Anda di halaman 1dari 4

BAHAN PDPR

Nama Guru

Darjah Darjah 2

Sekolah

Maklumat PdP

Subjek Bahasa Melayu

Tema 7. Sayangi Malaysia

Unit 20. Malaysia Indah


Topik
Tajuk: Kampung Indah

Tempoh pelaksanaan

Kandungan Kurikulum

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

5.3 Memahami dan


5.3.1 Memahami dan mengenal pasti penggunaan ayat mengikut
membina ayat
konteks; (ii) ayat penyata
mengikut konteks

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


Objektif Pembelajaran 1. mengenal pasti ayat penyata yang betul.
2. membina ayat penyata berdasarkan gambar dengan betul.

NOTA

i. keistimewaan: hal-hal yang istimewa; kelebihan; keutamaan.


ii. berkunjung: pergi melihat-lihat tempat.
Maksud kosa kata
iii. indah: cantik; menarik; memuaskan hati.
iv. pemandangan: keadaan alam sekeliling yang dapat dipandang.

Terdapat empat jenis ayat, iaitu:

1. Ayat Penyata

Ayat penyata digunakan untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu


Jenis Ayat
cerita, benda, kejadian dan sebagainya. Ayat penyata diakhiri dengan
tanda noktah ( . ).

2. Ayat Tanya
Ayat tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat,
benda, manusia dan sebagainya. Kata tanya seperti Bagaimana,
Apakah, Bilakah, Siapakah, Berapakah, Mengapakah boleh digunakan.
Ayat tanya diakhiri dengan tanda tanya (?).

3. Ayat Perintah

Ayat perintah digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan, sama


ada menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta seseorang
melakukan sesuatu. Kata-kata seperti Jangan , Usah , Sila , Jemput ,
Minta, Tolong boleh digunakan dalam ayat perintah.

4. Ayat Seruan

Ayat Seruan digunakan untuk melahirkan perasaan seperti marah,


hairan, terkejut dan sebagainya. Kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi
dan sebagainya digunakan. Ayat seru diakhiri dengan tanda seru (!).

Jenis Ayat Contoh Ayat


Ayat penyata 1. Helmi suka pulang ke kampung.
2. Nama kampungnya Kampung Indah.
Ayat tanya 1. Apakah keistimewaan kampung kamu?
Contoh Ayat 2. Gunung Kinabalu di mana?
Ayat perintah 1. Lihatlah gambar-gambar ini.
2. Jangan petik bunga-bunga di taman.
Ayat seruan 1. Wah, indahnya Pulau Sipadan!
2. Aduh, sakitnya perut aku!

AKTIVITI

● Guru menerangkan topik dan tugasan PdPR kepada murid.


● Murid membaca buku teks BM Tahun 2 muka surat 126 untuk

Aktiviti permulaan memahami keistimewaan Kampung Indah.


● Murid menjawab soalan “Apakah keistimewaan kampung kamu?”
dengan serangkap ayat di ruangan komen Google Classroom.
● Guru memberi penerangan mengenai jenis-jenis ayat melalui
tayangan Video dan Slaid Powerpoint.
• Murid mengenal pasti jenis-jenis ayat yang terdapat dalam buku teks
Aktiviti semasa
menjalankan tugasan ms126 dan juga buku aktiviti ms53.

yang diberi oleh guru • Murid melengkapkan lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
Aktiviti 1: Tandakan (√ ) pada ayat penyata yang betul.
Aktiviti 2: Bina ayat penyata berdasarkan gambar.
• Murid boleh merujuk pelbagai sumber (kamus, buku teks, buku
aktiviti, buku tatabahasa dan Internet)
● Murid menghantar hasil kerja kepada guru secara dalam talian
Aktiviti setelah
(Google Classroom / Telegram / WhatsApp).
tugasan selesai
● Guru menyemak hasil kerja murid dan memberi maklum balas.

Pelaporan murid Lembaran kerja

Rujukan

1. Video Tahun 2 BM Tatabahasa: Ayat Penyata


https://www.youtube.com/watch?v=2chc6jSC2Wk
Bahan Sumber yang 2. Video Jenis-Jenis Ayat
boleh digunakan oleh https://www.youtube.com/watch?v=pMY9WEvlrN8
murid 3. Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Online)
https://prpm.dbp.gov.my/
4. Slaid PowerPoint di Google Classroom

SOALAN UNTUK PENTAKSIRAN

LEMBARAN KERJA

Aktiviti 1: Tandakan ( √ ) pada ayat penyata yang betul.

1. Anand dan Ali sedang berjalan di taman.


2. Jangan bermain di tepi jalan raya.
3. Wah, indahnya Pantai Tanjung Aru!
4. Bunga raya berwarna merah.
5. Siapakah yang membuang sampah di sini?
6. Pemandangan di Kundasang sangat indah.
7. Hai, Mei Ling! Kamu apa khabar?
8. Air sungai di kampung saya sangat jernih.

Aktiviti 2 : Bina ayat penyata berdasarkan gambar.

1. udara – nyaman

-------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------
2. batu karang – dasar laut

-------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------

3. kampung – sawah padi

-------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai