Anda di halaman 1dari 11

NOTA AKHIR

EKONOMI SPM 2020

BAB 1

FAKTOR-FAKTOR
MAKSUD GANJARAN
PENGELUARAN
Tanah Sumber alam semulajadi yang penawarannya terhad Sewa
Buruh Individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran Upah
Modal Alat atau wang yang dapat meningkatkan pengeluaran Faedah
Usahawan Individu yang menggabungkan semua faktor pengeluaran dengan cekap Untung

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (analisis kekurangan, pilihan dan kos lepas)

KKP menunjukkan had pengeluaran maksimum yang boleh dihasilkan oleh sesebuah negara dengan menggunakan faktor pengeluaran
sedia ada dan tingkat teknologi yang tetap [1].

Terdapat empat andaian KKP iaitu negara hanya mengeluarkan dua jenis barang, faktor pengeluaran tetap, tingkat teknologi tetap dan
ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh [1].

Kereta (unit)

100 A
B
90
75 C
G
55 D

F

E
0 1 2 3 4 Rumah (unit)
[3] markah untuk keluk KKP

Kekurangan merujuk kepada ketidakupayaan ekonomi atau pengeluaran yang tidak boleh dicapai kerana faktor pengeluaran yang terhad
[1]. Masalah kekurangan dapat ditunjukkan pada titik G iaitu kombinasi pengeluaran di luar keluk KKP [1].

Masalah kekurangan menyebabkan firma membuat pilihan. Firma boleh memilh sebarang kombinasi di sepanjang KKP [1] sama ada
mengeluarkan kereta sahaja (titik A) atau mengeluarkan rumah sahaja (titik E) atau kedua-duanya sekali (titik B, C dan D) [1]. Pilihan firma
berdasarkan pengeluaran yang dapat memberikan keuntungan yang maksimum [1].

1
Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin diperoleh daripada pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan [1]. Dapat ditunjukkan
oleh kecerunan KKP yang negatif [1]. Kecerunan negatif ini menunjukkan apabila pengeluaran rumah ditambah, maka pengeluaran kereta
akan dikurangkan [1]. Contohnya, jika firma ingin menambahkan pengeluaran rumah dari 2 unit ke 3 unit, maka kos lepasnya ialah 20 unit
kereta (75-55 unit kereta) [1].

Pada titik F, berlaku ketidakcekapan pengeluaran kerana faktor-faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya [1]. Contohnya masalah
pembaziran dan pengangguran [1].

MASALAH EKONOMI (unit-unit ekonomi)

UNIT EKONOMI KEKURANGAN PILIHAN KOS LEPAS


Isi rumah Wang / pendapatan Memilih barang yang dapat memaksimumkan kepuasan Barang kedua terbaik yang
terpaksa dilepaskan
Firma Faktor-faktor Memilih keluaran yang dapat memaksimumkan Keluaran kedua terbaik
pengeluaran keuntungan yang terpaksa dilepaskan
Kerajaan Pendapatan negara Memilih projek pembangunan yang dapat Projek pembangunan
memaksimumkan kebajikan rakyat kedua terbaik yang
terpaksa dilepaskan

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SEK DAN SEPP

SISTEM EKONOMI KELEBIHAN KELEMAHAN


Sistem Ekonomi Kapitalis 1. Kepuasan individu dan masyarakat dapat 1. Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi
dimaksimumkan 2. Mewujudkan masyarakat materialistik
2. Kecekapan dalam penggunaan sumber 3. Agihan pendapatan yang tidak setara
3. Menggalakkan perkembangan teknologi 4. Kesan luaran negatif
5. Mewujudkan kuasa monopoli
Sistem Ekonomi 1. Agihan pendapatan yang seimbang 1. Pilihan individu terhad
Perancangan Pusat 2. Kebajikan masyarakat diutamakan 2. Kurang motivasi untuk bekerja kuat
3. Pengeluaran berskala besar 3. Keusahawanan individu terhad
4. Peruntukan sumber ke arah kebajikan masyarakat 4. Risiko kesilapan dalam membuat keputusan

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI ISLAM

Sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam [1]


- Mencapai matlamat sistem ekonomi Islam iaitu al-Falah (kebahagian di dunia dan akhirat) [1]
- Keputusan ekonomi berlandaskan hukum Islam [1]
- Aktiviti tidak halal seperti perjudian dan penipuan diharamkan [1]

