Upsr Karangan BM

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 27

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah


memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi.
Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar,
majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai
berdekatan rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan
menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat
khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara
sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu
akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita
ketahui.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan
perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis
karangan dengan ayat yang lebih garamtis kerana lebih banyak perkataan
yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak
pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan
pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.  
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini
kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti
komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam
memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai
atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting
terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini
juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak
sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita
cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa
Faedah Menabung

       Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa


hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung
memberi banyak faedah kepada kita.

     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-


cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit
yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

     Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan


ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga
membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa
pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan
berdikari itu.

     Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika


kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain
itu, wang ini juga boleh digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau ditimpa
kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. 

     Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita


menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan
atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan
masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak
menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak


kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu ,
mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Kepentingan Memelihara Alam Sekitar
      
    Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-
tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam
sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

    Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang
terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah
sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak  tercemar
akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

     Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam


keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas
oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga
memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.

    Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal


yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan
menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti
pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan
keseimbangan alam sekitar.

    Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang
perlu dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan
yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis
ikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya
pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

    Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada


pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih
baik.Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai
kepada generasi akan datang
KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK

          Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan


seperti kentang goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari
oleh kanak-kanak. Terdapat banyak keburukan makanan ringan kepada
kanak-kanak.

          Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak


mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini
tidak mempunyai zat untuk membantu pembesaran kanak-kanak. Kanak-
kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label pembungkus
makanan tersebut.
         
             Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna
makanan ringan ini melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula
dalam makanan ini juga berbahaya kepada gigi. Kelalaian memberus gigi
memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak.

          Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit


yang dihadapi oleh orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit
darah tinggi dan kencing manis.Ada juga yang menghadapi masalah obesiti
atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan yang berlebihan
tanpa mengira masa dan tempat. 

          Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak.


Meraka sering menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal
ini kerana, mereka terpengaruh dengan iklan makanan ringan di televisyen.
Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan, digunakan untuk membeli
makanan ringan.

          Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu


bapa perlu memantau tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan
makanan ringan. Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak memakan buah-
buahan daripada makanan ringan.
CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN
    
Setiap murid ingin berjaya di dalam pelajaran. Murid yang berjaya di dalam
akdemik akan mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan.
Terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran.

     Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri
yang tinggi. Murid juga perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di
dalam kelas, beri sepenuh tumpuan kepadada pengajaran guru. Selain itu
sikap suka bertanya juga penting dalam proses pembelajaran.

     Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan


daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak
dirumah. Bantulah anak-anak memahami pelajarannya dan pastikan mereka
menyiapkan kerja sekolah. Selain itu ibu bapa juga digalakkan untuk memberi
hadiah dan kata-kata perangsang pada setiap pencapaian anak-anak dalam
pelajaran.

     Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini
kerana pengaruh rakan sebaya sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan
yang inginkan kecemerlangan, bukannya kawan yang yang hanya inginkan
keseronokan.

     Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas.
Cita-cita yang dipilih akan menjadi satu cabaran kepada mereka untuk
mencapainya. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita
tersebut. Selain itu, murid juga boleh menjadikan seseorang yang telah
berjaya sebagai idola mereka.

     Sesungguhnya, terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran.


Namun begitu, usaha dan kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu
berjaya. Jangan mudah putus asa jika gagal, sebaliknya terus berusaha
dengan gigih.
Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia

Berjimat-cermat Amalan Mulia 

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat


bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang
perlu sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedah daripada amalan berjimat-cermat antaranya ialah


membolehkan kita menabung. Oleh itu, kita mestilah berjimat-cermat dalam
perbelanjaan seharian, ketika menggunakan kemudahan seperti air, elektrik,
dan telefon dan sebagainya. Dengan cara ini, wang itu boleh kita simpan bagi
tujuan yang lebih berfaedah pada masa hadapan.

Selain itu, orang yang berjimat-cermat tidak akan membeli sesuatu tanpa
perancangan teliti. Mereka menyelidiki dahulu sebelum membeli sesuatu
barang supaya pembelian mereka itu berbaloi dengan wang yang telah
mereka keluarkan. Pembelian yang tidak cermat boleh menyebabkan kita
terbeli sesuatu yang membawa kerugian dan penyesalan.

