Anda di halaman 1dari 29

MINANGKABAU-205201

ADAT DAN BUDAYA MASYARAKAT MINANGKABAU Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatera Barat di Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Selepas itu berlakulah pernikahan antara orang Minangkabau dengan penduduk tempatan dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini merupakan pewaris asal Negeri Sembilan. Pemimpin hanya dipilih dari suku Biduanda ini. Para pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya dipanggil Undang asalnya daripada suku Biduanda dan seterusnya wujud institusi Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan. Minangkabau adalah gabungan daripada perkataan Minang yang bermaksud Menang dan Kabau bermaksud Kerbau. Gabungan perkataan ini diperoleh daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Tanah Melayu.Oleh itu, bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau mencadangkan pertandingan beradu kerbau. Putera dari Jwa tersebut bersetuju

dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Masyarakat Minangkabau pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar, tetapi ditajamkan tanduknya. Semasa bertanding si anak kerbau tidak sengaja merodok tanduknya ke perut kerbau yang besar dan ganas itu untuk mencari puting susu bagi menghilangkan kelaparannya. Malangnya, kerbau yang besar dan ganas itu mati kerana tertusuk tanduk si anak kerbau tersebut. Maka masyarakat Minangkabau telah berjaya menyelesaikan perselisihan tersebut secara aman. Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar di dunia. Adat ini menyebabkan kaum lelaki Minangkabau merantau untuk mencari ilmu dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang mana mereka akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula mereka digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman di dunia luar agar mereka dapat menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga

dan nagari (kampung halaman). Masyarakat Minangkabau umumnya beragama Islam. Oleh itu, majlis pernikahan bagi masyarakat ini dilakukan mengikut syariat Islam dan adat mereka yang tersendiri. Syaratsyarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah kedua calon mesti beragama Islam, tidak sedarah/tidak berasal daripada suku yang sama(kecuali persukuan itu berasal dari negeri/luhak yang lain), saling menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah pihak serta calon suami (maripulai) harus mempunyai sumber pendapatan. Perkahwinan yang tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan sumbang. Selain itu, masih ada peraturan tertentu dan upacara adat agama Islamyang harus dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko tando, akad nikah, baralek gadang,

jalangmenjalang, dan sebagainya. Disamping itu, dalam upacara kematian, masyarakat Minangkabau mengutamakan perkaraperkara wajib menurut syariat Islam, seperti pengurusan jenazah. Seterusnya, akan diadakan majlis memperingati Allahyarham sepertimanujuah hari(majlis memperingati tujuh hari), duo puluah hari (majlis memperingati hari ke empat puluh dan akhir sekali manyaratuih hari (majlis memperingati hari ke seratus).

Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu, tetapi berbeza dari segi sebutan dan tatabahasa. Contohnya: Sadang kayu di rimbo tok samo tinggi, kok kunun manusia Maksudnya : Sedangkan pohon di hutan tidak sama tinggi, apatah lagi manusia. Masyarakat Minangkabau menyukai masakan pedas dan banyak menggunakan santan kelapa. Contohnya, rendangdan dendeng balado. Rendang mempunyai falsafah tersendiri bagi masyarakat Minangkabau iaitu musyawarah, mewakili empat bahan utamanya iaitu daging lembu mewakili para pemimpin suku adat, kelapa mewakili kaum intelektual, lada mewakili alim ulama yang tegas untuk mengajar hokum-hukum agama dan pemasak mewakili keseluruhan masyarakat Minangkabau. Seterusnya, dendeng balado pula merupakan hirisn tipis daging sapi yang dikeringkan lalu digoreng sehingga kering. Di samping itu, terdapat juga tarian piring dan randai sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat Minangkabau. Tarian piring berasal daripada Sumatera Barat. Tarian ini menggambarkan rasa kegembiraan dan syukurmasyarakat Minang ketika kedatangan musim panas. Para muda-mudi akan mengayunkan gerak langkah dan menunjukkan kebolehan mereka dengan memainkan piring yang ada di tangan mereka. Kebiasaannya, di Malaysia tarian piring dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah ketika majlis perkahwinan terutamanya bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Randai pula merupakan teater rakyat tradisional Minangkabau iaitu melibatkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni mempertahanka diri iaitu silat. Kebiasaannya, randai dipersembahkan ketika menyabut perayaan tradisional dan terselit pelbagai cerita di dalamnya dalam satu masa. Cerita-cerita yang dikisahkan disampaikan mealui nyanyian dan lakonan berdasarkan lagenda-lagenda Minangkabau dan cerita rakyat. Randai dipersembahkan oleh kaum lelaki, namun setelah 1960-an, perempuan juga telah menyertai persembahan ini. Selain itu, masyarakat Minangkabau juga memiliki alat muzik tradisional khas iaitu Saluang. Alat muzik ini diperbuat daripada buluh nipis atau talang. Alat ini mempunyai empt lubang dan panjangny lebih kurang 40-60 cm dan berdiameter di antara 3-4 cm. Saluang dimainkan

seperti seruling di mana pemainnya perlu meniup dam menarik nafas untuk mengalunkan muzik. Akhir sekali budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan.Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini. Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dan dihias pua dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera. Gambar menunjukkan si lelaki memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Bajunya berwarna hitam dihiasi sulaman benang emas di leher dan lengan. Celana yang dipakainya pula berkaki lebar, di samping kain tenun sutera dan destar atau saluak. Si gadis pula memakai baju kurung bersulam benang emas bermotifkan buluh rebung, tekuk leher bertekat dan penutup kepala tengkuluk.

SEJARAH NEGERI SEMBILAN

Penduduk Asal Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani. Penghijrahan Orang Minangkabau Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh. Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Asal Nama Negeri Sembilan Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal. Yamtuan Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja. Adat Perpatih Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan

kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning. Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.

NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di utara, Pahang di timur, Johor di tenggara, Melaka di selatan, dan Selat Melaka di barat.

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut: Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8). Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10). Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung. Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu dan Jempol.

GEOGRAFI
Negeri Sembilan terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia, yakni di sebelah selatan negeri Selangor. Negeri ini bersempadan dengan Pahang di sebelah timur dan Melaka serta Johor di sebelah selatan. Bandar Seremban, iaitu ibu negeri Negeri Sembilan, terletak cuma 60 km dari Kuala Lumpur dan kira-kira 40 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang baru di Sepang. Negeri Sembilan, bersama-sama dengan tujuh daerahnya (Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, dan Jempol) meliputi keluasan 6,645 km persegi atau 664,591 hektar. Kawasan ini terdiri daripada lembah-lembah dan dataran yang begitu indah mata memandang dalam dakapan alunan bukit-bukau dan pergunungan. Sambil Banjaran Titiwangsa semakin menirus menghala tanah rendah Johor, rupa bumi bergunung-ganang dan hutan belantara beransur berubah menjadi ladang-ladang getah dan kelapa sawit di sebelah barat.

Negeri Sembilan mempunyai jumlah penduduk seramai kira-kira 722,000 orang (bancian penduduk tahun 1991). Dari jumlah ini, 56% terdiri daripada orang Melayu, 29.7% kaum Cina, 16.4% India dan 1.4% lain-lain. Purata kepadatan penduduk ialah 109 orang setiap kilometer persegi. Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu : Jelebu, Inas, Johol, Rembau, Sungai Ujong, Tampin, Jempol, Ulu Muar dan Gunung Pasir. Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Seri Menanti, Gemas, Kuala Klawang, Lukut, Gemencheh dan Port Dickson.

KERAJAAN
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing. Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri

KEBUDAYAAN
Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Randai dan Bongai.

CARI Malay Forums's Archiver


CARI Malay Forums Komunikasi, Kebudayaan & Kesenian Orang Minangkabau, Budaya & Adat Perpatih Syd posted at 7-7-2007 15:01

Orang Minangkabau, Budaya & Adat Perpatih


Cara Minangkabau kekal budaya patut dicontohi Oleh Sazarina Shahrim (Yang berkunjung ke Padang, Indonesia baru-baru ini) BUDAYA menunjukkan bangsa. Dari tingkap pesawat Airbus yang dinaiki penulis, mata sudah terpaku pada keunikan bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, dengan reka bentuk bumbung Minangkabau yang melengkung tajam di dua belah hujungnya menyerupai tanduk kerbau. Sesungguhnya penduduk wilayah kelahiran Adat Perpatih ini bangga dengan reka bentuk Minangkabau atau dalam bahasa Melayu bermaksud enang Kerbau itu. Keunikan reka bumbung Minangkabau tidak terhad kepada lapangan terbangnya saja kerana hampir semua bangunan rasmi kerajaan.

Jelas sekali penduduk di situ masih berpegang kepada warisan mereka bak kata pepatah orang Minang, ak luput dek hujan, tak lekang dek panas'. Bangga terhadap warisan dan teguh berpegang kepada tradisi wajar di contohi orang kita di Malaysia. Alangkah indah dan bermakna jika bangunandi negara kita diberi sentuhan tradisi seperti Minangkabau seumpama di Padang ini kerana ia juga adalah sebahagian warisan negara daripada membangunkan seni bina iluk dan merapu yang tidak tahu apa objektifnya. Bukan saja reka bentuk warisan tradisi terus dikekalkan, penduduk wilayah itu juga masih lagi kuat berpegang kepada Adat Perpatih seperti harta pusaka, gelaran dan nama suku diturunkan menurut salasilah keturunan di sebelah ibu. elaki wajib mencari nafkah untuk keluarga mereka tetapi tidak bermakna golongan wanita hanya duduk di rumah. Wanita Minang juga kuat bekerja membantu suami mencari nafkah sama ada berniaga mahupun membantu di sawah, kata warga emas Minang, Norainas Abizar, 72, apabila ditanya mengenai persepsi negatif orang luar terhadap adat perpatih. Teringat kembali sepanjang perjalanan ke Padang dan Bukit Tinggi yang melalui kehijauan sawah padi dan padi bukit, kelihatan lebih ramai wanita membanting tulang di tengah sawah padi dengan kain batik disarungkan di kepala menyerupai 'tanduk kerbau'. Mungkin ini yang cuba diperkatakan Norainas. Ibu kepada lima anak itu tidak menafikan orang Minangkabau sendiri, terutama generasi mudanya, hari ini mulai melihat aneh kepada nilai budaya aslinya. amun, pegangan itu masih kuat, cuma ada beberapa perubahan seperti anak muda dibenarkan mencari pasangan masing-masing tidak seperti dulu yang semuanya diatur, katanya. Sepanjang berada di Padang dan Bukit Tinggi kerana bersama rombongan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kelihatan tidak ramai pelancong asing dari barat seperti di wilayah lain di Indonesia, umpamanya di Bali, Bandung dan Jakarta. Ini mungkin kerana Padang terkenal dengan pegangan agama dan tempat lahir beberapa ulama ulung terkenal antaranya Hamka. Mungkin atas sebab itu bumi yang berpegang kepada falsafah 'adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah' ini tidak menerima ramai pelancong asing yang kita ketahui lebih gemar berpeleseran di pub atau mencari hiburan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Atas faktor itu juga, mungkin industri urut di Bukit Tinggi dan Padang kurang mendapat keuntungan jika dibandingkan dengan rakan mereka di Medan, Jakarta mahupun Bali. Penulis sempat berbual dengan seorang tukang urut, Suriati, 28, yang mengakui industri urut di Bukit Tinggi dan Padang, tidak begitu menguntungkan kerana pelanggannya hanyalah di kalangan tetamu hotel. ungguh berbeza di tempat lain kerana ramai yang datang ke hotel untuk mendapatkan perkhidmatan urut walaupun tidak menginap di situ, katanya yang baru beberapa bulan pindah ke Bukit Tinggi dari Medan. Beliau berkata, kontraknya yang dihentikan kerana dikatakan sudah tua dan tidak begitu menarik perhatian menyebabkannya terpaksa membawa diri pulang semula ke kampung halaman. i sana (Medan), budak muda memang laris di kalangan pelanggan yang mahu perkhidmatan mereka. Ibu harus faham, kebanyakan pelanggan ini dari kalangan lelaki, katanya.

[[i] Last edited by Syd at 2-1-2009 12:26 PM [/i]] Gravedigger posted at 7-7-2007 22:43 [b]Alhamdulillah, saya sendiri pun pernah berkunjung 2 kali ke Padang untuk menjejaki akar-akar asal keturunan ketika MAS mengadakan promosi tambang murah ke sana. Ketika berjaya menemui saudara mara sebelah ayah di sana, mereka menyambut saya bagai anak rantau sendiri yang dah lama tidak pulang. Mereka menunjukkan tanah dan rumah peninggalan pusaka yang masih ada sambil ada orang tua yang masih mengenali datuk menceritakan kisah-kisah silam kenangan semasa dia di sana. Datuk yang terlibat dengan penentangan terhadap Belanda akhirnya melarikan diri ketika Agressi Belanda ke dua dimana Belanda telah menyerang dengan hebat kampung2 di sana. Dengan membawa 2 orang anaknya yang masih kecil Datuk telah menyeberangi selat melaka di malam gelap gelita dan akhirnya berjaya sampai ke Tanah Melayu.[/b] [b]Semasa di sana dan berjalan-jalan di Bukittinggi sungguh mengasyikkan. Dengan cuacanya yang sejuk dan keindahan alam di sekeliling adakalanya menimbulkan suasana syahdu dan tanpa disedari terasa pipi panas di basahi airmata. Alangkah lebih indahnya lagi jika arwah bapa masih ada dan bersama menyusuri tanah kelahirannya yang selalu disebut-sebutnya semasa hayatnya namun hajatnya tidak kesampaian. Benarlah kata ayah bahawa Ranah Minang memang tidak ada tandingannya dari segi indah adat dan budayanya.[/b] http://www.youtube.com/watch?v=9bwB1O6PPdI Gravedigger posted at 7-7-2007 23:02 [b][u]Keindahan Alam Bumi Minangkabau.[/u][/b] [b]Indah ranahnya Minangkabau[/b] [b]Rupa kelapa tinggi tinggi[/b] [b]Bentuk pinangnya tinggi semampai[/b] [b]Bukit berderet kiri kanan[/b] [b]Merapi dengan Singgalang[/b] [b]Pasaman dan Gunung Sago[/b] [b]Tandikat dan Gunung Talang[/b] [b]Puding emas di kiri kanan jalan[/b] [b]pohon beringin di tengah koto (desa)[/b] [b]jalan lurus jalannya lebar[/b] [b]Sawah bertumpuk di tempat rata[/b] [b]Ladang berbilang di tempat lereng[/b] [b]Sungai mengalir di alur bukit[/b] [b]Hasil karya nenek moyang[/b] [b]Hasil kerja keras rang tua kita[/b] [b]Sawah sempurna dengan luasnya[/b] [b]Ladang lengkap dengan ranjinya[/b] [b]Sawah meluas bersepadan[/b] [b]ladang diberi berpagar batas[/b] [b]padang diberi tanaman linggundi[/b] [b]Bukit diberi batas pohon karatau[/b] [b]Ke atas berbatas embun jantan[/b] [b]Ke bawah berbatas sampai ke pasir bulan[/b] [b]Hak sudah berpunya,genggam sudah bermilik[/b] [b]Rumah gadang serambi Aceh[/b] [b]yang sebebas kuda berlari[/b]

[b]yang sepuas kucing melompat[/b] [b]Sendi bernama alur adat[/b] [b]Tonggak bernama tempat bersandar[/b] [b]Lantainya rata berlapis kulit[/b] [b]Licinnya berlantai papan[/b] [b]Gonjongnya bernama rebung membersit[/b] [b]Timah memutih di atasnya[/b] [b]Tonggak pohon gaharu lantai cendana[/b] [b]Terali gading berukir[/b] [b]Bubungan beruk merayap[/b] [b]Tuturan atap lebah mengirai[/b] [b]Bandul bergambar ular bercanda[/b] [b]Wajah bagai ukiran Cina[/b] [b]silih berganti air perak[/b] [b]anjung bertingkat bergelombang[/b] [b]Tempat mengukir dan menyulam[/b] [b]Tempat peranginan sang puteri.[/b] [[i] Last edited by Gravedigger at 7-7-2007 11:04 PM [/i]] Gravedigger posted at 9-7-2007 22:03 [b]RANAH TERCINTA - TANAH PUSAKA[/b] [b]Sifat [b]Sifat [b]Sifat [b]Sifat [b] [b] [b] [b] berkampung memagar kampung[/b] bersuku memagar suku[/b] negeri memagar negeri[/b] beralam memagar alam[/b]

Kalau terjadi perang antara suku[/b] Dihentikan perang antara kampung[/b] Kalau terjadi perang antara alam[/b] Dihentikan perang antara negeri[/b]

[b]Terbang kenari jadikan kasau[/b] [b]Masak nasi dalam teraju[/b] [b]Kembang negeri carilah rantau [/b] [b]supaya senang anak dan cucu[/b] Gravedigger posted at 9-7-2007 22:08 [b]Kata Rang Minang......[/b] [b]Aduh Minang[/b] [b]Kalau tidak di rumput surut[/b] [b]Tidaklah pandan berderai[/b] [b]Kalau tidak sulit hidup[/b] [b]Tidaklah kita akan bercerai[/b] [b] (Hamka)[/b] [b]Keratau madang di hulu[/b] [b]Berbuah berbunga belum[/b] [b]Merantau bujang dahulu[/b] [b]Di rumah berguna belum (belum berguna)[/b]

[b]

(Muchtar Naim)[/b]

[b]Terdorong jalan menurun[/b] [b]Tertukik jalan mendaki[/b] [b]Adat dan syarak[/b] [b]kalau tersusun[/b] [b]Bumi senang padi menjadi[/b] [b] (Amir M.S.)[/b] Gravedigger posted at 13-7-2007 00:10 [b]Pantun pepatah orang Minang menyebutkan:[/b] [b]Kerana angin basahlah padi[/b] [b]Di cupak datuk temenggung[/b] [b]kalau hidup tak berbudi[/b] [b]Duduk tegak segala canggung.[/b] [b]Pepatah Minang mengajarkan:[/b] [b]Berat sama di pikul[/b] [b]Ringan sama di jinjing[/b] [b]Yang ada sama di makan[/b] [b]Yang tiada sama di cari[/b] [b]Ke bukit sama di daki[/b] [b]Ke lurah sama menurun[/b] [b]Yang ada sama di makan[/b] [b]Terlentang sama minum air[/b] [b]tertelungkup sama makan tanah[/b] [b]Kalau jauh saling mengenang[/b] [b]Kalau dekat saling mendatangi.[/b] BeachBoys posted at 18-7-2007 17:24 :) :) :) :) :) :) :) :) :) Gravedigger posted at 22-7-2007 22:21 [b]SIFAT PERIBADI MINANG[/b] [b]Salah satu tujuan adat pada umumnya, adat Minang pada khususnya adalah membentuk individu yang berbudi luhur, manusia yang berbudaya dan manusia yang beradab.[/b] [b]Dari manusia yang beradab itu diharapkan akan melahirkan suatu masyarakat yang aman dan damai, sehingga memungkinkan suatu kehidupan yang sejahtera dan bahagia dunia dan akhirat. Suatu [i]Baldatun Toiyibatun wa Robbun Ghafuur.[/i] Suatu masyarakat yang aman damai dan selalu dalam lindungan Tuhan.[/b] [b]Untuk mencapai masyarakat yang sedemikian, diperlukan manusia2 dengan sifat2 dan watak tertentu. Sifat2 yang ideal menurut adat minang sebagai berikut.....[/b]

[b]HIDUIK BARAKA, (Hidup Berakal)[/b] [b]BAUKUE JO BAJANGKO. (Berukur dengan Berjangka)[/b] rainbows posted at 17-11-2007 20:28 Keturunan diraja pagar ruyung, boleh sesiapa ceritakan pd aku sikit... Info yg aku dpt : 1.keturunan quraish bani hasyim 2. ada darah ahlulbait keturunan al idrus sebenarnya yg aku dapati mereka kelompok elit dari bangsa minang kerana meletakkan agama islam lebih dari adat.. sekian dahulu. pink_lavender posted at 18-11-2007 01:24