Persaingan yang adil dan saksama [1]


- Persaingan yang sihat wujud dalam kalangan pengeluar [1]
- Individu dan pengeluar bebas memiliki kekayaan asalkan tidak bertentangan dengan hukum Islam [1]
- Kerajaan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang-undang [1]

Kepentingan antara individu dan masyarakat yang seimbang [1]


- Kepentingan awam lebih diutamakan berbanding kepentingan individu [1]
- Kerajaan mengeluarkan barang awam untuk kebajikan masyarakat [1]
- Golongan yang mampu akan membayar zakat untuk diagihkan kekayaan mereka kepada golongan kurang mampu [1]

2
BAB 2
KESAN PERUBAHAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN KE ATAS KESEIMBANGAN PASARAN

Apakah yang berlaku terhadap pasaran kereta apabila berlakunya peningkatan dalam teknologi? (contoh soalan)

JIKA 2 MARKAH SAHAJA:

Peningkatan teknologi akan menyebabkan penawaran kereta oleh firma bertambah


Permintaan kereta tetap
Berlakunya lebihan penawaran kereta
Harga kereta akan jatuh

JIKA 5 MARKAH: Lukis keluk keseimbangan pasaran

Harga (RM)

D0 S0 S1

E0
P0
E1
P1

S0
S1 D0

0 Q0 Q1 Kuantiti (unit)
- Peningkatan teknologi akan menyebabkan penawaran kereta oleh firma bertambah.
- Keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0 ke S1.
- Keluk permintaan tetap pada D0.
- Pada harga P0 berlakunya lebihan penawaran, maka harga akan menurun ke P1.
- Keseimbangan pasaran baharu tercapai pada titik E1 apabila keluk permintaan D0 bersilang dengan keluk penawaran baharu S1.
- Harga keseimbangan baharu ialah P1 dan kuantiti keseimbangan baharu ialah Q1.

PENENTU PERMINTAAN DAN PENAWARAN

PENENTU
PERMINTAAN 1. Harga barang itu sendiri
2. Citarasa
3. Pendapatan
4. Harga barang lain (pengganti dan penggenap)
5. Dasar kerajaan (cukai pendapatan individu)
6. Musim ( usim perayaan, cuti sekolah)
7. Jangkaan harga pada masa depan
PENAWARAN 1. Harga barang itu sendiri
2. Tingkat teknologi
3. Harga input / faktor pengeluaran
4. Matlamat pengeluar

3
5. Cuaca (musim tengkujuh)
6. Dasar kerajaan
7. Jangkaan harga pada masa depan

PENENTU KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN

PENENTU KEANJALAN
PERMINTAAN 1. Jenis barangan
(barang mewah – permintaan anjal, barang keperluan – permintaan tidak anjal)
2. Bilangan barang pengganti
(banyak pengganti – permintaan anjal, tidak mempunyai pengganti – permintaan tidak anjal)
3. Bilangan kegunaan
(kegunaan yang banyak – permintaan anjal, kegunaan terhad – permintaan tidak anjal)
PENAWARAN 1. Bilangan firma
(bilangan firma yang banyak – penawaran anjal, bilangan firma yang sedikit – penawaran tidak
anjal)
2. Ketersediaan stok
(Jika firma ada banyak stok – penawaran anjal, jika firma kurang stok – penawaran tidak anjal)
3. Faktor masa
(jangka masa panjang – penawaran anjal, jangka masa pendek – penawaran tidak anjal)

BAB 3
FUNGSI BANK PUSAT

1. Jurubank kepada kerajaan:


- Mentadbir akaun kerajaan
- Mengurus hutang kerajaan
- Memberi pendahuluan sementara
- Memberi nasihat pelaburan
- Mengurus pertukaran asing

2. Jurubank kepada bank perdagangan:


- Mengawal nisbah rizab berkanun dan tunai
- Menyelaraskan hutang dan cek bank perdagangan
- Sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan

FAKTOR PEMILIHAN PEKERJAAN

1. Upah (lumayan, upah tinggi)


2. Faedah sampingan (bonus, cuti tahunan, rawatan perubatan, elaun, penginapan)
3. Suasana tempat kerja (selesa, bersih, risiko rendah, selamat, berhawa dingin)
4. Lokasi tempat kerja / jarak (lokasi tempat kerja yang dekat dengan tempat tinggal)
5. Kelayakan akademik (SPM, STPM Ijazah)
6. Pengalaman dan kemahiran (pengalaman kerja, kemahiran khusus)
7. Prospek pekerjaan (peluang kenaikan pangkat, naik gaji, peluang melanjutkan pelajaran)
8. Jaminan kerja (sektor awam)
9. Minat

