Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI BANGGA

1 bangga :: bang.ga

Kelas
1 kata sifat
Kata:
Ragam: ki
Definisi: besar hati; merasa gagah (krn mempunyai keunggulan):
Contoh: regu indonesia boleh bangga dapat merebut piala thomas
berbangga :: ber.bang.ga

Kelas
1 kata sifat
Kata:
Ragam: ki
Definisi: berbesar hati; bangga
membangga :: mem.bang.ga

Kelas
1 kata kerja
Kata:
Ragam: ki
Definisi: merasa bangga; berbesar hati
membanggakan :: mem.bang.ga.kan

1 Kelas Kata: kata kerja


Ragam: ki
Definisi: menimbulkan perasaan bangga; menjadikan besar hati
2 Kelas Kata: kata kerja
Ragam: ki
Definisi: mengagungkan; memuji-muji dng bangga
kebanggaan :: ke.bang.ga.an

Kelas
1 kata benda
Kata:
Ragam: ki
Definisi: kebesaran hati; perasaan bangga; kepuasan diri
kebanggaan nasional ::
1 Ragam: ki
sikap kejiwaan yg terwujud, tampak pd sikap menghargai warisan budaya, hasil
Definisi:
karya, dan hal-hal lain yg menjadi milik bangsa sendiri

2 bangga :: bang.ga

1 Kelas Kata: kata sifat


Dialek: Jawa
Ragam: ki
Definisi: tidak mau menurut; mendaga; membangkang
2 Kelas Kata: kata sifat
Dialek: Jawa
Ragam: ki
Definisi: mudah dikerjakan
Fakultas Ilmu Komputer, Universitas Indonesia
2008

Rasa bangga
Tercetus bila seseorang terasa dihormati / dihargai oleh orang lain atau bila ia

mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa

yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi

rasa bangga, puas dan gembira.

Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana

kelebihan yang dimilikinya oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang akan

berasa bangga apabila diri mereka dipuji kerana mempunyai bakat dalam

lakonan.perasaan bangga juga boleh tercetus apabila seseorang itu berjaya

melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri.

Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan negatif. Sebagai

contoh, apabila seseorang itu terlampau berbangga dengan dirinya, mereka

mudah terlupa dan seterusnya mungkin meninggi diri atau sombong.

Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak mendatangkan kesan buruk

terhadap diri sendiri.

Artikel tentang rasa bangga..


Jalur Gemilang Timbulkan Rasa Bangga Dan Patriotisme

Oleh Caroline Jackson

KUCHING, 19 Ogos (Bernama) -- Walaupun bertahun tinggal dan belajar di luar


negara, mengibarkan bendera kebangsaan Jalur Gemilang tetap menimbulkan
perasaan bangga dan patriotisme yang mendalam bagi Wilfred Syed Pilo, yang berasal
dari Sri Aman, kawasan 'jati' bagi etnik Iban di Sarawak.

Bendera Malaysia - dengan 14 jalur merah dan putih memanjang, dan berselang seli,
melambangkan 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan berserta bintang sebelas
bucu berwarna kuning di dalam petak biru - dilancar Perdana Menteri ketika itu Datuk
Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1997 sempena sambutan Hari
Kebangsaan ke-40.

Jalur Gemilang menggabungkan perkataan Melayu "Jalur" serta "Gemilang" yang


melambangkan keagungan, dan bagi bekas pensyarah kolej yang kini merupakan
seorang wartawan, Jalur Gemilang merupakan simbol identiti nasional yang meliputi
konsep Gagasan 1Malaysia.

Perasaan jati diri yang mendalam inilah yang mendorong Wilfred, 46, pulang ke tanah
air pada tahun 1990 setelah lapan tahun menetap di United Kingdom, tanah bekas
penjajah negara.

"Saya bangga dengan diri saya yang merupakan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi saya
orang Sarawak. Jadi saya mengambil keputusan untuk pulang walau ada keluarga yang
mahu menetap di sana," beliau memberitahu Bernama di sini.