Reply #9 rainbows's post


nak tanya?? adakah semua org negeri sembilan asal dari keturunan minang??? Gravedigger posted at 20-11-2007 01:46 [b][color=#000080]Mengikut sejarah....sebelum penghijrahan orang2 minangkabau dari Sumatra Barat, negeri sembilan telah didiami oleh orang2 Asli dari suku Sakai, Semang dan Jakun. Orang2 minangkabau yang lebih bertamadun kemudiannya telah meneroka dan membuka negeri sembilan serta memperkenalkan adat perpatih. Namun demikian orang2 asli yang ada tidak dipinggirkan kerana mereka turut sama disertakan dalam budaya dan adat mereka ini. Orang2 asli ini malah diiktiraf sebagai waris asal negeri tersebut dan dalam setiap upacara yang diadakan mereka di berikan penghormatan yang sewajarnya dari segi adat. Orang2 asli inilah yang kemudiannya di berikan nama sebagai suku Biduanda yang sehingga hari ini mendapat kedudukan yang istimewa dari segi adat.[/color][/b] dilaOHdila posted at 20-11-2007 15:30 [b]elaki wajib mencari nafkah untuk keluarga mereka tetapi tidakbermakna golongan wanita hanya duduk di rumah. Wanita Minang juga kuatbekerja membantu suami mencari nafkah sama ada berniaga mahupunmembantu di sawah, kata warga emas Minang, Norainas Abizar, 72,apabila ditanya mengenai persepsi negatif orang luar terhadap adatperpatih. maknanya dalam adat dia orang digalakkan bantu membantu erk:) [/b] daydeck86 posted at 2-4-2008 17:26

Balas #11 Gravedigger\ catat

amak waden suku biduanda....... daydeck86 posted at 2-4-2008 17:31

Balas #1 Syd\ catat


alah 2 kali ka ranah minang tapi slalu nyo waden pai ka bangkinang riau Syd posted at 7-5-2008 13:43 info ttg show Randai @ Istana Budaya

Randai Kasih Menanti Venue / Lokasi Panggung Sari, Istana Budaya Date / Tarikh 9 18 Mei 2008, 8:30 pm 11 12 Mei 2008, 3:00 pm Ticket / Tiket RM 30, 50, 80, 100, 150 ++ Discount / Diskaun Buy 5 get 1 free, all prices 20% for OKU, Senior and Students, all prices 50% for SMS recipients, RM 80, 100 and 150 only

Randai Kasih Menanti memaparkan kisah perpisahan, pengembaraan, pertentangan dan cinta anak muda. Bujang anak terbuang, dibela ibu angkat, akhirnya keluar berdagang sebagai saudagar muda. Cinta Bujang dan Melor berputik di Pulau Cendana. Cinta Melor dan Bujang ditentang Jalak kerana dia juga menaruh cinta. Randai ini mempertemukan anak dan ibu kandung yang lama terpisah kerana ramalan Dukun. Ke jinjang pelaminkah Bujang dan Melor, dan berakhirkah penantian seorang ibu kandung? Randai Kasih Menanti akan menjawabnya.

link ; [url]http://www.ticket2u.biz/[/url] Syd posted at 7-5-2008 13:49 Randai

Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu kawasan

lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan gong. Randai sering di persembahkan pada pesta menuai padi, upacara perkahwinan dan adat istiadat lain.

[img]http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/gambar_isi_web/Randai001.JPG[/img] [img]http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/gambar_isi_web/Randai2.JPG[/img] Syd posted at 7-5-2008 13:52 [youtube]ID5ExN5aQ_U[/youtube] nidzrain posted at 21-5-2008 21:17 wah..... ader thread utk org minang.... bangganya aku jadi anak minang..... minang asli.... huhu... daydeck86 posted at 22-5-2008 19:39

Balas #18 nidzrain\ catat


kiter mesti bangga jadi anak minang yang kaya dengan adat ... Syd posted at 27-5-2008 15:27 hehehe ye ye kita semua anak minang :lol: selipar_hijau posted at 27-5-2008 20:01 aku bukan org minang. aku asal dr utara smenanjung, nenek moyang dr siam. tp, aku serius suka tgok rumah2 kt NS. cantik2, especially bentuk bumbung tu. adat pepatih tu smpai skrg mmg guna pakai lagi ke? untung jd org minang ni. bnyak adat & budaya yg special. tgok design baju pn dh tau dr mana asalnya. :laugh3: :laugh3: Syd posted at 30-5-2008 10:13

kalau cara masakan pun leh tahu kan, orang tu minang ke idak lauak bagulai samba balado kok indak ado, indak kanyang paruek makan :lol: nidzrain posted at 30-5-2008 15:55 [quote]Originally posted by [i]daydeck86[/i] at 22-5-2008 07:39 PM [url=http://eforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=23107257&ptid=288600][img]ht tp://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url] kiter mesti bangga jadi anak minang yang kaya dengan adat ... [/quote]

yer...yer... bangga sangat.....;P nidzrain posted at 30-5-2008 16:02

Reply #22 Syd's post


batua bana.... apak awk, indak basamba, indak bulih makan nyo... kok dapek samba jariang lai nyo indak baranti makan...;P selipar_hijau posted at 30-5-2008 17:01 sudahhhhhh.. aku dh x paham :laugh3: :sweat3: :laugh3: :sweat3: nidzrain posted at 30-5-2008 18:22

Reply #25 selipar_hijau's post


hahaha... itu pon baru testing jer... belom pandai lagi.... mcm aku ni, kalo dengar, bole paham la... tapi nk ckp sendiri... tebelit belit gak arr lidah.... Gravedigger posted at 1-6-2008 00:57 [b]Bahasa minang membawa nostalgia pada ku kerana nenek lah yang mengajar aku. Aku sungguh rapat dengan nenek dan menjadi cucu kesayangannya. Melalui perbualan nenek dan saudara maranya aku mudah menangkap dan mempelajarinya. Masih ingat lagi gurauan nenek mengajar ku bercakap minang.[/b] [b]S: Kama wa'ang payi?[/b]

(Kemana engkau pergi?) [b]J: Ka Batu Ruid.[/b] ( Ke Batu Road) [b]S: Aa babali?[/b] (Apa yang di beli?) [b]J: Kasuit Buit.[/b] (Kasut Boot) [b]S: Aa tali nyo?[/b] (Apa tali nya?) [b]J: Tali sabuit.[/b] (Tali sabut) [b]S: Ba'a baunyo?[/b] (Bagaimana baunya?) [b]J: Bau Kantuit...[/b]

[b]Alah la tu.....hari dah laruik malam, den nak masuak lalok sabalum mangaliar aiar mato takana jo nenek.[/b] Syd posted at 2-6-2008 09:19

Reply #27 Gravedigger's post


Alah la tu.....hari dah laruik malam, den nak masuak lalok sabalum mangaliar aiar mato takana jo nenek.

translate: Dah lah tu...hari dah larut malam, i nak masuk tido dulu sebelum mengalir air mata terkenangkan jua nenek :D feyzafaziyani posted at 2-6-2008 12:58

