Anda di halaman 1dari 8

Laporan Program Komuniti Hospital Sri Aman Tahun 2014

Tarikh Program : 12 April 2014 (Sabtu)


Masa : 6:30 pagi – 1:30 petang
Anjuran : Hospital Sri Aman
Lokasi : Rumah Ibol, sungai Raya, Undop Sri Aman.
Tuai Rumah : En. Ringgit anak Bayang

PENGENALAN:

Program komuniti hospital Sri Aman tahun 2014 merupakan program lanjutan daripada kursus
‘soft skill’ yang telah dijalankan pada 10 hingga 11 April 2014, dan program komuniti ini telah
dijalankan pada 12 April 2014. Program ini merupakan program kemasyarakatan atau program
turun padang jabatan kesihatan yang dijalankan oleh hospital Sri Aman setahun sekali.
Program ini dijalankan di sesebuah kampong atau kawasan perumahan yang dipilih. Program
ini melibatkan penyertaan staf hospital Sri Aman dan penduduk kampong yang terlibat untuk
sama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
berbentuk penerangan atau ceramah kesihatan tentang penyakit-penyakit terkini, aktiviti
pendidikan atau kesedaran tentang penjagaan kesihatan yang berbentuk ceramah dan praktikal
(hand on) yang disampaikan oeh staf dan, aktiviti fizikal yang melibatkan penduduk kampong
dan staf seperti senamrobik, gotong royong dan sebagainya.

Sebelum program ini dijalankan, satu tinjauan tapak atau lokasi program telah dijalankan oleh
pegawai-pegawai kanan selaku penyelaras program. Ini untuk memastikan kesesuaian tempat
atau lokasi berkenaan sebagai tempat melangsungkan program. Perbincangan bersama Ketua
Rumah (Tuai rumah) berkenaan perjalanan dan aktiviti program diadakan, juga untuk
menentukan kesesuaian hari dan tarikh program berkenaan.

Pada tahun ini, lokasi atau rumah panjang yang dipilih sebagai tempat mengadakan program
komuniti ini adalah rumah panjang Ibol, sungai Raya, Undop Sri Aman yang terletak kira-kira 30
minit perjalanan dari Bandar Sri Aman.

OBJEKTIF PROGRAM :

1. Mengeratkan silaturrahim diantara staf perkhidmatan awam khususnya hospital Sri


Aman dan dengan penduduk kampong /komuniti yang terlibat.
2. Mendedahkan dan memberi pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan kepada
penduduk kampung/komuniti agar mereka mempunyai pengetahuan asas dalam
penjagaan kesihatan
3. Memberi dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan untuk
kesejahteraan dan keceriaan hidup sepanjang hayat.
4. Memberi pendedahan tentang penularan penyakit-penyakit khsususnya wabak denggi.

AHLI JAWATANKUASA:
Ø PENASIHAT :
- Dr. Hjh. Hayati Bt. Ja’afar (Pengarah hospital)

Ø PENYELARAS :
- Muhammad Siddiq Bin Yaman

Ø SETIAUSAHA :
- Pn. Noorshahida bt. Basri

Ø AJK PUBLISITI & PERHUBUNGAN:


- En. Martin Gising
- En. Abdullah Bin Sanyut
- En. Mohd. Eddie Abdullah.

Ø AJK PENGANGKUTAN:
- En. Sim Kheng Nguan

Ø AJK JAMUAN
- Ketua : Pn. Alina Aka

Ø AJK Hadiah/Cenderahati/Sijil :
- Pn. Norshahida Bt. Baseri
- En. Abdullah Bin Sanyut

Ø PENGACARA MAJLIS:
- En. Suja ak. Bijo
- Pn. Sahdah Bt. Emir

Ø JURUTUNJUK SENAMROBIK:
- En. Ralph Ragai ak. Giller

Ø PERALATAN / JURUKAMERA:
- En. Abdullah Bin Sanyut

PENCERAMAH :
1. Pn. Bong Ming Chu (Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran) – Tajuk : Denggi

Aktiviti yang dijalankan:

Para peserta dari jabatan kesihatan (hospital sri aman) berangkat ke lokasi pada pukul 6:30
pagi dan tiba dilokasi iaitu rumah Ibol sungai Raya pada pukul 7: 00 pagi. Ketibaan rombongan
dari hospital telah disambut opleh Tuai Rumah panjang berkenaan iaitu Tr. Ringgit ak Bayang
bersama beberapa penduduk rumah panjang yang lain. Perjalanan mengambil masa kira-kira
30 minit.
Jumlah peserta daripada rumah panjang yang terlibat dalam program ini adalah kira-kira
seramai 200 orang, manakala jumlah peserta daripada hospital Sri Aman adalah kira-kira 50
orang.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik iaitu pada pukul 7:30 pagi . Sesi senamrobik ini
telah disertai oleh kira-kira 80 orang peserta yang terdiri daripada penduduk rumah panjang dan
wargakerja hospital. Jurutunjuk senamrobik adalah En. Ralph Ragai anak Giller, Pembantu
Perawatan Kesihatan (PPK) dari klinik Pakar, hospital Sri Aman. Sesi senamrobik ini berakhir
kira-kira pada pukul 8:15 pagi

Selepas senamrobik, aktiviti disusuli dengan gotong royong yang telah disertai oleh penduduk
rumah panjang dan staf daripada hospital.

Selepas sesi gotong royong selesai pada pukul 9:00 pagi, semua anggota atau staf hospital
bersama penduduk rumah panjang lain berkumpul di ‘ruai’. Selepas minum rehat, Tuai rumah
panjang, Tr. Ringgit anak Bayang telah menyampaikan ucapan aluan. Dalam ucapannya beliau
mengucapkan berbanyak terimak kasih kepada pihak hospital Sri Aman kerana telah memilih
rumah mereka sebagai lokasi penganjuran program komuniti ini. Beliau juga memberitahu
bahawa inilah pertama kali program ini dianjurkan oleh Jabatan Perubatan, khasnya hospital Sri
Aman di rumah mereka. Beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti gotong royong memang
sentiasa dijalankan dengan kekerapan 2 kali sebulan. Beliau juga berharap agar program
komuniti seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana ianya banyak
memberi manfaat dari segi menyampaikan fakta kesihatan untuk menyedarkan masyarakat
khasnya di kawasan rumah panjang ini tentang penyakit-penyakit tertentu, kepentingan
menjaga kesihatan sebagi langkah pencegahan penyakit serta kaedah-kaedah yang sesuai
dan betul dalam penjagaan kesihatan.

Selepas ucapan aluan tuan rumah, disusuli pula dengan ucapan perasmian daripada Pengarah
hospital Sri Aman iaitu Dr. Hjh. Hayati Bt. Jaafar. Dalam ucapannya, beliau terlebih dahulu
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada masyarakat rumah panjang khususnya tuai
rumah kerana sudi memberi kebenaran menggunakan rumah panjang mereka untuk
menganjurkan program komuniti ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas sambutan
masyarakat yang begitu menggalakkan. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada
tuai rumah serta seluruh komuniti rumah panjang kerana telah menjadikan aktiviti gotong
royong membersihkan kawasan rumah sebagai amalan tetap. Ini membukti bahawa penduduk
rumah panjang ini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan, khususnya
ancaman penyakit-penyakit merbahaya seperti kencing tikus dan demam denggi yang mana
telah melanda beberapa buah negeri masa kini. Beliau berharap agar program ini diteruskan
dari masa ke semasa untuk memastikan kawasan pembiakan nyamuk aedes khususnya dapat
dimusnah dan memastikan persekitaran kediaman sentiasa bersih dan bebas daripada penyakit
yang merbahaya.

Beliau juga menyatakan matlamat penganjuran ini adalah untuk mengeratkan hubungan
persahabatan dan silaturrahim warga kesihatan dengan masyarakat dan juga sebagai wadah
untuk menyalurkan maklumat-maklumat kesihatan yang terkini dan penting yang mana
masyarakat perlu tahu, misalnya dari segi perebakan penyakit-penyakit tertentu seperti denggi
dan sebagainya
Program diteruskan dengan ceramah kesihatan yang telah disampaikan oleh Pn. Bong Ming
Chu, iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran seksyen penyakit bawaan vektor daripada
PKB Sri aman dengan topik Denggi. Selepas itu disusuli pula dengan demonstrasi pertolongan
cemas BLS untuk kes kanak-kanak tercekik (choking) , Pertolongan cemas untuk gigitan
haiwan berbisa, pertolongan cemas apabila mengalami kecederaan atau kepatahan anggota,
pertolongan cemas dalam kes kelecuran dan cara-cara atau kaedah yang betul mencuci tangan
(hand hygiene). Setiap sesi praktikal ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada
para peserta dari rumah panjang.

Selain daripada itu, unit Farmasi dari hospital Sri Aman mengadakan pameran ‘kenali ubat
anda’ untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang jenis-jenis ubat serta kesa-
kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Juga ditegaskan tentang bahaya membeli dan
mengambil ubat-ubatan dipasaran secara sebarangan. Disertai 3 orang pegawai farmasi.

Rata-rata penduduk yang ditemui selepas program ini menyatakan program ini sangat baik
kerana mendedahkan mereka dengan pengetahuan terkini tentang penyakit-penyakit tertentu
dan mereka dapat mengetahui cara-cara penjagaan kesihatan diri yang betul.

Sebagai penutup program, Pengarah hospital telah menyampaikan poster-poster pendidikan


kesihatan kepada Tuai Rumah sebagai cenderahati untuk dipamerkan di rumah panjang
berkenaan untuk rujukan para penduduk.

Program ini telah sampai ke penghujungnya Pada pukul 1:30 petang dan semua peserta
bersurai dan balik ketempat masing-masing.

GAMBAR AKTIVITI SEKITAR PROGRAM KOMUNITI

Sesi senamrobik Sesi senamrobik


Gotong royong bersama penduduk rumah panjang. Gotong royong

Ucapan aluan oleh En. Ringgit ak. Bayang, Tuai


Rumah Panjang Ibol Ucapan perasmian oleh Pengarah hospital

Penyampaian cenderahati oleh isteri Tuai Rumah Peserta dan penduduk rumah panjang tekun
kepada Pengarah hospital mendengar ceramah
Pn. Bong Min g Chu (PPKP) sedang
Praktikal pertolongan cemas (CPR)
menyampaikan ceramah Denggi

Praktikal ‘hand hygiene’ Praktikal ‘hand hygiene’

Penyampaian hadiah kepada peserta yang


Praktikal ‘hand hygiene’ dapat melakukan dengan betul
Praktikal ‘hand hygiene’ Praktikal pertolongan cemas

Penyampaian hadiah kepada pemenang


Praktikal pertolongan cemas pertandingan kuiz

Peserta menjawab soalan kuiz Penyampaian sijil kepada peserta program


Disediakan oleh:

(MUHAMMAD SIDDIQ BIN YAMAN)


Jurupulih Perubatan Anggota U36
Penyelaras Program Komuniti 2014
Hospital Sri Aman.

Tarikh: 15 Julai 2014

Anda mungkin juga menyukai