4
JENIS-JENIS PENDAPATAN INDIVIDU

JENIS PENDAPATAN PENENTU KEANJALAN


UPAH  Ganjaran kepada buruh
 Kerana menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
 2 jenis upah:
(a) Upah wang / nominal
- Upah yang diterima dalam bentu ringgit
(b) Upah benar
- Jumlah barang yang mampu dibeli oleh individu dengan sejumlah upah wang
- Upah benar = upah wang / harga purata barang
- Apabila harga purata barang meningkat, upah benar akan menurun
(menunjukkan kuasa beli pengguna terjejas akibat peningkatan harga barang)
SEWA  Ganjaran kepada pemilik faktor tanah
 Kerana sanggup memberikan hak penggunaan kepada orang lain
UNTUNG  Ganjaran kepada usahawan
 Kerana sanggup menghadapi risiko, menyelaraskan faktor-faktor pengeluaran,
menyumbangkan idea kreatif
FAEDAH  Ganjaran kepada pemilik modal wang
 Kerana sanggup menangguhkan perbelanjaan pada masa kini

KAEDAH PEMBAYARAN TUNAI / KREDIT

KAEDAH PEMBAYARAN KELEBIHAN KELEMAHAN


BAYARAN SECARA 1. Harga lebih murah 1. Tidak dapat menikmati barang kehendak
TUNAI 2. Harga boleh dirunding kerana kekurangan tunai
3. Berbelanja secara berhemat 2. Risiko kehilangan tunai
4. Menikmati diskaun tunai 3. Kurang sesuai untuk membeli barang mahal
5. Barang terus menjadi hak milik kerana melibatkan jumlah wang yang banyak
BAYARAN SECARA 1. Dapat menikmati barang walaupun harga belum 1. Pembayaran lebih tinggi kerana dikenakan
KREDIT dijelaskan sepenuhnya faedah
2. Meningkatkan taraf hidup pengguna 2. Barang boleh ditarik balik jika tidak mampu
3. Meringankan beban kewangan pembeli kerana membayarnya
dapat bayar ansuran bulanan yang rendah 3. Mendorong pengguna berbelanja melebihi
4. Menggalakkan pembeli merancang perbelanjaan kemampuan / pembaziran berlaku
5. Pembeli boleh menjana pendapatan dengan
menggunakan barang yang dibeli secara kredit

JENIS PELABURAN (PERBANDINGAN TAHAP RISIKO, PULANGAN DAN KECAIRAN)

JENIS PELABURAN TAHAP RISIKO PULANGAN KECAIRAN


Simpanan tetap (menyimpan wang di bank perdagangan) Bebas risiko Rendah Tinggi
Hartanah (membeli rumah, lot kedai, tanah) Rendah Rendah Rendah
Unit amanah (melabur dalam saham unit amanah) Rendah Rendah Tinggi
Saham syarikat (membeli saham yang diterbitkan oleh syarikat) Tinggi Tinggi Sederhana
Logam berharga (membeli jongkong emas, perak, platinum) Sederhana Tinggi Rendah

5
KAD DEBIT (KELEBIHAN DAN KEKURANGAN)

KELEBIHAN KELEMAHAN
KAD DEBIT 1. Memudahkan urusan jual beli 1. Risiko kehilangan wang dalam bank kerana kad
2. Ringan dan mudah dibawa debit disambung terus secara online
3. Pembelian barang dan perkhidmatan tanpa 2. Urusan pembayaran hanya setakat baki wang
menggunakan wang yang terdapat dalam akaun sahaja
4. Tidak perlu membawa wang tunai terlalu banyak 3. Sebarang transaksi melebihi akaun tidak
5. Mengelakkan risiko kecurian dibenarkan
6. Dapat mengawal perbelanjaan setiap bulan 4. Bukan semua kedai atau penjual yang menerima
7. Perbelanjaan hanya setakat jumlah wang yang pembayaran secara kad debit
terdapat dalam akaun sahaja 5. Sesetengah tempat hanya menerima kad debit
8. Mengelakkan amalan berhutang sekiranya pembelian melebihi amaun tertentu
6. Urusniaga kecl-kecilan tidak menerima bayaran
secara kad debit

BAB 4
KONSEP FIRMA

Organisasi yang menggabungkan semua faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan.
Matlamat firma ialah memaksimumkan keuntungan. Firma dapat memaksimumkan keuntungan dengan menghasilkan barang dan
perkhidmatan dengan kos yang paling rendah dan menjualkan barang dengan harga yang tinggi.

