Anda di halaman 1dari 1

Soalan Ujian Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak- Pesticide Applicator

License - Lembaga Racun Makhluk Perosak

      Sebagai seorang yang mengendalikan racun perosak sebagai perkhidmatan kepada orang
awam anda haruslah mematuhi segala panduan keselamatan dan undang-undang yang telah
ditetapkan. Untuk itu sebagai satu penilaian anda harus melepasi satu ujian sebelum anda
dilesenkan untuk mengendalikan racun dan Pest Control.

Tips yang dapat membantu anda adalah seperti di bawah :

1) Buku Pemakai Racun Perosak mesti dibaca dan difahami dengan jelas.

2) Apa sahaja perkara yang anda lakukan semasa melakukan servis Pest Control pasti akan
ditanya di dalam soalan-soalan. Contoh tentang keselamatan, PPE, alatan digunakan, racun,
serangga, cara atasi masalah serangga, akta racun perosak, label racun, kelas racun,
penentukuran, kaedah penggunaan racun samada semburan racun residu atau umpan, cara kerja
dan sebagainya. Ini mungkin boleh membantu :

1. Penentukuran Mesin Pengabut Therma, Thermal Fogging Machine.


2. Lesen-lesen dan Keterangan (PAL, APAL, PCO, SJ).
3. Kawalan Anai-anai Kaedah Umpan - Baiting System AG / IG.
4. Jenis-jenis Formulasi Racun. Contoh EC - Kebaikan dan keburukan EC.
5. Nyamuk dan Kawalannya.
6. Keselamatan Pengendali dan Isi Rumah.
7. Kerintangan Lipas - Resistant Kepada Racun Residu dan Cara Atasinya
8. Soalan tentang anai-anai, semut, lalat, tikus & mencit, serangga perosak simpanan,
nyamuk, serangga pengorek kayu pasti akan ditanya. Tempat yang mereka gemari,
umpan dan keberkesanan, waktu yang sesuai dan sebagainya.

3) Walaupun anda banyak pengalaman dalam bidang Pest Control tetapi jawablah mengikut
fakta buku yang betul, paling tidak ada logik yang boleh diterima. Satu TIPS yang saya rasa
perlu adalah anda tidak sepatutnya membiarkan soalan tidak dijawab begitu sahaja oleh kerana
anda tidak tahu, jawablah apa yang anda faham tentang soalan itu walaupun tidak lengkap kerana
anda mampu mendapatkan sedikit markah dan penanda kertas jawapan juga manusia yang ada
sifat tolak ansur.

4) Pecahan peratusan markah lulus :


    Bahagian I - 50% Objektif Jawab semua 50 soalan.
    Bahagian II - 50% Amali Jawab 5 daripada 8 soalan
    Bahagian III - 50% Subjektif - Essay Jawab Semua 20 soalan

   * Masa 1 Jam untuk setiap bahagian. Jawab mana yang anda tahu dahulu. Jangan tinggalkan
soalan tidak berjawab *

Anda mungkin juga menyukai