Anda di halaman 1dari 7

Analisis Data

Bahagian ini membincangkan kajian terhadap isu pengetahuan tentang fahaman saintisme.
Saintisme ialah istilah yang digunakan untuk kepercayaan bahwa metode dan pendekatan
ilmiah dapat diterapkan.

Maklumat Responden
Sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang mengandungi
jantina lelaki dan perempuan.
Kajian
Di dalam bahagian B ini, terdapat 9 soalan dan jawapan terpilih yang terdiri daripada soalan-
soalan-soalan yang berkaitan dengan pengetahuan tentang fahaman saintisme. Pengkaji
menggunakan skala likert yang membolehkan responden memilih jawapan berdasarkan 5
skala persetujuan yang disediakan. Responden yang terlibat dalam kajian ini haruslah
memberikan kenyataan berdasarkan jawapan yang dinyatakan. Mereka perlu menandakan
pilihan skor bagi item yang dipilih. Berikut merupakan kajian yang diperolehi.

Jadual 1: Pemikiran saintisme


Data diatas menunjukkan bahawa 4 responden memilih sangat tidak setuju yang mewakili
3.6% terhadap pembuktian saintifik manakala 6 responden memilih tidak setuju yang
mewakili 5.4%. Selain itu, 31 orang responden lagi mewakili setuju iaitu 27.9% manakala 18
responden lagi memilih sangat setuju iaitu 16.2%. Selebihnya iaitu 52 orang responden yang
mewakili tidak pasti adalah 46.8%. Ini menunjukkan bahawa ramai responden tidak pasti
dengan pemikiran saintisme yang dapat dibuktikkan melalui pembuktian saintifik.

Jadual 2: Sains dapat menghasilkan pengetahuan mengenai manusia dan masyarakat

Responden menunjukkan bahawa sains adalah sumber pengetahuan yang benar iaitu 33 orang
responden setuju iaitu mewakili 29.7% manakala 26 orang responden mewakili sangat tidak
setuju iaitu 23.4%. Terdapat juga 17 orang yang tidak setuju iaitu mewakili 15.3% dan 13
orang responden mewakili 11.7%. Ini dapat disimpulkan bahawa ramai responden yang
setuju dengan sains adalah satu-satunya sumber pengetahuan yang benar dan dapat
menghasilkan pengetahuan mengenai manusia dan masyarakat yang benar.
Jadual 3: Sains menyelesaikan segala masalah
Sains dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh manusia menunjukkan bahawa
28 orang responden yang mewakili 25.2% sangat tidak setuju manakala 18 orang responden
yang mewakili 16.2% tidak setuju. 32 orang responden yang mewakili 28.8% pula tidak
pasti, 22 orang responden pula yang mewakili 19.8% pula setuju. 11 orang responden yang
mewakili 9.9% menunjukkan sangat setuju. Ini dapat disimpulkan bahawa ramai responden
tidak pasti bahawa sains dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia.
Jadual 4: Pemikiran saintisme

Pemikiran saintisme dalam kalangan umat islam menunjukkan bahawa 27 orang responden
yang mewakili 24.3% sangat tidak setuju manakala 7 orang responden yang mewakili 6.3%
tidak setuju. 30 orang responden yang mewakili 27% pula tidak pasti dan 33 orang
responden mewakili 29.7% setuju. Manakala 14 orang responden yang mewakili 12.6%
memilih sangat setuju. Ini dapat disimpulkan ramai responden memilih setuju bahawa
pemikiran saintisme perlu ada dalam kalangan umat islam.

Jadual 5: Kaedah sains

Percaya kaedah sains harus diterapkan dalam semua bentuk ilmu menunjukkan bahawa 24
orang responden memilih sangat tidak setuju iaitu mewakili 21.6% manakala 6 orang
responden memilih tidak setuju iaitu mewakili 5.4%. 26 orang responden memilih tidak pasti
iaitu 23.4% dan 42 orang responden memilih setuju iaitu mewakili 37.8%. Selain itu, 13
orang responden memilih sangat setuju iaitu mewakili 11.7%. Ini menunjukkan bahawa
ramai memilih setuju dengan mempercayai bahawa kaedah sains harus diterapkan dalam
semua bentuk ilmu.
Jadual 6: Sains satu-satunya ilmu yang sah dan benar

Sains satu-satunya ilmu yang sah dan benar menunjukkan bahawa 31 orang responden
memilih sangat tidak setuju mewakili 27.9% manakala 16 orang responden memilih tidak
setuju iaitu mewakili 14.4%. 37 orang responden memilih tidak pasti iaitu mewakili 33.3%
dan 22 orang responden memilih setuju iaitu mewakili 19.8% manakala 5 orang responden
memilih sangat setuju iaitu mewakili 4.5%. Ini dapat disimpulkan bahawa ramai tidak pasti
bahawa sains adalah satu-satunya ilmu yang sah dan benar untuk mengetahui hakikat.
Jadual 7: Pembuktian sains

Hanya dengan pembuktian sains sahaja manusia dapat mencapai ilmu dan kebenaran
menunjukkan bahawa 34 orang responden memilih sangat tidak setuju iaitu mewakili 30.6%
dan 13 orang responden iaitu mewakili 11.7% memilih tidak setuju. 36 orang responden iaitu
mewakili 32.4% memilih tidak pasti dan 22 orang responden memilih setuju iaitu mewakili
19.8% manakala 6 orang responden memilih sangat setuju iaitu 5.4%. Ini menunjukkan
bahawa ramai tidak pasti dengan hanya pembuktian sains sahaja manusia dapat mencapai
ilmu dan kebenaran.
Jadual 8: Kaedah sains tanpa rujukan al-Quran

Kaedah sains tanpa rujukan al-Quran menunjukkan bahawa 53 orang responden memilih
sangat tidak setuju iaitu mewakili 48.6% dan 20 orang responden pula memilih tidak setuju
iaitu mewakili 18.3%. 20 orang responden pula memilih tidak pasti iaitu mewakili 18.3%
dan 11 orang responden memilih setuju iaitu 10.1% manakala 5 orang responden memilih
sangat setuju iaitu mewakili 4.6%. Ini dapat disimpulkan bahawa ramai responden sangat
tidak setuju tentang segala perkara yang terjadi hanya dapat dibuktikan dengan kaedah sains
tanpa rujukan al-Quran.

Jadual 9: Kepercayaan terhadap sains

Manusia hanya akan maju dengan kepercayaan terhadap sains menunjukkan bahawa 39 orang
responden memilih sangat tidak setuju iaitu mewakili 35.8% dan 22 orang responden
memilih tidak setuju iaitu mewakili 20.2%. 25 orang responden memilih tidak pasti iaitu
mewakili 22.9% dan 16 responden iaitu mewakili 14.7% memilih setuju manakala 7 orang
responden memilih sangat setuju iaitu mewakili 6.4%. Ini dapat menunjukkan bahawa ramai
responden sangat tidak setuju dengan manusia hanya akan maju dengan kepercayaan
terhadap sains.

Anda mungkin juga menyukai