PERBEZAAN KOS TETAP DAN KOS BERUBAH

KOS TETAP KOS BERUBAH


Merupakan perbelanjaan firma untuk membayar input tetap Merupakan perbelanjaan firma untuk membayar input berubah
Kos yang tidak berubah pada setiap tingkat keluaran Kos yang berubah secara langsung mengikut tingkat keluaran
Masih wujud walaupun keluaran sifar Tidak wujud apabila keluaran sifar
Hanya wujud dalam jangka masa pendek sahaja Wujud dalam jangka masa pendek dan panjang
Contoh kos tetap ialah sewa bangunan, pembelian mesin, Contoh kos berubah ialah gaji pekerja, kos bahan mentah, bil
premium insuran elektrik

PENGIRAAN HASIL DAN UNTUNG

# Contoh soalan

Maklumat di bawah berkaitan dengan pengeluaran pen.

Jumlah pengeluaran 50 000 unit


Harga RM5 seunit
Kos seunit RM3

Hitungkan keuntungan atau kerugian untuk 50 000 unit pen.

6
Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos

Jumlah Hasil (TR) = Harga (P) X Kuantiti (Q)


= RM 5 X 50 000
= RM 250 000

Jumlah Kos (TC) = Kos purata (AC) X Kuantiti (Q)


= RM 3 X 50 000
= RM 150 000

Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos


= RM 250 000 – RM 150 000
= RM 100 000

FAKTOR-FAKTOR PRODUKTIVITI

Produktiviti atau daya pengeluaran ialah keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang digunakan [1].
Produktiviti dapat mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan input [1].

Antara faktor yang mempengaruhi produktiviti ialah kemahiran dan tahap motivasi tenaga manusia [1]. Setiap tenaga manusia
ditempatkan ke posisi kerja mengikut kebolehan dan kemahiran masing-masing [1]. Kemahiran individu ini boleh ditingkatkan melalui latihan
atau program pembangunan diri [1].

Selain itu, setiap organisasi perlu mempunyai prosedur kerja yang sistematik [1]. Perlu ada struktur organisasi dari peringkat pengurusan
hingga ke operasi yang sesuai [1]. Malah, matlamat organisasi perlulah jelas dan mudah diikuti oleh setiap pekerjanya [1].

Produktiviti juga bergantung kepada gaya kepimpinan sesebuah organisasi [1]. Pemimpin harus memiliki kemahiran membuat keputusan
[1] dan berani mengambil risiko dalam setiap tindakannya [1].

Selain itu, faktor persekitaran kerja juga mempengaruhi produktiviti [1]. Susun atur yang sistematik dan kemudahan yang lengkap di tempat
kerja dapat memastikan operasi organisasi berjalan lancar [1]. Tempat kerja yang selesa sudah pasti membantu menaikkan motivasi pekerja
[1].

Faktor seterusnya ialah tingkat teknologi [1]. Penggunaan teknologi yang canggih dan moden dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran
[1]. Ini kerana teknologi dapat menjimatkan masa dan kos pengeluaran [1].

EKSTERNALITI POSITIF DAN NEGATIF

ISU EKSTERNALITI POSITIF EKSTERNALITI NEGATIF


SISTEM  Menjimatkan kos dan masa perjalanan  Kemusnahan hutan semasa pembinaan
PENGANGKUTAN  Mengurangkan kesesakan lalu lintas  Pencemaran udara dan bunyi
(PEMBINAAN JALANRAYA  Mengurangkan masalah pencemaran  Risiko penyakit seperti asma dan batuk kering
/ PERKHIDMATAN ETS)  Mewujudkan peluang pekerjaan kepada  Pengambilan tanah penduduk yang luas
penduduk  Jumlah pampasan atau ganti rugi yang
 Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat diterima oleh penduduk setempat tidak
 Meningkatkan kualiti perkhidmatan setimpal
pengangkutan awam yang lain  Berlaku masalah setinggan di kawasan bandar

7
 Peningkatan kemudahan infrastuktur lain seperti  Penduduk bertambah dan risiko kadar jenayah
jaringan jalan raya meningkat
 Merapatkan jurang pembangunan kawasan  Kos penempatan semula penduduk di
bandar dan luar bandar kawasan terbabit
 Pembukaan bandar-bandar baru di sepanjang
laluan tren ETS
 Permintaan tinggi terhadap industri pelancongan,
perhotelan dan kraftangan
 Merangsang pertumbuhan ekonomi negara
PROJEK PEMBANGUNAN   Masalah pencemaran terutamanya
(PEMBINAAN BANGUNAN pencemarai air akan menjejaskan kebajikan
/ PASAR RAYA / KILANG) masyarakat di kawasan sekitar kilang
 Masyarakat setempat tidak boleh
menggunakan sungai tersebut untuk aktiviti
harian seperti bermandi-manda kerana kualiti
air yang tidak bersih
 Masyarakat terdedah dengan risiko pelbagai
penyakit seperti cirit-birit, muntah dan sakit
perut
 Air yang kotor turut mengeluarkan bau busuk
dan menganggu masyarakat setempat
 Air yang tercemar akan menganggu ekosistem
hidupan air yang terdapat dalam sungai
tersebut (habitat pupus)
 Air sungai tercemar yang mengalir ke laut turut
mengganggu hasil tangkapan ikan para
nelayan
 Penawaran ikan berkurangan
 Asap kilang akan menjejaskan udara dengan
habuk dan debu hingga menimbulkan masalah
kesihatan
 Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan
ozon menjadi punca kepada pemanasan
global
 Kualiti udara yang tercemar juga akan
membantutkan kehidupan flora dan fauna
 Pencemaran bunyi akibat kegiatan kilang akan
mengganggu ketenteraman penduduk
 Penduduk mengalami tekanan perasaan
hingga menganggu tumpuan bekerja / belajar
 Produktiviti berkurang
 Taraf hidup manusia menurun

8
BAB 5
PERANAN KERAJAAN DALAM MENCAPAI OBJEKTIF MAKROEKONOMI

1. Mencapai guna tenaga penuh


- GTP merujuk kepada Kadar pengangguran negara yang kurang 4%
- Menunjukkan kegiatan ekonomi banyak dijalankan
- Jumlah barang dan perkhidmatan di pasaran adalah banyak

2. Menjamin kestabilan harga


- Tingkat harga yang naik secara berterusan akan menyebabkan inflasi
- Jika harga menurun secara berterusan akan berlakunya kemelesetan ekonomi
- Harga perlu stabil untuk menjamin kuasa beli serta kos hidup pengguna

3. Mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan


- Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan mendorong perkembangan dalam aktiviti ekonomi
- Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
- Pendapatan isi rumah meningkat

4. Kestabilan imbangan pembayaran


- Aliran wang yang masuk ke dalam negara lebih tinggi daripada aliran wang ke luar negara akan menyebabkan lebihan
imbangan pembayaran
- Kerajaan berusaha untuk mewujudkan imbangan pembayaran lebihan kerana menguntungkan negara
- Nilai eksport barang akan meningkat serta menggalakkan kemasukan pelabur asing

PERANAN KERAJAAN DALAM MENGAWAL SELIA EKSTERNALITI NEGATIF

Antara peranan kerajaan dalam mengawal selia eksternaliti negatif ialah melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan [1].
Kerajaan boleh mengawal aktiviti firma melalui pemberian lesen [1]. Jika firma tidak mematuhi peraturan, lesen perlu ditarik balik [1]. Kerajaan
mempunyai agensi yang membuat pemantauan aktiviti pengeluaran firma supaya tidak mengancam alam sekitar [1]. Kerajaan juga boleh
menentukan kawasan perindustrian, kawasan perumahan, kawasan industri ringan dan berat [1].

Selain itu, kerajaan juga boleh mengawal eksternaliti melalui pemberian subsidi [1]. Subsidi merupakan bantuan kewangan kerajaan
kepada sesuatu perniagaan atau sektor ekonomi [1]. Subsidi dapat menggalakkan pengeluaran sesuatu barang serta teknik pengeluaran
[1]. Firma yang inginkan subsidi perlu mengeluarkan barang mengikut teknik pengeluaran yang diperkenalkan oleh kerajaan [1]. Contohnya
kaedah teknik hijau [1].

