Anda di halaman 1dari 1

CTU554 POINT PRESENTATION (DYM)

PENGENALAN

 Definisi Adat:
- kamus dewan edisi keempat, adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan secara
turun temurun sejak dahulukala di dalam sebuah masyarakat sehingga menjadi hukum
dan peraturan yang harus diamalkan dan dipatuhi sehingga ke hari ini.
- ‘Adat’ berasal dari satu perkataan asing iaitu Arab yang membawa maksud 'kebiasaan’.
- M.B. Hooker dalam penulisan Haron Daud (1989), beliau mengesahkan bahawa
perkataan atau istilah adat memiliki makna yang banyak dalam masyarakat Melayu.
Misalnya, adat yang merangkumi budi bahasa atau disiplin, perlakuan yang wajar,
sesuatu yang lazim dan undang-undang.
 Definisi Minangkabau:
- ‘Minangkabau’ adalah kombinasi dwi kosakata iaitu ‘minang’ yang menyandang maksud
‘menang’ dan ‘kabau’ iaitu ‘kerbau’.
- Menurut cerita, nama ini diberi ketika terjadinya kesalahfahaman di antara
pemerintahan Minangkabau dengan seorang putera raja berketurunan Jawa yang
datang menagih perolehan kuasa kepada orang Melayu.
- Untuk menghindari peperangan, rakyat minangkabau menggugah cadangan supaya
kedua-dua pihak bertanding dalam pertandingan beradu kerbau.
- Kemenangan berpihak kepada Orang Minangkabau dan perselisihan antara pangeran
Jawa dan pemerintahan Minangkabau pun berjaya diselesaikan secara aman.
 Asal-usul Minangkabau di Negeri Sembilan
- Penghijarahan orang-orang Minangkabau pada permulaan abad ke-14 melalui jalan
Melaka dan tiba di Rembau.
- Mereka tinggal secara menetap dan berlakulah perkahwinan antara Orang Minangkabau
dan penduduk asli di Negeri Sembilan.
- Hasil daripada itu, lahirlah Suku Biduanda. Suku Biduanda ini merupakan darah daging
atau pewaris asal Negeri Sembilan dan pemilihan pemimpin hanyalah boleh dipilih dari
suku ini.

Objektif Kajian:

 Kajian ini dilakukan untuk:


- mengenal pasti konsep latar belakang adat Minangkabau di Negeri Sembilan
- meneroka pengalaman sosial masyarakat mengenai nilai kebudayaan Minangkabau di
Negeri Sembilan menerusi sejarah dan realiti semasa
- mengetahui dengan lebih jelas tentang pembahagian harta warisan keluarga bagi orang-
orang Minangkabau di Negeri Sembilan.
- meninjau reka bentuk dan seni bina masyarakat Minangkabau.
- meneroka kebudayaan Minangkabau iaitu dari segi pakaian dan bahasa.
- mengetahui hubungkait adat Minangkabau dan agama Islam dari segi perkahwinan.

Anda mungkin juga menyukai