Anda di halaman 1dari 3

Program Diskusi Santai (Moderator) Teks

Kata-kata aluan
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sama-
sama kita berkumpul di dalam majlis ilmu pada malam ini.
Insya-Allah saya selaku moderator program Diskusi Santai :Media Sosial Membawa kepada
Saham Dosa atau Saham Akhirat akan menerangkan sedikit sebanyak latar belakang panel-
panel kita pada malam ini insya-Allah.

Panel 1: Saudari Ulya Azhari


Nama : Shyrellyn @ Nur Alliya Maisarah Orbanus binti Abdullah
Asal usul : Kg Pamilaan. Sabah
Pendidikan : -sekolah menengah ugama islamiah tambunan
- Seterusnya beliau menyambung pengajian ke university al-azhar dalam bidang ulum
islamiah . kemudian menyambung pengajian sarjana syariah dan undang-undang
duniversiti Malaya. Beliau berasal daripada agama Kristian katolik dan mula
memeluk agama islam pada tahun 2005.

Baik kita teruskan pengenalan panel kedua kita. Dan insya- Allah panel kedua kita ni tidak
asing lagi di upsi dan saya yakin semua dikalangan kita mengenali nya.

Iaitu
Panel 2 : saudari Fatin Husna

Nama :Nurul Fatin Husna bt Mohd Ashab


Daripada kos ismp bimbingan dan kaunseling
Asal : Kuala Terengganu
Pendidikan beliau mengambil diploma pendidikan awal kanak-kanak di upsi. Seterusnya
menyambung degree dalam jurusan bimbingan dan kaunseling.
Pengalaman kepimpinan :
Merupakan mantan exco kelab sahabat ulul albab.
Kemudian merupakan mantan majlis perwakilan pelajar pada sidang yg lepas 19/20. Beliau
pernah dijemput sbgai speaker untuk beberapa siri program dan berpengalaman ke sekolah
sebgai fasilitator.
Baik itulah latar belakang panel-panel kita pd malam ini insya-allah

Jadi kita sambung pada agenda utama kita iaitu


Forum program diskusi santai : media social membawa kepada saham dosa atau saham
akhirat.
Seperti yang kita maklum media bermaksud alat atau pengantara dalam komunikasi .
manakala social bermaksud sgla hal yg berkaitan dengan kemasyarakatan.
Sy ada membaca petikan ayat suci al-quran yg bermaksud : dan negeri yg baik (tanah nya)
tanaman –tanamannya tumbuh dgn subur dgn izin ALLAH dan negeri yg tidak baik tanahnya
tidak tumbuh tanahnya melainkan bantut. (surah al- a’raf ayat 58).
Dan begitu kita kaitkan dalam media social pd hri ini terlalu byk ujian buat pengguna nya. Jdi
kita teruskan untuk mengetahui pendapat drpd ahli panel insya- Allah.
Baik soalan 1 saya akan diajukan kepada saudari ulya,

Pada pandangan saudari, adakah media social ini mampu membawa kita kepada
banyaknya pahala atau banyaknya dosa?

Ulasan :……..

Kita teruskan kepada panel kita yang kedua baik saudari fatin husna

Bagaimana tindakan saudari , sekiranya fitnah itu berlaku trhdp diri sendiri?

Ulasan :..........

Baik kita teruskan soalan yg kedua kpd saudari ulya


Apa kebaikan yg kita boleh di media social dan cara untuk kita mengelakkan diri drpd
melakukan fitnah?
Ulasan :……..

Okay kita teruskan kepada kepada kak fatin husna


Apakah impak yang yg bakal diterima oleh pengguna social media jika menyebarkan
fitnah / berita palsu . dan apa balasan nya di akhirat kelak?

Ulasan :………

Kesimpulan…

Soalan drpd peserta fb live..

Ini yg sajidah fikir la akak haha kalau ada silap betulkan ye. 

Anda mungkin juga menyukai