Reply #16 Syd's post


saper2 kat sini leh terangkantentang randai...aku ader assignment tentang randai...aku nak tau tentang maksud setiap bunga pergerakan randai dan jugak floor pattern nya...leh sesaper terangkan kat aku?aku cari kat internet tak jumper pon... Syd posted at 2-6-2008 13:37

Reply #29 feyzafaziyani's post


cuba tgk2 kat sini kot2 ada link lain lebih details ttg randai nih [url]http://mantagisme.blogspot.com/2007/03/randai-seni-tradisi-minangkabau.html[/url]

daydeck86 posted at 7-6-2008 21:17

Balas #21 selipar_hijau\ catat


tau xper tuh belum tgk rumah minnag kat ranah minang lagik.... nidzrain posted at 9-6-2008 10:46 [quote]Originally posted by [i]feyzafaziyani[/i] at 2-6-2008 12:58 PM [url=http://eforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=23400166&ptid=288600][img]ht tp://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url] saper2 kat sini leh terangkantentang randai...aku ader assignment tentang randai...aku nak tau tentang maksud setiap bunga pergerakan randai dan jugak floor pattern nya...leh sesaper terangkan ka ... [/quote] haha.... nak tau pasal randai erk.... tanyer lah ayah kiter.... hr tu maser tgk randai kat istana budaya, sebok dier nk translatekan kat kiter... mcm la kiter tak tau....;P ;P RikaHasriana posted at 10-6-2008 11:12 kiter lak.. papa org minang..mama org bawean.. tapi kiter lahir mesia.. mmg paham kalau org ckp bahasa minang ngan bawean nih..tapi nak balas balik nak pikir dulu ayat2 tu...;P ;P ;P ;P ngah ngah ngah..:lol: :lol: :lol: so muka pun tak sama ngan org mesia.. ada org kata muka kita mcm thailand..filipina.. hahahaaa!!!:D :D :D kekadang 'iye' kan jer!!! :loveliness: :loveliness: :) :) Syd posted at 10-6-2008 11:19 sini belajar spiking minang; [url]http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=200032&extra=page%3D1[/url]

;P nidzrain posted at 18-6-2008 21:33

ba'a indak ado urang nan manjanguak ka siko...??? lai indak basari rumah ko...??? indak ado urang ka singgah...:L Syd posted at 20-6-2008 14:47

Reply #35 nidzrain's post


ughang kakadang kamari nyoh basari ko indak, awak yang mencorak ee :lol: Gravedigger posted at 23-6-2008 10:02 [quote]Originally posted by [i]Syd[/i] at 20-6-2008 02:47 PM [url=http://eforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=23963190&ptid=288600][img]ht tp://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif[/img][/url] ughang kakadang kamari nyoh basari ko indak, awak yang mencorak ee :lol: [/quote] [b][color=navy]Iyo bana tu.... rumah yang indak ba urang indak ba arti iyo nyo indak basari. Mungkin iyo nyo maha dan indak sado nyo mampu untuak tingga didalamnyo. Samo jo rumah gadang awak yang sasakali dunsanak talah pulang dari rantau mako barulah taraso kamariahannyo. [/color][/b] Syd posted at 23-6-2008 10:40 [youtube]p9K0T12DM-8[/youtube] :P Syd posted at 23-6-2008 10:42 takanang jo kampuang [youtube]9bwB1O6PPdI&feature=related[/youtube] :lol: nidzrain posted at 12-7-2008 19:09 pandai nyer mat saleh ni nyanyi lagu minang.....:lol: tak aci tau.....:$ :$ :'( dilaOHdila posted at 13-7-2008 07:29

pandai dia nyanyi......:) sedap lak pelat2 dia tuh Syd posted at 31-12-2008 12:00 Adat Perpatih

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantauperantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau. Syd posted at 31-12-2008 12:00 Prinsip-prinsip Adat Perpatih Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama. 1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya. 2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya. 3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya. 4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat. 5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya. Syd posted at 31-12-2008 12:00 Pembahagian harta Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat

Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja). jkkkj posted at 2-1-2009 01:32 Teringat aku kat lagu tema Tahun Melawat Negeri Sembilan dulu.Antara lain lagu tu sebut seperti berikut :[b][i]Kualo Pilah telapak adat Seri Menanti bandar dirajo Koto Lukut koto sejarah Koto Sejarah Dek bulat kato muafakat Undang Lembago Buapak Itu asas terbino Negeri Sembilan[/i][/b]. Apa yang aku faham dari lagu ni ialah masyarakat Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih ni sangat mementingkan konsep permuafakatan bersama (consesus) di dalam setiap keputusan yang mereka ambil. Wallahualam. amazed posted at 7-1-2009 07:07 Daya tahan Adat Perpatih Oleh RAIS YEOP JOHARI dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM [i][b]Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minang, Sutan Balun yang bergelar Dato Perpatih Nan Sebatang dan mula diamalkan di Negeri Sembilan sejak 650 tahun lalu. [/b][/i] [b][/b] [b][/b] [img=375,312]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1 .jpg[/img] [size=1] [/size]

APABILA menyebut mengenai Adat Perpatih yang telah sekian lama menjadi darah daging masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, ada segelintir masyarakat yang berada di luar lingkaran adat itu berpendapat adat tersebut menjadi penghalang ke arah kemajuan orang Melayu di negeri itu. Mereka merasakan adat yang diamalkan sejak sekian lama oleh beberapa generasi sudah lapuk

dan ketinggalan dek zaman dan tidak sesuai dipraktikkan pada zaman sekarang yang menuju ke era globalisasi. Hakikatnya, Adat Perpatih yang diamalkan di negeri itu merupakan peraturan hidup atau undangundang yang mampu bertahan sepanjang zaman. Ini kerana Adat Perpatih lengkap dengan garis panduan meliputi Adat Sebenar Adat, Adat Yang Diadatkan, Adat Yang Teradat dan Adat Istiadat.

[table=220][tr][td][img=220,322]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Renc ana_Utama/ru_01.2.jpg[/img] [/td][/tr][tr][td][font=Verdana][size=2][b]TUANKU MUHRIZ TUANKU MUNAWIR (tengah) pada majlis pemasyhuran sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. [/b] [/size][/font][/td][/tr][/table] Adat yang masih diamalkan itu turut selari dengan ajaran agama Islam yang menjadi agama rasmi, seperti yang dijelaskan dalam kata-kata: [i]Adat bersendikan syarak Syarak bersendikan Kitabullah Syarak mengata Adat memakai[/i] [i] [/i]Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman memberitahu, Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Menurutnya, ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minang, Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang dan mula diamalkan di Negeri Sembilan sejak 650 tahun lalu. Katanya, adat yang dimaksudkan dalam pemakaian Adat Perpatih ialah undang-undang atau peraturan hidup yang lengkap meliputi aspek kehidupan masyarakat sama ada sosiol, politik dan agama. [table=100][tr][td][img=100,154]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Renc ana_Utama/ru_01.3.jpg[/img] [/td][/tr][tr][td][font=Verdana][size=2][b]MUHAMAD SHARIP OTHMAN [/b] [/size][/font][/td][/tr][/table] Beliau kesal kerana ada sesetengah masyarakat luar mempunyai pandangan sempit mengenai adat yang diamalkan itu apabila mereka berpendapat Adat Perpatih adalah adat sosiobudaya yang mudah digambarkan seperti adat dalam perkahwinan. "Sebab itu, ia (adat) dimaksudkan sebagai undang-undang yang harus dipelihara sepanjang zaman. Contohnya, jika undang-undang tidak dipatuhi, sudah tentu ia tidak dapat memberi kesejahteraan kepada masyarakat. "Masyarakat umum kena buka minda agar dapat lebih memahami tentang adat ini. Ia telah disusun elok untuk kesejahteraan dan kestabilan masyarakat," katanya ketika ditemui [i]Kosmo![/i] di Balai Undang Luak Rembau, Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini. Menurutnya, Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Katanya, mereka terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku.