Berjimat-cermat juga menggelakkan seseorang daripada terjebak dengan


masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir
panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini
menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan
diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermaksud kita menggunakan masa dengan sebaik


mungkin. Elakkan daripada menangguh-nangguh sesuatu tugas dan sebagai
pelajar, buatlah jadual harian agar kita dapat mengisi masa dengan sebaik-
baiknya seperti mengulang kaji pelajaran dan sebagainya.

Di samping itu amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu


berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan
kecermatan seperti sentiasa menutup kembali kipas selepas digunakan.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan amalan


berjimat-cermat sebagai budaya kita. Oleh itu, yakinlah bahawa amalan ini
pasti akan membawa kebaikan kepada diri sendiri.
Fakta: Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar

Kepupusan spesies haiwan semakin membimbangkan. Oleh itu, haiwan liar


wajarlah dilindungi untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinosaur
berulang.

Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan


atau menambahkan lagi hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu
berada dihabitatnya bagi pembiakan yang berterusan .

Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan


menghukum sesiapa sahaja yang memelihara, menangkap atau membunuh
haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak kerajaan.

Selain itu, aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja.


Penguatkuasaan ini dapat mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak
terkawal.

Seterusnya usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan.


Haiwan yang berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan
dipantau dari semasa ke semasa.

Penubuhan pusat kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi


membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada
masa akan datang. Ini akan membolehkan usaha-usaha perlindungan haiwan
ini lebih berkesan.

Akhir sekali, hidupan liar yang menceroboh kawasan kebun umpamanya


perlulah dipindahkan segera ke zoo atau sebagainya. Ini kerana apabila
keadaan ini terjadi, haiwan berkenaan akan ditangkap atau dibunuh.

Kesimpulannya, hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik


mungkin bagi memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati
keindahan alam yang tidak ternilai ini.
Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan
cara-cara kamu menggembirakan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa


mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita
kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi
kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk
menggembirakan hati mereka.

Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak


mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama,
menghormati orang lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-
anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa
dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu
bapa.

Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar
bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah
rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang
lebih cerah.

Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu
mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik,
mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan
beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.

Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar
teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan
dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini
agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa
kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.
Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 2)

Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang seperti
memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Hobi saya
pula bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang.

Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya antaranya  ialah mengisi
masa lapang, menyihatkan badan, cergas serta cerdas dan menambah
kenalan. Saya dapat mengisi masa lapang  dengan bermain bola sepak.
Aktiviti ini mengelakkan saya daripada melepak dan sebagainya.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh. Oleh sebab itulah saya
jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Badan saya juga
menjadi cantik dan langsing.

Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya
cerdas. Saya sentiasa cergas semasa belajar dan mudah memahami sesuatu
pelajaran.

Permainan bola sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya
berpeluang menambah kenalan terutama apabila melibatkan pertandingan
dengan pasukan bola sepak dari luar.

Kesimpulannya setiap orang bebas memilih hobi yang digemari. Namun,


sesuatu hobi yang baik sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)

Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-
contoh hobi ialah memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan
bersukan. Saya juga mempunyai hobi iaitu bermain bola sepak. Saya
melakukan aktiviti ini pada setiap petang kecuali jika ada urusan lain yang
lebih penting.

Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang
mendalam terhadap permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu
menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen.
Selain itu, saya juga pernah pergi ke studium Bukit Jalil dengan keluarga
saya untuk menonton suatu perlawanan akhir bola sepak . 

Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan tersebut
ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyihatkan
badan, menjadikan saya cergas serta cerdas dan menambahkan kenalan.
Pada waktu lapang seperti pada waktu petang, saya dapat mengisi masa
lapang ini dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada
terjebak dalam kegiatan yang merugikan seperti melepak dan sebagainya.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini
menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan
melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit
seperti demam dan sebagainya. Saya juga tidak risau tentang masalah
kegemukan yang boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya seperti
darah tinggi, kecing manis dan lain-lain lagi.

Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya
cerdas. Saya perlu melakukan tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak
dalam permainan ini. Hasilnya otot-otot badan saya menjadi kuat dan
pergerakan saya lebih pantas. Selain itu, saya juga tidak mudah berasa lesu
atau penat. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah
atau semasa mengulang kaji pelajaran di rumah. Badan saya yang sihat dan
bertenaga juga membolehkan saya mudah memahami sesuatu pelajaran.
Oleh sebab itu, saya sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam
pelajaran.

