Anda di halaman 1dari 3

1.

Huraikan 5 Cara Menghormati Bendera Kebangsaan Kita : Jalur


Gemilang

Jalur gemilang merupakan bendera negara Malaysia yang mempunyai 14 jalur terdiri
daripada warna merah dan putih. Jalur ini bermula dengan jalur yang berwarna merah dan
berakhir dengan jalur berwarna putih. Jalur – jalur itu melambangkan satu haluan yang lurus
atau dikenali sebagai hala tuju dan arah yang sama diikuti oleh rakyat negara ini dalam
menuju kegemilangan bangsa dan negara. Seterusnya, jalur gemilang ini mewakili 13 buah
negeri serta satu jalur mewakili kerajaan persekutuan.

m
er as
co
Nama gemilang bermaksud bercahaya terang berderang dan cemerlang. Ini

eH w
melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalm mengharungi suasana

o.
rs e
kehidupan dengan penuh gigih, taat serta bersatu padu yang dapat menaikkan imej negara di
ou urc
dalam dan luar negara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme dan cinta akan
o

tanah air. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya menghormati bendera kebangsaan iaitu
aC s
v i y re

dikenali sebagai jalur gemilang. Antara cara menghormati bendera kebangsaan dari aspek
sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara adalah jika orang awam yang memakai
baju melayu dan bersongkok hendaklah berdiri tegak dengan kedua belah tapak tangan
ed d
ar stu

diluruskan ke bawah. Seterusnya, jika orang awam yang memakai lain-lain jenis pakaian juga
perlu berdiri tegak dan tangan diluruskan kebawah. Walaubagaimanapun, jika seseorang
orang awam yang memakai topi, mereka hendaklah membuka topi tersebut dan diletakkan ke
sh is

dada sebelah kiri.


Th

Seterusnya, cara menghormati jalur gemilang dari segi aspek tanda berkabung seperti
kemangkatan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri
Agong adalah bendera jalur gemilang hendaklah dikibarkan separuh tiang. Hal ini sebagai

This study source was downloaded by 100000828945484 from CourseHero.com on 07-05-2021 19:33:06 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/87583491/cara-hormati-benderadocx/
tanda berkabung. Selain itu, terdapat juga peristiwa-peristiwa tertentu yang dikeluarkan oleh
Jabatan Perdana Menteri bagi pihak kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa negeri-negeri
yang berkenaan.

Disamping itu juga, cara menghormati bendera sebagai tanda menghormati jenazah.
Bendera jalur gemilang boleh digunakan untuk menutup keranda di dalam istiadat
pengubumian negara. Penggunaan bendera ini adalah untuk bagi penghormatan terakhir
negara terhadap individu yang telah berjasa kepada negara sebagai contoh anggota tentera
dan polis yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang menghormati bendera perlu mematuhi


peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan ketika memasang bendera jalur
gemilang. Sebagai contoh bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja dan tidak

m
er as
boleh dipasang secara menegak sekiranya bendera itu berkedudukan secara statik atau tidak

co
eH w
berkibar. Walaubagaimanapun, jalur gemilang boleh dipasang secara menegak sekiranya

o.
bendera disambung dalam kuantiti yang banyak. Seterusnya, tidak boleh menggunakan
rs e
bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat jalur gemilang seperti
ou urc
tuala mandi, alas meja dan alas kerusi.
o

Di samping itu, kita juga tidak boleh mengkibarkan bendera yang dianggap sudah uzur
aC s

seperti warna pudar dan koyak. Hal ini merupakan satu kesalahan dan dianggap tidak
v i y re

menghormati jalur gemilang. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi perlu sentiasa cakna tentang keadaan jalur gemilang dan perlu ditukar
ed d

sekiranya dilihat mempunyai ciri-ciri yang uzur. Seterusnya, penggunaan jalur gemilang
ar stu

dalam bentuk pakaian juga perlu dielakkan kecuali semasa menyambut bulan kemerdekaan
negara dan jangka masa penggunaanya yang sangat terhad.
sh is

Selain itu, cara menghormati bendera jalur gemilang adalah jika terjumpa atau terdapat
Th

bendera jalur gemilang di atas tanah, kita sebagai rakyat Malaysia yang menghormati bendera
negara perlulah mengambilnya dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Justeru itu, jika
ingin menurunkan bendera juga, kita perlu pastikan bendera jalur gemilang itu tidak meleret
ke tanah.

Kesimpulannya, bendera adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Tanpa bendera,
sesebuah negara itu sukar dikenali, dihormati dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain.

This study source was downloaded by 100000828945484 from CourseHero.com on 07-05-2021 19:33:06 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/87583491/cara-hormati-benderadocx/
Setiap rakyat yang cintakan negara akan melindungi bendera negara. Bendera negara juga
perlu dikibarkan dengan penuh tertib dan penuh rasa bangga dan hormat. Sebagai rakyat
Malaysia juga kita perlu memastikan bendera jalur gemilang yang kita miliki dilindungi
dengan sebaik yang mungkin dan menghormati segala peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya bendera jalur gemilang terus dipandang tinggi dan
disanjungi.

m
er as
co
eH w
o.
rs e
ou urc
o
aC s
v i y re
ed d
ar stu
sh is
Th

This study source was downloaded by 100000828945484 from CourseHero.com on 07-05-2021 19:33:06 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/87583491/cara-hormati-benderadocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai