Istilah PT3
Istilah PT3
ISTILAH MAKSUD
ZIKIR Mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan.
SAHABAT Sesiapa yang berjumpa dengan Rasulullah dan beriman kepadanya serta
meninggal dunia dalam Islam
MUHAJIRIN Penduduk Mekah yang beriman kepada Rasulullah dan berhijrah ke
Madinah serta tinggal di sana
ANSAR Penduduk Madinah daripada kalangan Qabilah Aus dan Khazraj yang
beriman kepada Rasulullah.
AURAT Batasan anggota badan yang wajib ditutup menurut hukum syarak.
NUTHFAH Percampuran air mani yang dikenali sebagai sperma bagi lelaki dan
ovum bagi perempuan.
ALAQAH Segumpal darah yang tergantung di dalam Rahim.
MUDHGHAH Seketul daging yang lembut
JANIN Pembentukan seluruh anggota telah sempurna
MAD Memanjangkan suara pada huruf mad atau huruf lin
MAD FAR’I Memanjangkan suara pada huruf mad yang bertemu selepasnya huruf
hamzah atau huruf lain yang bertanda sukun
MAD ASLI Memanjangkan suara pada huruf mad dalam keadaan ‘alif’ yang
didahului dengan baris atas, ‘waw’ yang didahului dengan baris depan
dan ‘ya’ yang didahului dengan baris bawah
MAD WAJIB MUTTASIL Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah
MAD JAIZ MUNFASIL Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah pada dua kalimah yang
berlainan
MAD BADAL Huruf hamzah bertemu dengan huruf mad dalam satu kalimah
MAD ARIDH LISSUKUN Huruf mad yang bertemu dengan huruf hijaiyah di akhir kalimah dan
dibaca secara waqaf
MAD LIN Huru lin ‘waw’ dan ‘ya’ bertanda sukun didahului sebelumnya huruf
berbaris atas dan dibaca secara waqaf
MAD IWAD Huruf mad yang berbaris dua di atas dibaca dengan baris satu di atas
ketika waqaf dengan bacaan mad
SEDEKAH Sesuatu pemberian yang bertujua untuk mendekatkan diri kepada Allah
MUKHAFFAFAH Najis ringan, iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang dua
tahun yang hanya minum susu ibu
MUTAWASITAH Najis pertengahan, seperti darah, muntah, nanah, tahi, air kencing dan
bangkai
MUGHALLAZAH Najis berat, iaitu anjing, khinzir atau kacukan keduanya serta segala
yang ada kitan dengannya seperti tahi, darah, kulit, daging, bulu dan
lain-lain
SAMAK Proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang
melekat pada kulit haiwan
ISTINJAK Perbuatan menghilangkan najis yang keluar daripada qubul ataupun
dubur
WUDHUK Membasuh anggota tertentu berserta niat
MANDI Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu
MANDI WAJIB Mandi yang wajib dilakukan apabila terdapat sebab yang mewajibkan
mandi
HAID Darah kotor yang keluar dari pangkal rahim wanita yang telah baligh
dalam keadaan sihat pada waktu tertentu
WILADAH Proses kelahiran anak sama ada dengan keluar darah ataupun tidak
NIFAS Darah yang keluar selepas kelahiran anak atau sesudah keguguran yang
nyata sebahagian bentuk anak
DARAH ISTIHADHAH Darah penyakit yang keluar dari pangkal rahim wanita pada waktu
selain haid dan nifas
SOLAT Perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram
dan diakhiri dengan salam
SUNAT HAI’AH Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak perlu sujud sahwi
SUNAT AB’AD Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak membatalkan solat, tetapi
sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam
KHUSYUK Menumpukan hati di hadapan Allah dengan menetapkan anggota,
memahami serta menghayati setiap perkataan dan perbuatan yang
dilakukan dari awal hingga akhir solat
KUNIYAH Panggilan kepada seseorang di samping nama atau gelaran dengan
meletakkan abu bagi lelaki dan ummu bagi perempuan di awal sesuatu
nama
JAHILIYAH Tidak tahu, bodoh atau jahil
JAHIL AQIDAH Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tetapi
mencampur adukkannya dengan penyembahan berhala, amalan sihir
dan khurafat
JAHIL AKHLAK Mereka banyak melakukan perilaku buruk seperti suka menindas
perempuan dan hamba, berjudi serta minum arak
AGAMA YAHUDI Agama samawi yang diubah suai daripada ajaran nabi Musa mengikut
keinginan para penganutnya
AGAMA NASRANI Agama samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa mengikut
keinginan penganutnya.
KEPERCAYAAN MAJUSI Kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api
KEPERCAYAAN Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat
ANIMISME
AGAMA HANIF Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
AGAMA PENYEMBAH Agama yang dicampuradukkan dengan agama Hanif sehingga muncul
BERHALA sebagai agama yang mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala
ATIQ Bebas daripada api neraka
ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1-3
Disediakan oleh:
Ustazah Maziah Mokhtar
SMK Raja Perempuan
Sumber: Buku Teks Tingkatan 1, 2 dan 3