Di samping itu, saya memperoleh ramai kenalan melalui hobi ini. Permainan
bola sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang
menambahkan kenalan terutama apabila melibatkan pertandingan dengan
pasukan bola sepak dari luar.  

Kesimpulannya setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Kita bebas memilih


hobi yang kita gemari, bak kata pepatah "Tepuk dada, tanya selera". Namun,
perlu kita ingat hobi tersebut tidak seharusnya merugikan kita. Sesuatu hobi
yang baik dan sesuai sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut


termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana
kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.
     
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang.
Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan
gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti
kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang
dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.
     
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi
pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan
pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai
contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar
menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
       
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat
membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan
mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi
peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat
dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila
terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan.


Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam
aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar
pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan
seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
   
Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan
kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya.
Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan.
Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan
menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.  

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum.


Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan
anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak
mereka.

Melengkapkan Cerita: Alia

Aku dan rakan-rakan menyertai lathan sukan di sekolah. Semasa latihan


tersebut berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun…

Mulakan cerita dengan:


Aku pun…

Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya
dari situ. Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati
Alia meraung kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh
dan pucat.

Aku segera menghampirinya dan bertanya untuk mengetahui puncanya. Dia


segera menunjukkan kakinya yang kelihatan bengkak dan lebam. “Kaki ku
terperosok ke dalam lubang ini semasa aku berlari di sini tadi”, rintihnya
sambil menunjukkan sebuah lubang kecil di situ.

Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian


aku terus berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan
sedang berjalan menuju ke astaka tersebut.

Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan


pertolongan. “Kaki Alia cuma terseliuh sahaja”, kata cikgu Hamidi setelah
memeriksa kaki Alia. Aku bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu
teruk.

Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain
untuk mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk
mengambil minyak urut.

Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang
diberi oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima
kasih kepada kami sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya.

Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi


mengingatkan para pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana
permukaan tanah di situ masih belum diratakan kerana kerja-kerja
pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan . 
Menyambung Cerita: Anita Terkena Jerat

Keseronokan meneroka Hutan Simpan itu menyebabkan kami lupa akan


kepenatan yang kami alami. Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang
menjerit…

Mulakan cerita kamu dengan, ‘Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang


menjerit…’

Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit meminta tolong. Kami


semua amat terkejut lantas menoleh ke arahnya. Alangkah terkejutnya
apabila terlihat Anita terbuai-buai pada seutas tali yang tergantung pada
sebatang dahan pokok. Tanpa berlengah, kami terus berlari menghampirinya.
Rupa-rupanya kaki kanan Anita telah terkena jerat yang mungkin dipasang
oleh pemburu.

Anita menangis dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada lilitan jerat
tersebut. Cikgu Ali segera mententeramkan Anita kerana bimbang kaki Anita
akan tercedera teruk.

Kemudian, Cikgu Ali melihat jerat itu dengan teliti untuk mencari jalan
melepaskan Anita. Akhirnya, kami menemui punca ikatan jerat itu yang diikat
pada pangkal pokok tersebut. Anita boleh diturunkan dengan melepaskan
ikatan itu nanti.

Cikgu Ali menyuruh kami bersedia di bawah tempat Anita tergantung untuk
menyambutnya. Manakala beberapa orang murid lagi diminta untuk
memegang tali yang akan dihuraikan oleh Cikgu Ali supaya Anita dapat
diturunkan dengan perlahan-lahan.

Setelah kami semua bersedia, Cikgu Ali pun membuka ikatan jerat itu dengan
berhati-hati. Kemudian, Anita diturunkan dengan perlahan-lahan. Akhirnya,
Anita berjaya diturunkan dengan selamat.

Kami semua berasa amat bersyukur atas kejayaan itu. Kemudian, Cikgu Ali
meminta kami berwaspada kerana di dalam hutan begini, banyak perkara
yang tidak diduga boleh berlaku.
Melengkapkan cerita: Serina Demam Panas

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku ....

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka
tingkap tersebut.
Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku
bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana
sedang berkursus.

Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak
mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah
jiranku itu untuk menbantu mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku
untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah
dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.

Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya
mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera
membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.

Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku


bersyukur kerana Serina kini telah sihat seperti biasa. Mak cik Jamilah dan
Serina berterima kasih
Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil


basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba .....

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil


basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku
hilang. Aku berasa sungguh bimbang.

Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci


basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku
berasa sangsat takut.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai


wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan
kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah.

Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu
memasukkan ke dalam kereta.

Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru
untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku
berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi.

Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku


menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku
berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama
rakan-rakanku lagi.
Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat,


aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam
perjalanan .....

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat,


aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam
perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg
tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang
mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang
peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik
Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis.
Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku
dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu
nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu
yang mereka melarikan diri  ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan
terima kasih kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki
tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah.
Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar daripada kereta
polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.
Melengkapkan cerita: Menolong Nurul

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang
menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati .....

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak


sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.

Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-


rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya
berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah
berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya
dan berjanji akan membawanya pulang.

Kemudian, aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul kelihatan


gembira dengan pelawaanku itu. Selepas itu, aku pun mengayuh basikalku di
bawah terik cahaya matahari menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 5
kilometer dari situ. Walaupun memenatkan kerana terpaksa mengayuh
basikal lebih berat daripada hari-hari biasa tetapi aku gembira kerana dapat
menolongnya.

Setiba di rumahnya, bajuku telah basah lencun dengan peluh. Aku


memberhentikan basikalku lalu menyuruhnya turun. Nurul kelihatan amat
gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum masuk ke
rumahnya. Selepas itu, aku terus menuju ke rumahku yang hanya beberapa
meter sahaja dari rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat.
Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka kelihatan
gembira akan sikapku itu. Kata ayahku. "Kita haruslah menolong orang yang
kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri".
Aku Sepasang Baju Kurung

     Aku ialah sepasang  . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih
amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam ,
Selangor .

     Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik


pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami
digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada
badan kami diletakkan tanda harga .

     Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia
memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan
kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia
membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana
memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik . 

     Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya


bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya
ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji
kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu . 

     Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna
kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar .
Kepudaran warnaku  itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan
aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku
telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .

     Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah
dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa
banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan
baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya  walaupun warnaku sudah pudar .
Kepentingan Memelihara Alam Sekitar
      

    Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-


tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam
sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

    Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang
terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah
sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak  tercemar
akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

     Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam


keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas
oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga
memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.

    Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal


yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan
menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti
pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan
keseimbangan alam sekitar.

    Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang
perlu dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan
yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis
ikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya
pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

    Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada


pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih
baik.Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai
kepada generasi akan datang
Surat Kiriman Tidak Rasmi: Lawatan ke Melaka

Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar. Tulis sepucuk surat
kepada kawan kamu dan ceritakan pengalaman kamu semasa lawatan
tersebut.

                                                                                                                No. 07,
TJ 1/8,
                                                                                                                Taman
Temerloh Jaya,
                                                                                                                28000
Temerloh,
                                                        
Pahang.

                                                                                                                27 Jun
2012

Assalamualaikum, menemui sahabatku Fatimah yang ku rindui selalu.


Diharapkan saudari sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat ini adalah
untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman saya semasa lawatan
ke Melaka.

Pada 20 Jun 2012, saya telah menyertai lawatan ke Melaka, Bandaraya


Bersejarah. Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu sekolah saya.
Rombongan itu disertai oleh 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami
pergi ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid melihat
sendiri kesan-kesan sejarah negeri Melaka di samping melawat beberapa
tempat menarik di negeri tersebut.

Sebelum bertolak ke sana, kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal


pukul 7.30 pagi. Setelah diberi taklimat ringkas, kami mula bertolak ke sana
kira-kira pukul 8.00 pagi dan tiba di Bandar Melaka sekitar pukul 12.00 tengah
hari.

Semasa perjalanan, kami berhenti di pekan Bahau untuk bersarapan. Saya


sungguh gembira melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan
tersebut. Tempat pertama yang kami singgah setelah tiba di Melaka ialah Zoo
Melaka. Di situ kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti harimau,
gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira
kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu.

Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya yang terletak berhampiran
dengan zoo tersebut. Pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya
tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Saya berasa sungguh ngeri apabila
melihat seekor buaya tembaga menyambar bangkai ayam yang dicampakkan
oleh seorang pengawal kolam buaya di situ.

Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh
untuk makan tengah hari. Selepas itu kami pergi pula ke Tugu A Famosa. Di
situ, kami melihat kesan-kesan tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan
Portugis di Melaka. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk
membeli pelbagai cenderamata di gerai-gerai yang banyak terdapat di situ.

Di situ juga kami diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri Model Kapal
Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka pada suatu masa dahulu.
Selain itu, saya juga dapat menaiki Menara Taming Sari. Walaupun berasa
takut tetapi saya gembira kerana dapat melihat hampir seluruh Bandaraya
Melaka dari menara tersebut.

Sebelum bertolak balik, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di
bandaraya ini. Kemudian, kira-kira pada pukul 6.00 petang, kami singgah di
Masjid Negeri Melaka untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di
sekolah semula kira-kira pukul 12.00 tengah malam. Saya amat gembira
kerana turut meyertai lawatan tersebut.

Akhir sekali, jika saudari ada cerita-cerita yang menarik, sudilah ceritakan
kepada saya di sini kerana saya selalu menunggu-nunggu khabar daripada
saudari. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap saudari sudi membalas surat
saya.

                                                     
Sahabatmu 

                                                                                                                Amirull
Surat Kiriman Tidak Rasmi: Menceritakan pengalaman di tempat baru

Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk
surat kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di
sana.

                                                                                                      No. 13,
                                                                                                      Kampung
Nelayan, 
                                                   
Kuantan, Pahang.

                                                                                                      30 April 2012

Assalamualaikum, 

Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat


seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan
menceritakan pengalaman baru saya.

Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama


masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.
Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.

Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-


belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi
semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada
sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan
pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.
Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di
sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan
sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang.

Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran


dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran,
malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga
baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya.

Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya


senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini.
Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini.

                                                                                                        Sahabatmu

                                                                                                         Amirull
Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR

Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang
persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

                                                                                                         No. 74,
Taman Seri Merapoh,
                                                                                                         27210
Merapoh,
                                                                                                         Kuala Lipis,
                                                                                                         Pahang.
Darul Makmur.

                                                                                                         26 Januari
2011

               Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di


Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga.
Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

               Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan


saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada
bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat
beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara
persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00
malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

              Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian


yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang
faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti
pengajarannya.

              Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas
tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang
dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya
berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan
harapan kedua-dua ibu bapa saya.

               Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan
Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya
saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung
minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang
dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar
nota.

              Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR.


Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam
peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya
melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.

              Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara
kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta
keluarga.

                                                      
Sahabatmu,

                                                      
.............................
                                                                                                             (Khairi bin
Zaideen )
Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa lapang

Andaikan bahawa anda baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR.


Abang anda yang belajar di luar negara mengirimkan surat kepada anda dan
bertanya perkara yang anda sedang lakukan kini. Balas surat abang anda.

                                                                                                                 No. 74,


RPS Merapoh,
                                                                                                                 28000
Merapoh,
                                                                                                                
Pahang. Darul Makmur.

                                                                                                                6
Februari 2011

            Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti


Azhar semoga dalam keadaan sihat sejahtera.

Kakanda yang dikasihi,

             Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat
hendaknya. Adinda serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

             Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang
lalu. Adinda bersyukur kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah
semua soalan yang dikemukan dapat adinda jawab dengan mudah. Sekarang
ini adinda sedang menanti keputusannya dengan penuh debaran. Adinda
berharap dan berdoa akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan
tersebut. Diharap kakanda juga demikian, selalu mendoakan adinda agar
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda


menghabiskan masa dengan membaca pelbagai buku terutamanya novel
yang dipinjam dari perpustakaan sekolah atau daripada rakan-rakan yang
ingin bertukar-tukar buku bacaan. Adinda ingin menggunakan masa yang
banyak terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan.
Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala
Lumpur. Adinda akan melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan
Masjid Negara. Dengan melawat ke tempat-tempat tersebut, adinda berharap
akan dapat memberi pengalaman yang berguna, di samping menikmati
pemandangan yang indah di sepanjang lawatan tersebut.

Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat
rindu akan kakanda. Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera.

Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda.
Sambutlah salam sayang daripada adinda dan keluarga.

                                                            
Adindamu,                                                                                                   
                                                          
HasifZakwan

Anda mungkin juga menyukai