV Plasma diperbuat dari kaca, walaupun TV ni berat sedikit tapi selamat kerana
tahan lasak sedikit.
Harga TV Plasma lebih murah berbanding LCD.
Keburukan
Burn in, iaitu masalah yang akan timbul apabila TV kita mainkan imej statik terlalu lama,
contohnya logo rancangan National Geographic, bila terlalu lama boleh meninggalkan bekas
di situ.
Life span, ada jangka masa sebelum TV Plasma korang jadi kurang cerah (brightness)
sehingga 50%  dari asal selepas 17 tahun.

Banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan imej dari gas.


Skrin silau apabila kedudukan TV berdekatan dengan sumber cahaya seperti lampu dan di
tepi tingkap.  kerana Skrin diperbuat dari kaca.
TV LCD (Liquid Crystal Display)

TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat
daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi akan dilekatkan antara satu
sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu
hablur cecair. Kemudian, tenaga elektrik disalurkan melalui setiap individu hablur yang mana
membernarkan kristal untuk menyekat cahaya bagi menghasilkan imej. Krital LCD tidak
menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran seperti mentol lampu neon
diperlukan supaya imej yang dihasilkan oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton.

Tidak seperti TV Plasma. Disebabkan tiada phospor yang menyala, kurang tenaga elektrik


yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya TV LCD sekaligus dapat mengurangkan
haba. Selain itu, dengan teknologi TV ini, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu
sendiri.

Kelebihan
Skrin macam plastik dan ringan.
Kualiti imej sama macam TV Plasma.
Kurang silauan lampu dan cahaya kerana skrin bukan diperbuat dari kaca.
Risiko skrin untuk pecah adalah sedikit.

Keburukan
Berkemungkinan ada masalah untuk dead pix.
Tidak mesra alam kerana menggunakan raksa (mercury) semasa proses pembuatannya.
Agak mahal.
TV LED (Light Emitting Display)

Bila datang teknologi LED (ada 2 jenis iaitu Full LED & Edge LED), Sumber cahaya yang
digunakan sebelum ni, ditukarkan dari lampu kepada LED. Ini membolehkan gambar lebih
jelas sebab LED lebih fokus dan tak berkelip. Full LED disusun penuh dibelakang LCD.
Kalau Edge LED, LED tersebut disusun hanya di sekeliling bingkai belakang skrin LCD.

TV LED tak sama macam TV biasa. Kualitinya pula luar biasa kerana LED menggunakan
teknologi lampu LED yang terlalu banyak untuk menghasilkan imej pada skrin.

Kalau semasa menonton movie atau drama, jika cerita itu memaparkan pada waktu siang
ataupun pelbagai warna. Ini bermakna lebih banyak lampu LED akan beroperasi untuk
menghasilkan imej cerita .

Sebaliknya, jika cerita itu mengisahkan pada waktu malam seperti di tempat-tempat gelap.
Maka, hanya sesetengah lampu LED saja yang beroperasi yang selebihnya tidak beroperasi
kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam. Sebab itu, TV LED ini menjimatkan
tenaga elektrik.

Jika ada 2 - 5 lampu LED pecah atau rosak. TV LED masih boleh berfungsi seperti biasa.
Cuma kita tidak tahu sejauh mana lampu LED boleh bertahan. 
Kelebihan
Kualiti gambar cantik (HD)
Kurang berat kerana nipis.
Jimat tenaga elektrik sehingga 40%.

Life span, TV LED kurang menghasilkan haba dan saiz panel jadi semakin nipis serta mesra
alam kerana menggunakan mercury free technology.
Warna hitam nampak lebih asli.

Keburukan
50% lebih mahal dari LCD. namun harga itu semakin jatuh sehingga sekarang.

OLED/AMOLED (Organic Light Emitting Diode)

OLED/AMOLED pula adalah benda yang sama. Satu dari Sony, dan lagi  satu dari
Samsung. Apa kelebihan dia? Sebelum ni, skrin LCD perlukan sumber cahaya dari belakang
untuk paparkan cahaya. Dengan OLED, skrin LCD tersebut ditukarkan dengan OLED. Apa
itu OLED? Ianya adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh
skrin diletakkan LED yang bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut
signal yang diterima. Jadi, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni.

Kelebihan
Lebih nipis (sebab tak perlu letak lampu atau LED kat belakang skrin).
Kontras image lebih tinggi.
Boleh hasilkan true black (bila image paparkan warna hitam, OLED yang berkenaan dekat
area tersebut akan hanya offkan cahaya dia.
Nipis hingga boleh lentur.
Kurang guna tenaga (sebab tiada lampu/LED background).

Keburukan
Harga mahal.

Anda mungkin juga menyukai