Pengenaan cukai [1] juga dapat membantu dalam mengawal eksternaliti negatif. Cukai dikenakan terhadap pengeluaran yang membawa
kepada pencemaran alam sekitar [1]. Melalui pengenaan cukai, firma akan lebih prihatin terhadap alam sekitar [1].

DASAR FISKAL

INFLASI KEMELESETAN EKONOMI


DASAR FISKAL MENGUNCUP DASAR FISKAL MENGEMBANG
 Meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan  Mengurangkan kadar cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan
perbelanjaan kerajaan  Bertujuan untuk meningkatkan permintaan agregat
 Bertujuan untuk mengurangkan permintaan agregat  Apabila cukai dikurangkan, pendapatan boleh guna meningkat
 Kuasa beli dan permintaan masyarakat meningkat

9
 Apabila cukai dinaikkan, pendapatan boleh guna  Apabila perbelanjaan kerajaan ditambah, perbelanjaan pengguna
menurun meningkat
 Kuasa beli dan permintaan masyarakat jatuh  Firma akan menambahkan pengeluaran
 Apabila perbelanjaan kerajaan dikurangkan,  Lebih ramai tenaga buruh diperlukan
perbelanjaan pengguna dapat dikurangkan  Masalah pengangguran atau kemelesetan ekonomi dapat diselesaikan
 Pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan
 Tingkat harga umum di pasaran akan menurun dan
masalah inflasi dapat diatasi

DASAR KEWANGAN

INFLASI KEMELESETA EKONOMI


ALAT
(DASAR KEWANGAN MENGUNCUP) (DASAR KEWANGAN MENGEMBANG)
Nisbah Rizab Menaikkan nisbah rizab berkanun Menurunkan nisbah rizab berkanun
Berkanun  Jumlah simpanan bank perdagangan di bank pusat  Jumlah simpanan bank perdagangan di bank
bertambah pusat berkurang
 Kemampuan bank perdagangan memberi pinjaman  Kemampuan bank perdagangan memberi
menurun pinjaman meningkat
 Kuasa beli masyarakat menurun  Kuasa beli masyarakat meningkat
Nisbah Rizab Menaikkan nisbah rizab tunai Menurunkan nisbah rizab tunai
Tunai  Jumlah simpanan wang tunai bank perdagangan  Jumlah simpanan wang tunai bank perdagangan
akan bertambah akan berkurang
 Jumlah wang yang boleh dipinjamkan kepada  Jumlah wang yang boleh dipinjamkan kepada
masyarakat dikurangkan masyarakat meningkat
 Kuasa beli masyarakat menurun  Kuasa beli masyarakat meningkat
Kadar Faedah Menaikkan kadar faedah Menurunkan kadar faedah
 Kos pinjaman dan beban hutang bertambah  Kos pinjaman dan beban hutang menurun
 Jumlah pinjaman akan berkurang  Jumlah pinjaman akan bertambah
 Kuasa beli masyarakat menurun  Kuasa beli masyarakat meningkat
Syarat Sewa Beli Mengetatkan syarat sewa beli Melonggarkan syarat sewa beli
 Jumlah pinjaman maksimum dikurangkan  Jumlah pinjaman maksimum ditingkatkan
 Tempoh bayaran balik dikurangkan  Tempoh bayaran balik dipanjangkan
 Ansuran bulanan meningkat  Ansuran bulanan berkurang
 Jumlah pinjaman berkurang  Jumlah pinjaman bertambah
 Kuasa beli masyarakat menurun  Kuasa beli masyarakat meningkat
Surat Jaminan Jual surat jaminan kerajaan Beli surat jaminan kerajaan
Kerajaan  Masyarakat membeli surat jaminan kerajaan dengan  Masyarakat menjual surat jaminan kerajaan dan
wang di pasaran mendapatkan wang
 Aliran wang tunai berkurang  Aliran wang tunai bertambah
 Kuasa beli masyarakat menurun  Kuasa beli masyarakat meningkat

PERBELANJAAN KERAJAAN

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PERBELANJAAN MENGURUS


 Merupakan perbelanjaan pelaburan kerajaan dalam  Merupakan perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang-ulang setiap
membangunkan ekonomi tahun
 Bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat  Bertujuan untuk melancarkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan
 Contoh: pembangunan sektor sosial  Contoh: bayaran pencen

10
11

Anda mungkin juga menyukai