[table=220][tr][td][img=220,145]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Renc ana_Utama/ru_01.4.jpg[/img] [/td][/tr][tr][td][font=Verdana][size=2][b]ALAT-ALAT yang digunakan untuk persandingan dalam majlis perkahwinan orang Melayu Negeri Sembilan. [/b] [/size][/font][/td][/tr][/table] Muhamad Sharip memberitahu, pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan adalah antara warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan pelantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu yang kesemuanya berteraskan kepada adat berkenaan. "Adat ini diwariskan dari generasi ke generasi merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, pelantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan serta pelbagai aspek lagi. "Setiap peraturan atau adat dalam Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat tersebut," kata beliau lagi. [table=200][tr][td][img=200,122]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Renc ana_Utama/ru_01.5.jpg[/img] [/td][/tr][tr][td][size=1][font=Verdana][size=2][b]DIKIR Rebana Rembau turut memeriahkan lagi majlis Istiadat Menyalang Dato'-Dato' Lembaga dan Buapak Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Luak Rembau[/b][/size][/font]. [/size][/td][/tr][/table] Ujarnya, pelantikan pemimpin, contohnya pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat Undang Luak itu akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari Raja Raden Ibni Raja Lenggang untuk pemasyhuran menjadi Yang Dipertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpinpemimpin keluarga yang digelar Buapak. Sharip berkata, kuasa Undang Luak adalah sangat luas dalam menjalankan pentadbiran dan Undang Luak juga mempunyai pembesar iaitu Lembaga yang menasihatkan Undang dalam pemerintahannya. "Ketua bagi setiap suku dipanggil Lembaga dan mempunyai gelaran masing-masing. Lembaga berfungsi sebagai pentadbir kepada sukunya dan memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah berhubung dengan adat, harta, penceraian, pertelingkahan dan sebagainya," katanya. Sekiranya Lembaga tidak dapat mencari jalan penyelesaian, maka perkara itu akan dibawa kepada pengetahuan Undang Luak. Dalam pada itu, Undang Luak Rembau itu juga berkata, masih ada segelintir masyarakat luar salah tafsir mengenai Adat Perpatih dalam pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. "Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat adalah tanah yang dipusakai turun temurun daripada nenek moyang sesebuah keluarga. [table=220][tr][td][img=220,140]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Renc

ana_Utama/ru_01.6.jpg[/img] [/td][/tr][tr][td][size=1][font=Verdana][size=2][b]BUAPAK dan Ibu Soko Suku Paya Kumbuh (Baruh) menghadap Undang Luak Rembau di Rembau, Negeri Sembilan[/b][/size][/font]. [/size][/td][/tr][/table] "Tujuan tanah adat ini diberikan kepada perempuan semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita. Anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu berusaha untuk terus hidup. "Mengenai harta atau tanah yang diperoleh sebagai harta sepencarian, pembahagiannya menurut hukum faraid iaitu tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya dikhususkan untuk perempuan," katanya. Menurut beliau, kata-kata 'Adat bersendikan syarak... syarak bersendikan Kitabullah...' merujuk kepada adat yang diguna pakai sejak dahulu hingga kini tetapi ia selari dengan ajaran agama Islam berteraskan al-Quran (Kitabullah). "Kita sudah banyak kali mengadakan seminar dan membentangkan kertas kerja mengenai adat dan agama. Sememangnya dari dahulu lagi al-Quran menjadi pegangan dalam penggunaan Adat Perpatih. [table=200][tr][td][img=200,138]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Renc ana_Utama/ru_01.7.jpg[/img] [/td][/tr][tr][td][font=Verdana][size=2][b]UNDANG LUAK REMBAU menyerahkan keris kepada Tok Menti Nor Ehzan Maah, Buapak Suku Biduanda Sedia Raja Kampung Bukit. [/b] [/size][/font][/td][/tr][/table] "Sebab itulah adat ini bersifat global, menjadi amalan sepanjang zaman dan tidak akan lapuk dek zaman. Jika disusuri sejarah, kedatangan orang Minangkabau ke negeri ini turut melibatkan proses asimilasi kepada penduduk pribumi untuk menganuti Islam," katanya. Menurutnya, bidalan 'biar mati anak jangan mati adat' yang sering diperdebatkan dan dipertikaikan oleh sesetengah pihak perlu difahami sedalam-dalamnya kerana pemakaian kata-kata itu adalah bertepatan dalam aturan hidup. "Adat bermakna undang-undang. Maka kata-kata itu sebenarnya merujuk kepada undang-undang. Justeru, adat ini perlu dipatuhi dan tidak boleh dilenyapkan. [img=375,119]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.8 .jpg[/img] [size=1][font=Verdana][size=2][b]TUNKU BESAR TAMPIN dan Undang Yang Keempat bergambar [/b][/size][/font] [font=Verdana][size=2][b]dengan Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Tanah Melayu, [/b][/size][/font] [font=Verdana][size=2][b]Sir Donald Charles Mac Gillivray.[/b][/size][/font] [/size] "Contohnya, jika ada individu bersalah atau anak-anak buah didapati bersalah, mereka mungkin dihukum mati. Hukuman itu harus dijalankan biarpun terpaksa mengorbankan nyawa. Jika undangundang tidak diguna pakai dalam peraturan hidup, ia akan merosakkan sistem itu sendiri. "Dengan kata mudah, kalau seseorang itu didapati bersalah di bawah Kanun Keseksaan, ia boleh dihukum di bawah akta itu. Jadi, mana boleh akta tersebut tidak diguna pakai," jelasnya. amazed posted at 7-1-2009 07:09 Transformasi Adat Perpatih Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan ADHAM SHADAN

[i][b]Adat Perpatih secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum Hawa dari sudut harta pusaka. Persoalannya, adakah ia masih utuh dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan?[/b][/i] [b][/b] [b][/b] [img=375,257]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1 .jpg[/img] [size=1][font=Verdana][size=2][b]YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz[/b][/size][/font] [font=Verdana][size=2][b] Tuanku Munawar (kiri) menerima Mas Merah daripada Undang[/b][/size][/font] [font=Verdana][size=2][b] Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Petra Mubarak Dohak.[/b][/size][/font] [/size]

ADAT Perpatih yang bermula 650 tahun lalu adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya ketika itu adalah petani. Tiada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat itu mula diwujudkan. Namun, Adat Perpatih telah dibawa ke Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau sejak ratusan tahun lalu. Di Malaysia, Adat Perpatih masih wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian penduduk di Melaka terutama di Naning, Alor Gajah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau. Menyelami prinsip Adat Perpatih, ia secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum Hawa dari sudut harta pusaka khususnya tanah adat. Mungkin kerana itu, ramai yang menganggap seolah-olah wujud wanita dari keluarga Adat Perpatih yang bersikap [i]queen control[/i] sekiranya berkahwin dengan lelaki yang berasal dari negeri lain. Kononnya segala harta pusaka milik suami akan diserahkan bulat-bulat kepada isterinya. Si suami pula harus tinggal di rumah isteri atau mentua. Menjadi persoalan, adakah adat itu masih utuh dipraktikkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan biarpun negara telah mengalami perubahan zaman yang begitu drastik.

[table=100][tr][td][img=100,127]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0107/Kosmo/Renc ana_Utama/ru_02.2.jpg[/img] [/td][/tr][tr][td][size=1]Dr. Shamsul Amri Baharuddin [/size][/td][/tr][/table] Menurut Profesor Antropologi Sosiol dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Adat Perpatih masih terus diamalkan oleh masyarakatnya tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman. "Ia berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini," itulah jawapan pertama yang dinyatakan beliau ketika ditemui [i]Kosmo![/i] di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, Bangi baru-baru ini. Antara prinsip Adat Perpatih yang masih kekal diamalkan adalah keturunan dikira melalui nasab ibu.

Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada kaum wanita yang dianggap bonda kandung, iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya. Prinsip yang kedua, bagi masyarakat yang tinggal di kampung mereka tinggal di kawasan ibu sebelah isteri. "Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya untuk menetap di kampung atau kawasan ibu kepada isterinya sebagai orang semenda. "Cuma, bagi mereka yang berhijrah di luar kawasan Negeri Sembilan, contohnya di Pahang, Kelantan atau Perlis, prinsip itu mengalami perubahan iaitu si ibu hendaklah tinggal bersama anak perempuan dan menantunya. "Hal yang melibatkan pembahagian harta pula membabitkan anak perempuan mewarisi harta pusaka manakala anak lelaki menyandang saka. Ini adalah prinsip yang ketiga. Ia menjelaskan bahawa hanya anak lelaki yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala anak perempuan mewarisi harta pusaka keluarga ibunya. "Prinsip perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang tetapi orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku dan ini menjadi antara prinsip yang masih diamalkan masyarakat Negeri Sembilan," katanya merujuk kepada prinsip yang keempat dan kelima. Shamsul Amri menjelaskan, apa yang dikatakan telah mengalami perubahan adalah dari segi penghijrahan tempat tinggal masyarakatnya. Ini menjelaskan sifat komuniti masyarakatnya tidak lagi bersemuka berbanding dahulu iaitu tinggal dalam satu kelompok atau satu kampung yang sama. "Ramai dalam kalangan masyarakatnya, khususnya remaja telah berhijrah di negeri lain dan masing-masing memegang jawatan dan kerjaya sendiri. "Ini bukan bermakna mereka mengabaikan Adat Perpatih, sebaliknya mereka dipengaruhi oleh aspek kehidupan moden Melayu pada hari ini. Sementara itu, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Borhan berkata, adat itu masih diamalkan tetapi bilangan pengamalnya tidaklah sebanyak puluhan tahun lalu. "Ia masih diamalkan tetapi tidaklah seperti 50 atau 30 tahun lalu. Kebanyakan yang mengamalkannya ialah mereka yang tinggal di tanah adat iaitu di kawasan yang mengamalkannya. "Sekarang ini, penghijrahan ke banyak tempat adalah perkara biasa. Masing-masing sudah bebas dan menentukan hala tuju sendiri. "Konsep adat berpegang kepada 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Apabila kita tidak lagi berada di dalam kawasan tanah adat, kita tidak lagi terikat dengan adat tersebut sebaliknya kita terikat dengan adat di kawasan yang kita duduki. "Justeru, tidak timbul soal berhijrah lalu mengabaikan adat," katanya. Beliau menjelaskan, adat sebenarnya tidak jumud dan ia bersifat dinamik. Perubahan boleh berlaku dengan syarat disepakati oleh semua pihak yang terlibat. "Muafakat adalah ibu adat," tambahnya. Syd posted at 21-1-2009 10:41

Tradisi lisan dalam perkahwinan Minang-Mandailing Minang-Mandailing bertemu Melayu Berijab kabul di Tanah Deli Ucapan selamat pengantin baru Kepada Ikhwan dan juga Fifi

PANTUN di atas saya lafazkan sewaktu diundang untuk memberi nasihat pada majlis Mangalehan Mangan di sebuah rumah kawasan elit di Medan, Sumatera Utara, Sabtu lalu. Mangalehan Mangan adalah amalan dalam adat perkahwinan suku Mandailing (Tapanuli Selatan) di mana sanak saudara dan sahabat handai pengantin memberi hadiah dan nasihat dalam suasana sangat akrab dan penuh rasa kekeluargaan. Dalam bahasa Melayu ungkapan Mangalehan Mangan itu bererti "memberikan makanan". Makanan itu terdiri daripada nasi yang ditutupi lauk-pauk dan dihidangkan dalam sebuah dulang besar di depan pengantin yang duduk berdampingan, bersila dan bersimpuh dikelilingi kaum keluarga. Menjelang bermulanya acara, nasi dan lauk-pauk di atas dulang besar itu ditutup dengan daun pisang dan di atas daun itu pula dihamparkan kain bersulam hampir menyerupai permaidani nipis. Bila acara bermula, daun pisang dan kain digulung dengan teliti. Maka terdedahlah sejenis rendang kepala kambing, kepak dan dada ayam serta udang besar dan beberapa jenis ikan. Semuanya diletakkan di atas nasi sebagai satu lapisan. Selama hampir dua jam, makanan itu terdedah menjadi tontonan sebelum dimakan oleh pengantin yang saling suap-menyuap dan diikuti oleh tetamu lain. Namun bukan sekadar makanan. Paling banyak diberikan kepada pengantin dalam majlis Mangalehan Mangan itu ialah kata-kata nasihat. Pertama, nasihat diberi oleh anggota keluarga pengantin yang dianggap penting dan utama hubungan kekeluargaannya atau lebih kanan kedudukannya dalam sistem adat. Bagi yang mahir tentang adat dan sastera tradisi, nasihat diberi berasaskan tafsiran simbolik dengan merujuk kepada aspek positif daripada sifat atau kehidupan kambing, ayam, ikan dan udang yang pada saat itu sudah menjadi lauk dan terhidang di atas dulang di depan pengantin. Udang dianggap sebagai makhluk yang sensitif terhadap persekitaran dengan sesungutnya yang berfungsi sebagai 'radar' dan mempunyai pemikiran yang strategik untuk menyelamatkan diri. Ia mahir bergerak mundur dan maju atau ke kiri dan ke kanan berkat bentuk badannya. Ikan dianggap sebagai makhluk yang mempunyai semangat penyatuan tinggi kerana biasanya akan bergerak dalam kumpulan di dalam air. Tafsiran yang diberikan terhadap sifat kambing ialah sebagai haiwan setia yang betapa jauh pun merayau pada waktu siang, ia akan tetap kembali ke kandang apabila menjelang senja. Pasangan pengantin dinasihatkan supaya memerhati dan mengambil iktibar daripada sifat positif haiwan-haiwan tersebut demi mempastikan kerukunan hidup berumahtangga. Sebelum acara Mengalehan Mangan, diadakan majlis merenjis pengantin mengikut adat Melayu Sumatera Timur kerana kebetulan pengantin lelaki daripada keturunan keluarga kesultanan Deli.

Berbeza sedikit dengan amalan Melayu di Malaysia, acara merenjis mengikut adat Deli yang saya perhatikan di Medan itu diikuti dengan pantun nasihat yang dilafazkan oleh janang (juru acara) setiap kali ahli keluarga merenjis. Kedua-dua acara itu diadakan menjelang Zohor sementara sebelah pagi diadakan akad nikah yang didahului bacaan al-Quran. Malam sebelumnya, berlangsung acara Malam Barinai (berinai) mengikut amalan adat perkahwinan Minangkabau. Setiap satu daripada 10 jari tangan pengantin perempuan diinai dan janang akan berpantun dan berseloka memberi pelbagai nasihat. Nasihat juga diberikan oleh tukang dendang yang bernyanyi dengan loghat Minang dengan iringan tiupan serunai yang sayu dan mengharukan. Namun nasihat paling mengharukan ialah yang dilafazkan oleh ayahanda pengantin sendiri yang "gembira mendapat menantu" tetapi sedih dan terharu kerana akan "kehilangan anak kandungnya". Dengan yang suara yang sebak dan penuh rasa terharu, Ir. Haji Mohd. Hoesni Samad berkata kepada puterinya: "Ada rasa kehilangan, kerana Fifi tidak akan sepenuhnya menjadi milik papa dan adik-adik lagi tetapi papa bersyukur kerana telah dapat menghantar anakanda ke tahap kehidupan berikutnya, kehidupan berumah tangga." Ucapan nasihat itu menjadi lebih mengharukan kerana dia mengimbas kenangan terhadap Allahyarham isterinya. Acara perkahwinan gadis keturunan Minang-Mandahiling dan jejaka keturunan keluarga kesultanan Deli itu berlangsung selama tiga hari tiga malam, penuh meriah dengan sulaman adat istiadat dari tiga daerah di Sumatera dan diserikan dengan unsur keagamaan. Acara malam terakhir, resepsi untuk lebih 1,500 tetamu diadakan di sebuah dewan yang berlatar belakangkan pelamin senibina Minangkabau yang gilang gemilang. Antara kesan yang saya peroleh daripada semuanya itu ialah, tradisi lisan masih subur di kalangan pengamal adat Minangkabau, Mandailing dan Melayu. Kemeriahan acara perkahwinan tiga hari tiga malam itu tidak dapat dipisahkan daripada pidato dan ucapan nasihat yang melanjutkan tradisi lisan umat Melayu nusantara. Syd posted at 2-2-2009 10:49 Adat perpatih bakal didokumentasi SEREMBAN 1 Feb. - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah institusi khusus bagi mendokumentasi segala aspek berhubung adat perpatih di sini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, institusi berkenaan berperanan merekod segala aktiviti tentang adat perpatih secara tersusun. Jelas beliau, antara perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan oleh institusi itu termasuk istiadat rasmi, pewarisan harta pusaka dan seni budaya.

''Bahan-bahan yang didokumentasi boleh dijadikan sumber rujukan rasmi oleh penyelidik adat perpatih serta orang ramai terutama generasi muda," ujarnya. Mohammad Razi berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Karyawan Negeri Sembilan (Karyawan NS) Kali Kedua di Taman Budaya dekat sini hari ini. Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Warisan Seni Budaya, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Siri Neng Buah dan Presiden Karyawan NS, Roslee Mansor. Dalam majlis yang sama, Mohammad Razi menerima kertas kerja cadangan penubuhan Akademi Karyawan NS yang diserahkan oleh Roslee. Beliau memberitahu, selain istiadat rasmi, kerja-kerja pendokumentasian turut meliputi isu-isu berkaitan tanah adat. ''Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi perhatian yang serius tentang perkara tersebut dan beliau mencadangkan supaya dianjurkan forum atau seminar bagi membincangkan isu-isu tanah adat," jelasnya. Kata Mohammad Razi lagi, institusi berkenaan diselia oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan tokoh-tokoh yang berpengetahuan luas tentang adat perpatih akan dijemput untuk memberi pandangan. Dalam pada itu, beliau berharap, ahli-ahli Karyawan NS menggiatkan usaha menarik minat orang ramai di negeri ini terhadap kegiatan seni budaya melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Ujarnya, ahli-ahli Karyawan NS boleh memainkan peranan meningkatkan jati diri masyarakat melalui penghasilan karya-karya berkualiti. aamoi posted at 18-2-2009 10:05 [font=comic sans ms][size=3][color=orange]urang awak..meh sesamo pilih meh :) [/color][/size][/font]

[img]http://dl5.glitter-graphics.net/pub/967/967985v818a4mn1y.gif[/img][img]http://dl5.glittergraphics.net/pub/967/967985v818a4mn1y.gif[/img][img]http://dl5.glittergraphics.net/pub/967/967985v818a4mn1y.gif[/img][img]http://dl5.glittergraphics.net/pub/967/967985v818a4mn1y.gif[/img][img]http://dl5.glittergraphics.net/pub/967/967985v818a4mn1y.gif[/img][img]http://dl5.glittergraphics.net/pub/967/967985v818a4mn1y.gif[/img][img]http://dl5.glittergraphics.net/pub/967/967985v818a4mn1y.gif[/img][font=comic sans ms][size=3][color=orange] [/color][/size][/font] [url=http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=402370&extra=page%3D1&frameon=no]htt p://eforum3.cari.com.my/viewt ... %3D1&frameon=no[/url] Page: [1] 2 View Full Version: Orang Minangkabau, Budaya & Adat Perpatih

Powered by Discuz! Archiver 7.2 2001-2009 Comsenz Inc.

Anda mungkin juga menyukai