Beliau pulang ketika budaya "bejalai" di mana pencarian kekayaan serta ilmu akademik
masih meluas dipraktikkan dalam kalangan kumpulan etnik itu.
"Ketika belajar dan menetap di UK, saya tidak menghadapi sebarang prejudis atau
kebencian kaum. Ia bagaikan mimpi menjadi realiti", kata Wilfred yang mempunyai
ijazah pertama dalam Perakaunan dan Kewangan dari Brighton University serta
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Southern Queensland University di
Australia.

Semasa belajar, Wilfred sempat mengambil cuti sabatikal selama tiga tahun bagi
melawat UK, yang membantu beliau meluaskan lagi perspektifnya bahawa semangat
patriotisme ialah perasaan kesetiaan dan tanggungjawab terhadap negara sendiri.

MEMAHAMI MERDEKA

Menurut beliau ketika Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53, ada
baiknya untuk generasi muda kini yang merupakan modal insan di masa akan datang,
mengetahui tentang sejarah pembentukan negara terutama perjuangan pemimpin
terdahulu mencapai kemerdekaan.

"Mereka ialah pemimpin kita di masa hadapan, yang akan menggalas tangungjawab
dan memastikan Malaysia sebuah negara berdaulat," kata beliau.

Semangat patriotisme rakyat Malaysia biasanya dimanisfestasikan melalui Jalur


Gemilang yang berkibar pada kenderaan termasuk motosikal dan juga tiang lampu.
Bangunan kerajaan, premis perniagaan, sekolah serta kediaman individu juga
digalakkan mengibar bendera kebangsaan.

Tetapi sejauh mana bendera kebangsaan yang merupakan simbol kebangsaan serta
semangat nasionalisme menimbulkan emosi yang mendalam dalam kalangan rakyat
Malaysia yang punya jati diri serta cintakan keamanan, masih perlu disaksikan.

"Ia bukan hanya dengan mengibarkan bendera pada setiap 31 Ogos," menurut
Presiden Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Dr Dusit Jaul.
Bagi Dr Dusit yang merupakan pengajar kanan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan),
beliau sangsi tentang kefahaman mengenai kemerdekaan yang mungkin disebabkan
juga oleh sikap 'tidak ingin ambil tahu'.

HARI MALAYSIA

Adalah penting generasi baru ini diberitahu tentang perjuangan nenek moyang mereka
seperti apa yang dilakukan pemimpin agung Dayak iaitu Tun Jugah anak Barieng,
menteri pertama dari Sarawak dalam Parlimen Persekutuan. Beliau juga memainkan
peranan utama dalam penglibatan Sarawak menubuhkan Persekutuan Malaysia, kata
beliau.

Kata Dr Dusit, ia merupakan sesuatu yang baik bila, bermula tahun ini, 16 Sept
diwartakan secara rasminya sebagai Hari Malaysia bagi memperingati pembentukan
Malaysia oleh Sarawak, Sabah (Borneo Utara) dan Malaya 47 tahun yang lampau.

Upacara julung kali yang akan dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah juga merupakan
majlis penutupan rasmi sambutan peringkat kebangsaan Bulan Kemerdekaan.

"Ia merupakan satu langkah tepat pada masa yang amat sesuai", kata Dr Dusit sambil
menambah kata sejarah Merdeka dan pembentukan Persekutuan Malaysia amat
berkait rapat dalam sejarah tanah air.

Rakyat Sarawak dan Sabah sememangnya menyambut Hari Malaysia dan langkah
kerajaan menghargai serta mengiktiraf kepentingan hari ini adalah bertepatan dengan
konsep Gagasan 1Malaysia di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
kerap berkunjung ke Sarawak kerana beliau sedar tentang kepentingan negeri ini
terhadap masa depan Malaysia.

Kata beliau dasar kerajaan seharusnya mencakupi semua rakyat Malaysia bagi
memastikan negara dapat maju ke hadapan termasuk mencapai objektif menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi serta berstaus perindustrian menjelang tahun
2020.

Sambutan peringkat negeri serta Kempen Kibar Jalur Gemilang dilancarkan Timbalan
Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu di Betong pada 1 Ogos dengan tema tahun ini ialah
"1Malaysia Menjana Transformasi".

-- BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai