Anda di halaman 1dari 100

SMK TAMAN JOHOR JAYA (1),

JOHOR BAHRU, JOHOR.

Buku Panduan

&
Catatan Murid
2023
1
Kandungan …
Mukasurat
1. Butir-Butir Diri Pelajar................................................................ 3
2. Penerangan Logo Sekolah................................................................. 4
3. Visi, Misi, Falsafah dan Matlamat Sekolah ...................................... 5
4. Lagu Sekolah .................................................................................... 6
5. Lagu-lagu Patriotik .......................................................................... 7
6. Pelan Kedudukan SMK Taman Johor Jaya 1 ................................... 8
7. Penggal Persekolahan 2023 ............................................................. 9
8. Hari Kelepasan Am 2023............................................................. 10
9. Ikrar Warga SMK Taman Johor Jaya 1 ..................................... 11
10. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang ............................................................ 12
11. Peraturan Sekolah ........................................................................... 13
12. Kriteria Salah Laku Pelajar ............................................................. 34
13. Petikan dari Surat Pekelilingdan Tatacara Pemakaian Lencana….37
14. Contoh Pakaian Seragam Pelajar Perempuan dan Lelaki,
Contoh Potongan Rambut Pelajar Lelaki dan Contoh
Barang-barang yang tidak boleh dibawa ke Sekolah ……………38- 43
15. Peraturan-peraturan menggunakan Pusat Sumber .......................... 45
16. Peraturan-peraturan Am Makmal Masakan & Jahitan ……………46
17. Peraturan-peraturan Am Reka Bentuk & Teknologi ........................ 47
18. Peraturan Makmal Sains ................................................................. 48
19. Keselamatan di Bilik Darjah ............................................................ 49
20. Keselamatan Murid Semasa Covid-19…………………………….50
21. Keselamatan Diri Murid Semasa Perjalanan Pergi dan
Balik Sekolah…………………………………………………...50 -53
22. Panduan Kawad Kecemasan dan Kebakaran Sekolah ...................... 56
23. Panduan Penyertaan Aktiviti Kokurikulum…………………….61 -64
24. Catatan Harian .......................................................................... 65

2
Butir-Butir Diri Pelajar

Gambar
Berukuran
pasport

• Nama Penuh (Huruf Besar):


(Mengikut Kad Pengenalan)
• Jantina :
• Bangsa : 4. Agama :
5. No. Kad Pengenalan :
6. Warna Kad Pengenalan :
7. Tarikh Lahir : 8. Tempat Lahir :
9. No. Surat Beranak :
10. No. Daftar Sekolah :
11. Sekolah Terakhir :
12. Tarikh Masuk Ke Sekolah SMKTJJ (1) :
13. Nama Ibu Bapa/Penjaga :
14. Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga :
15. Hubungan Penjaga Dengan Murid :
16. Alamat Rumah :
17. No Tel (Rumah) : (Pejabat) :
18. Rumah Sukan :
19. Permainan :
20. Persatuan/Kelab :
21. Unit Beruniform :
22. Biasiswa (Jika Ada) :
23. No. Biasiswa :

3
PENERANGAN LOGO SEKOLAH
Pengertian Simbol

Bentuk bulan sabit di puncak bererti agama Islam


sebagai bentuk panduan dan landasan pendidikan

Kelopak berwarna kuning menantang bulan sabit


melambangkan tanjak Diraja menandakan kesetiaan
kepada raja dan negara

Bentuk ‘J’ di tepi lambang bermaksud Johor Jaya

Jangka ukur di atas buku ialah kemahiran yang tidak


dapat dipisahkan dengan ilmu pengetahuan

Tiga lapis buku di tengah lambang adalah ilmu peng-


etahuan yang mesti diterima dan ditimba peringkat
hingga mencapai kecemerlangan akademik

Awan larat yang menghiasi lambang menunjukkan


kesenian sebagai kehalusasn rohani dan jasmani
Pengertian Warna
Mata pen berwarna kuning menunjukkan ketajaman
KUNING fikiran guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTJJ 1
Melambangkan warna diraja
membuktikan taat setia kepada
DYMM Sultan Johor

BIRU
Melambangkan perpaduan di
kalangan pelajar-pelajar SMK
TJJ 1 yang berbilang bangsa.
Juga melambangkan keharmonian Cogankata
hubungan antara kakitangan, pelajar
BERILMU
dan masyarakat

MERAH Merupakan cita-cita sekolah untuk melahirkan


Melambangkan ketegasan dan insan yang berilmu pengetahuan selaras dengan
keberanian menghadapi kebenaran falsafah pendidikan negara

PUTIH BeRJASA
Membawa maksud kesucian hati
serta akhlak yang mulia. Bermaksud khidmat bakti yang akan dicurahkan
oleh pelajar kepada masyarakat

4
ViSi SEKOLAH

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI SEKOLAH

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk


Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

FALSAFAH SEKOLAH

* Semua murid boleh diajar dan boleh belajar, dengan itu seluas-
luas peluang harus diberi bagi membolehkan mereka mencapai
ketinggian intelek.

* Semua murid bersifat mulia dan seluas-luas peluang hendaklah


diberi kepada murid-murid untuk menjadikan mereka manusia
yang mulia, berbudi bahasa, berbudi pekerti, baik, berakhlak
tinggi dan penuh sopan.

* Semua guru sekolah harus mempunyai kebolehan, pengetahuan,


kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta
kepercayaan professional untuk memberi pendidikan yang
sempurna, menyeluruh dan bermutu bagi memajukan pelajar dan
akademik.

* Bahawa sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan


semua kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia
untuk memikul tanggungjawab berat bagi melahirkan pelajar
yang mempunyai disiplin kendiri yang boleh memberi sumbangan
positif kepada negara.

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang seimbang, boleh mencapai kecemerlangan


dalam segala bidang dan dapat memberi sumbangan yang positif
terhadap perkembangan masyarakat, agama, bangsa dan negara.

5
LAGU SEKOLAH
JOHOR JAYA

Johor Jaya, Johor Jaya


Terus maju dan berjaya
Cita kita hasrat mulia
belajarlah jangan leka

Kasihkan ibu dan bapa


Hormati guru semua
Buktikan pada nusa dan bangsa
Tingkatkan imej kita

Capailah kejayaan
Tuju kegemilangan
Ilmu penuhkan di dada

Berkhidmat taburkan jasa


Kepada negara
Tumpahkan setia

Akhlak mulia amalan kita


Pada Tuhan pohonkan doa
Moga tercapai segala cita
Johor Jaya Berilmu dan Berjasa

6
Lagu NEGARAKU TANGGAL 31

Negaraku Tanggal tiga puluh satu


Tanah tumpahnya darahku Bulan lapan lima puluh tujuh
Rakyat hidup Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Bersatu dan maju, Ia pasti menjadi sejarah
Rahmat bahagia Tuhan Tanggal tiga puluh satu
kurniakan, Raja kita Bulan lapan lima puluh tujuh
Selamat bertakhta, Hari yang mulia, Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka
Rahmat bahagia Tuhan
kurniakan, Raja kita Mari kita seluruh warganegara
Selamat bertakhta, Ramai-ramai menyambut hari
Merdeka,
LAGU BANGSA JOHOR MERDEKA!!
Tiga satu bulan lapan, Lima puluh tujuh
Allah Peliharakan Sultan Hari mulia negaraku Merdeka 2x
“Nugrahkan Dia Segala Kehormatan
Sihat Dan Ria, Kekal Dan Makmur Merdeka, Merdeka, Merdeka....!
Luaskan Kuasa, Menaungkan Kami MERDEKA!!
Rakyat Dipimpini Berzaman Lagi
Dengan Merdeka Bersatu Hati
Allah Berkati Johor JALUR GEMILANG
Allah Selamatkan Sultan
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
KERANAMU MALAYSIA Kuning berdaulat payung
Buruh nelayan dan juga petani negara Biru perpaduan kami
Gaya hidup kini dah berubah semua
Anak-anak terasuh mindanya Puncak dunia telah kau tawan
Lahir generasi bijak pandai Lautan luas telah kau redah
Pakar IT pakar ekonomi Membawa semangat jiwa
Jaguh sukan dan juga jutawan merdeka Semarak jaya kami
Berkereta jenama negara warganya
Megah menyusur di jalan raya Empat belas melintang jalurnya
Alam siber teknologi terkini Semua negeri dalam Malaysia
Kejayaan semakin hampiri Satu suarar satu semangat
Biar di kota ataupun desa Itu sumpah warga berdaulat
Kita semua pasti merasa bangga Jalur gemilang … di bawah naunganmu
Keranamu kami mendakap tuah Jalur gemilang … kami semua bersatu
Keranamu kami bangsa berjaya Perpaduan ketaatan
Keranamu kami hidup selesa Amalan murni rakyat Malaysia
Limpah budi kemakmuran negara Jalur gemilang … megah kami terasa
Jalur gemilang … kibarkanlah wawasan
Keranamu kami bebas merdeka Merah putih biru kuning
Keranamu nyawa dipertaruhkan Jalur semangat kami semua
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara Berkibarlah 3x
Keranamu negara Malaysia Jalur Gemilang
Terima kasih Malaysia!
7
(

8
9
10
IKRAR WARGA
SMK TAMAN JOHOR JAYA 1
Bahawasanya kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Johor Jaya 1, berikrar dan berjanji :-

Akan menumpukan
Sepenuh perhatian dan usaha kami,
Untuk mencapai
Kecemerlangan akademik, sahsiah dan disiplin,
Kami bertekad dan berazam
Akan menjadikan Johor Jaya 1 Nombor 1.

Tandatangan Pelajar Tandatangan Guru

(Nama: ) (Nama: )
Tingkatan: Tingkatan:
Tarikh: Tarikh:

*Ikrar ini akan dilafazkan dalam perhimpunan dan akan ditandatangani oleh pelajar
dalam kelas masing-masing dengan disaksikan oleh Guru Tingkatan

11
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
(AKADEMIK DAN SAHSIAH)

★ Pelajar mempunyai disiplin diri yang tinggi dan mampu


mengawal amalan pembelajaran mereka
★ Pelajar mempunyai sifat rajin dan ketahan diri yang
tinggi
★ Pelajar mempunyai keyakinan diri menghadapi pentaksiran
dan peperiksaan SPM
★ Pelajar mampu membuat persediaan yang cukup bagi
menghadapi pentaksiran dan peperiksaan SPM
★ Pelajar mampu menetapkan matlamat kendiri dalam
pentaksiran dan peperiksaan SPM
★ Pelajar mampu menyusun strategi bagi mencapai
kecemerlangan dalam pentaksiran dan peperiksaan
SPM
★ Pelajar mampu mengurangkan ketegangan/tekanan untuk
menghadapi pentaksiran dan peperiksaan SPM
★ Pelajar mempunyai konsep kendiri yang positif
★ Pelajar mempunyai rasa tanggungjawab bahawa mereka
yang menentukan pencapaian sekolah dan segala apa-apa
yang berlaku di sekolah adalah bergantung kepada dirinya
dan usahanya.
★ Pelajar ada daya usaha untuk belajar dan merancang masa
pembelajaran mereka
★ Pelajar mempunyai amalan pembelajaran yang baik dan
sistematik yang boleh membawa kejayaan dalam bidang
akademik
★ Pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap guru
dan menghormati guru
★ Pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap
pelajaran

12
PERATURAN SEKOLAH
1. MASA PERSEKOLAHAN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975)

1.1 Masa hadir


1.1.1 Semua pelajar mesti berada dalam kawasan sekolah
selewat-lewatnya jam 7.10 pagi /12.15 tengah hari.
1.1.2 Pengajaran dan pembelajaran sesi pagi bermula dari jam
7.20 pagi hingga 1.20 tengah hari.
1.1.3 Pengajaran dan pembelajaran sesi petang bermula dari
jam 1.25 petang hingga 6.45petang setiap hari..
1.1.4 Semua pelajar dikehendaki berhimpun di Dewan
Permata Jaya selewat-lewatnya pada pukul 7.10 pagi /
12.15 tengah hari setiap hari. Semua pelajar
dikehendaki berhimpun di dewan dalam keadaan
senyap, teratur mengikut susunan kelas dan barisan
yang lurus.

1.2 Datang lewat


1.2.1 Pelajar yang sampai ke sekolah melebihi jam 7.15 pagi /
12.15 tengah hari tanpa sebarang kenyataan atau
alasan yang munasabah dianggap sebagai ‘Datang
Lewat’.

1.3 Ponteng kelas


1.3.1 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas kecuali mendapat
kebenaran guru dan dibekalkan dengan ‘Pas Keluar’.
1.3.2 Pelajar yang keluar kelas tanpa kebenaran guru dianggap
sebagai ‘Ponteng Kelas’.

1.4 Ponteng sekolah


1.4.1 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah perlu
mengemukakan surat doktor atau surat ibu bapa /
penjaga dengan tandatangan yang sah. Pelajar yang
tidak hadir selama dua hari berturut-turut tanpa surat
doktor dikehendaki membawa ibu bapa / penjaga
bersama-sama datang berjumpa pengetua kecuali ada
bukti-bukti yang nyata menunjukkan ketidakhadirannya
ada sebab-sebab yang munasabah. Surat ibu bapa /
penjaga hanya sah untuk 3 kali sahaja.
1.4.2 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang
kenyataan daripada ibu bapa atau surat doktor dianggap
sebagai ‘Ponteng Sekolah’.

13
1.4.3 Surat Amaran Pertama hingga Ketiga (Terakhir) akan
dikirim kepada ibu bapa / penjaga bagi pelajar yang ponteng
sekolah.
1.4.3.1 Surat Amaran Pertama (dikeluarkan jika pelajar
tidak hadir 3 hari berturut-turut atau 10 hari tidak
berturut-turut).
1.4.3.2 Surat Amaran Kedua (dikeluarkan jika pelajar
tidak hadir 10 hari berturut-turut atau 20 hari tidak
berturut-turut).
1.4.3.3 Surat Amaran Terakhir (dikeluarkan jika pelajar
tidak hadir 17 hari berturut-turut atau 40 hari tidak
berturut-turut).
1.4.3.4 Buang Sekolah (dikeluarkan jika pelajar tidak
hadir 31 hari berturut-turut atau 60 hari tidak
berturut-turut).
1.5 Keluar dari Kawasan Sekolah
1.5.1 Pelajar dilarang sama sekali keluar dari kawasan sekolah
semasa waktu persekolahan (termasuk waktu rehat)
kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua
atau guru-guru yang diberi kuasa oleh Pengetua.
1.5.2 Pihak sekolah TIDAK BERTANGGUNGJAWAB atas
apa-apa jua insiden yang berlaku kepada pelajar
sekiranya pelajar keluar dari kawasan sekolah tanpa
sebarang kebenaran. Pelajar yang keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan
disiplin.
1.5.3 Hanya ibu bapa / penjaga sah dibenarkan membawa
pelajar keluar dan mengisi pada ‘Buku Keluar Pelajar’.
1.6 Waktu Balik
1.6.1 Pada waktu akhir (masa ke-12), iaitu 3 minit sebelum
loceng dibunyikan pelajar dikehendaki membersihkan kelas
serta menyusun kerusi meja.
1.6.2 Pelajar dikehendaki beratur di luar kelas dan bergerak
balik dalam barisan mengikut laluan yang telah
ditetapkan.
1.7 Kelas Tambahan / Tuisyen sekolah
1.7.1 Pelajar dikehendaki menghadiri kelas-kelas tambahan /
tuisyen yang diadakan di sekolah.
1.7.2 Kenyataan / Surat pemberitahu kepada ibu bapa / penjaga
tentang kelas tersebut akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.

14
1.8 Aktiviti Kokurikulum
1.8.1 Semua pelajar perlu menghadiri aktiviti kokurikulum
mengikut jadual yang ditetapkan.
1.8.2 Kebenaran guru, surat kenyataan ibu bapa / penjaga perlu
dikemukakan sekiranya pelajar tidak dapat hadir.

15
2. Pakaian Seragam Sekolah (SPi 3/1998 bertarikh 9 Mac 1983)

2.1 Pakaian Seragam Pelajar lelaki


2.2.1 Semua pelajar lelaki dari Tingkatan Peralihan hingga
Tingkatan Lima dikehendaki berseluar panjang warna hijau
tua.
2.2.2 Seluar hendaklah potongan biasa dan tidak berfesyen.
2.2.3 Buka lilitan kaki seluar panjang ialah 16-18 inci (40-45 cm)
2.2.4 Seluar ‘bell-bottom’ dilarang keras.
2.2.5 Baju hendaklah berkolar, berlengan pendek dan berwarna
putih dan kocek satu sahaja di sebelah kiri dada.
2.2.6 Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar setiap masa.
2.2.7 Butang baju hendaklah sentiasa dikancing.
2.2.8 Singlet atau baju dalam berwarna putih sahaja yang
dibenarkan untuk dipakai.
2.2.9 Lengan baju tidak boleh dilipat.
2.2.10 Pada hari Khamis, pelajar lelaki Islam digalakkan memakai
pakaian baju dan seluar Melayu warna putih dan kain
samping warna biru sekolah menengah.
2.2.11 Pelajar-pelajar Islam dikehendaki memakai songkok yang
berwarna hitam tanpa bersulam sahaja pada hari Khamis.

2.2 Pakaian Pelajar Perempuan Melayu / Islam (SPi Bil. 3/1983)


2.2.1 Baju kurung potongan tradisional (berkekek atau berpesak
gantung) berwarna putih, telekung mini berwarna putih dan
kain sarung berwarna firus (‘turquoise’). Kain tidak boleh
daripada jenis sutera atau berkilat.
2.2.2 Pelajar hendaklah memakai anak baju (simis) dan kain
dalam yang labuh untuk mengelakkan pakaian dalam dilihat
dengan jelas.
2.2.3 Baju kurung mestilah berkancing di leher. Kancing baju
hendaklah kecil dan berwarna putih.
2.2.4 Labuh baju kurung mestilah 5-8 sentimeter bawah paras
lutut dan tidak ketat. Lengan baju pada paras pergelangan
tangan dan tidak boleh dilipat.
2.2.5 Labuh kain sarung hendaklah menutup buku lali.
2.2.6 Telekung mini berwarna putih tanpa renda, labuhnya
menutup dada mestilah dipakai bersama anak tudung
berwarna putih.

16
2.2.7 Pelajar tidak dibenarkan memakai tudung hitam ataupun
anak tudung hitam.
2.2.8 Pelajar dibenarkan memakai stoking lengan (inner)
berwarna kulit sahaja untuk pelajar memakai baju
kurung.

2.3 Pakaian Pelajar Perempuan Bukan Melayu


2.3.1 ‘Pinafore Tunic’ berwarna firus (‘turquoise’). Labuhnya
hendaklah 5-8 sentimeter bawah paras lutut dan tidak
ketat.
2.3.2 Blaus berwarna putih dan berlengan pendek.
2.3.3 Pelajar Bukan Melayu yang memakai baju kurung tertakluk
kepada peraturan ‘Pakaian Pelajar Melayu / Islam’ kecuali
telekung mini.

2.4 Kasut dan stoking (SPi Bil. 10/2018)


2.4.1 Kasut kanvas berwarna hitam. Kasut sukan tidak
dibenarkan.
2.4.2 Pengawas dibenarkan memakai kasut kanvas atau kulit
berwarna hitam.
2.4.3 Stoking berwarna hitam. Stoking mestilah 5 sentimeter
dari buku lali.

2.5 Lencana dan Tanda Nama


2.5.1 Lencana dijahit di sebelah kiri telekung mini (pelajar
perempuan Melayu/ Islam) dan di sebelah atas kiri
‘pinafore’ (pelajar perempuan Bukan Melayu). Bagi
pelajar lelaki, lencana dijahit pada atas kocek baju.
2.5.2 Tanda nama dijahit di bawah dari kedudukan lencana.

2.6 Tali pinggang


2.6.1 Tali pinggang kain dengan lebar maksimum 3 cm dan warna
hitam sahaja dibenarkan.

2.7 Tali leher


2.7.1 Pelajar hendaklah sentiasa memakai tali leher sebagai
pelengkap pakaian seragam sekolah. Tali leher mesti
dipakai/diikat dengan kemas dan hujungnya mencecah
kepala tali pinggang.

17
2.8 Baju Pendidikan Jasmani / sukan
2.8.1 Baju Kemeja-T sekolah / rumah sukan yang berlengan dan
tidak ketat. Pelajar perempuan Melayu / Islam
dikehendaki memakai baju Kemeja-T berlengan
panjang.
2.8.2 Seluar sukan panjang (track bottom) sekolah. Pelajar
tidak dibenarkan mengubah suai seluar panjang (track
bottom) sekolah yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.

18
2.8.3 Pelajar perempuan Melayu / Islam dikehendaki
memakai tudung semasa PJK.
2.8.4 Pakaian pendidikan jasmani hanya dipakai pada hari mata
pelajaran Pendidikan Jasmani sahaja. Pelajar dibenarkan
memakai pakaian pendidikan jasmani yang ditetapkan oleh
sekolah sepanjang hari.
2.8.5 Sekiranya pelajar tidak menggunakan pakaian Pendidikan
Jasmani yang ditetapkan maka mereka perlu tukar semula
kepada pakaian sekolah selepas masa Pendidikan
Jasmani. Pelajar tidak boleh memakai pakaian sukan yang
lain (kecuali yang ditetapkan oleh pihak sekolah) semasa
berada di dalam kelas / semasa perhimpunan.

2.9 Pakaian semasa aktiviti kokurikulum


2.9.1 Pakaian Pasukan Beruniform
2.9.1.1 Pakaian Pasukan Beruniform yang lengkap dan
kemas hendaklah dipakai sewaktu perjumpaan
pasukan masing-masing.

2.9.2 Pakaian Persatuan / Kelab


2.9.2.1 Dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah
yang lengkap / kemeja-T sekolah / kemeja-
T persatuan atau kelab yang telah mendapat
kelulusan daripada Pengetua / Penolong Kanan
Kokurikulum.
2.9.2.2 Hanya seluar sukan panjang (track bottom)
sekolah .

2.9.3 Pakaian Pengawas Sekolah


2.9.3.1 Blaus / kemeja berwarna ‘Beige’, bertali leher dan
kain sarung berlipat di belakang (pengawas
perempuan)/ slacks (pengawas lelaki)
berwarna coklat yang agak gelap.
2.9.3.2 Berkot (Blazer) pada setiap hari Isnin atau pada
hari-hari yang ada upacara rasmi sekolah.
2.9.3.3 Kasut kanvas atau kulit berwarna hitam dan
stoking putih.
2.9.3.4 Sentiasa memakai lencana dan tanda nama.

3. KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI

3.1 Penampilan Diri


3.1.1 Pelajar hendaklah sentiasa kelihatan bersih, ceria dan kemas.
3.1.2 Sentiasa menampilkan imej dan watak pelajar sekolah.

19
3.2 Rambut Pelajar lelaki
3.2.1 Rambut hendaklah pendek dan kemas; fesyen G1
digalakkan.
3.2.2 Rambut depan tidak melebihi separuh paras dahi.
3.2.3 Rambut tepi tidak menutup telinga dan tidak berjambang.
3.2.4 Rambut belakang nipis tidak sampai ke kolar baju dan
separas dengan aras bawah telinga.
3.2.5 Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti ‘punk’,
diwarnakan, berekor, terjuntai di hadapan dan memakai gel
dengan tujuan fesyen.

3.3 Rambut Pelajar Perempuan


3.3.1 Rambut mestilah pendek, iaitu tidak mencecah bahu. Jika
berambut panjang, pelajar mesti mengikat rambut. Ikatan
rambut sebagai tocang (plait) atau ‘ponytail’ dibenarkan.
3.3.2 Rambut yang perlu diikat hanya dibenarkan menggunakan
reben berwarna hitam sahaja.
3.3.3 Jika pelajar menggunakan pin rambut, hanya pin rambut
kecil berwarna hitam sahaja dibenarkan.
3.3.4 Dilarang menggunakan gel dan mewarnakan rambut.
3.3.5 Dilarang mencukur / mencabut bulu kening dan tidak
dibenarkan memakai celak mata
3.3.6 Rambut hendaklah sentiasa kemas dan menampilkan imej
pelajar sekolah.

3.4 Misai
3.4.1 Semua pelajar lelaki dilarang membela misai dan janggut
dan dilarang memakai celak mata.

3.5 Barangan keperluan / Perhiasan


3.5.1 Jam Tangan
3.5.1.1 Hanya jam tangan bersaiz sederhana dan sesuai
dibenarkan, bukan yang berfesyen atau jam
pintar berkamera.

3.5.2 Cermin Mata


3.5.2.1 Cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk
luar biasa tidak dibenarkan.
3.5.2.2 Konteks lens yang berwarna dilarang sama
sekali.

3.5.3 Sikat
3.5.3.1 Sikat yang dibenarkan hendaklah berukuran 8
sentimeter dan tidak mempunyai hujung yang
tajam.

20
3.5.4 Barang kemas
3.5.4.1 Semua bentuk barang kemas seperti rantai,
gelang dan cincin sama ada daripada emas atau
bukan emas dilarang dipakai ke sekolah.
3.5.4.2 Subang yang dibenarkan adalah dari jenis kerabu
(bersaiz kecil) dan dipakai sepasang, satu bagi
setiap cuping telinga. Tidak dibenarkan memakai
lebih daripada sepasang subang.

3.6 Kuku
3.6.1 Kuku mestilah sentiasa bersih, pendek dan tidak
diwarnakan.

4. BUDI PEKERTI/ TINGKAH LAKU (SPI Bil. 9/1975)

4.1 Tingkah Laku Terpuji


4.1.1 Pelajar mestilah mengamalkan budi pekerti dan tingkah
laku yang terpuji dalam hubungan dengan orang lain pada
bila-bila masa.

4.2 Hormat-menghormati
4.2.1 Pelajar perlu menghormati guru-guru, kakitangan sekolah,
pengawas, sesama pelajar dan rakan-rakan pada setiap
masa.
4.2.2 Pelajar juga perlu menghormati Lagu Kebangsaan, Lagu
Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan lagu-lagu Patriotik sama
ada ketika menyanyikannya, ketika lagu-lagu itu dinyanyikan
atau dimainkan.
4.3 Patuh dan Taat Setia
4.3.1 Pelajar perlu sentiasa patuh kepada semua peraturan
sekolah, pengetua, guru-guru, pengawas, ketua tingkatan
dan ketua unit kokurikulum.
4.3.2 Pelajar perlu menunjukkan sikap taat setia kepada sekolah
dengan menjauhkan diri daripada tingkah laku atau terlibat
dengan kegiatan yang boleh menjatuhkan nama baik
sekolah.
4.3.3 Pelajar dilarang menunjukkan kelakuan dan membuat
tindakan yang boleh dianggap sebagai memprotes.

4.4 Tolong-menolong
4.4.1 Sentiasa bersedia menolong guru-guru atau pihak yang
memerlukan demi kebaikan sekolah.

4.5 Tutur Kata Terpuji


4.5.1 Pelajar perlu bertutur dengan bahasa yang baik pada setiap
masa.

21
4.5.2 Elakkan daripada menggunakan bahasa kesat seperti
memaki-hamun, mencarut dan mengeluarkan perkataan
lucah.

4.6 Muhibah dan Toleransi


4.6.1 Semangat muhibah dan toleransi yang tinggi perlu diamalkan
bagi menjamin keharmonian kaum dan ketenteraman
semua warga sekolah.

4.7 Beradap dan Bersopan-santun


4.7.1 Pelajar perlu mengenali semua guru dan kakitangan
sekolah dan sentiasa beradap serta bersopan santun
apabila berinteraksi dengan mereka.
4.7.2 Pelajar hendaklah sentiasa beratur dan tidak bertolak-tolak
ketika:
4.7.2.1 Bergerak dari kelas ke kelas yang lain.
4.7.2.2 Membeli makanan di kantin.
4.7.2.3 Membeli barangan di koperasi.
4.7.2.4 Menaiki bas sekolah.
4.7.3 Elakkan daripada membuat bising.

4.8 Bahasa Pertuturan


4.8.1 Pelajar diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris semasa di sekolah kecuali semasa mata
pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.

5. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN (SPi Bil. 9/1975)

5.1 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan seluruh


kawasan sekolah seperti di bilik darjah, makmal, bilik-bilik khas, kantin,
tandas, dinding bangunan, padang dan lain-lain.
5.2 Sebarang benda yang dianggap sampah mesti dibuang di dalam bakul
sampah dan tong yang disediakan.

5.3 Bilik Darjah


5.3.1 Kelas hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
5.3.2 Setiap pelajar di dalam kelas bertanggungjawab terhadap
kebersihan kelasnya.
5.3.3 Setiap pelajar mesti patuh dan melaksanakan tugas
membersihkan kelas mengikut giliran dalam jadual tugas
kebersihan kelas.
5.3.4 Tiga minit sebelum waktu balik, setiap pelajar dikehendaki
membersihkan kelas dan mengosongkan bakul sampah di
dalam kelas.
5.3.5 Pelajar dilarang sama sekali makan dan minum di dalam
kelas atau membuang bekas makanan dan minuman di
dalam kelas.

22
5.3.6 Pelajar dilarang berada dalam kelas pada waktu-waktu
berikut kecuali mereka yang bertugas:-
(a) Sebelum Perhimpunan (Hari IIsnin)
(b) Sebelum loceng pertama berbunyi
(c) Sewaktu pelajar berada di bilik-bilik khas, makmal sains
dan Bengkel Kemahiran Hidup.
(d) Pada masa rehat.
5.3.7 Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerusi
dan meja masing-masing. Bayaran ganti rugi akan dituntut
oleh pihak sekolah jika didapati pelajar menconteng atau
dengan sengaja merosakkan kerusi dan meja.
5.3.8 Papan tulis perlu dipadam / dibersihkan setelah tamat
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran.
5.3.9 Papan notis perlulah kemas dan lengkap dengan butiran
yang berikut:-
(a) Jadual Waktu Kelas
(b) Jadual Tugas Kebersihan Kelas
(c) Pelan Kedudukan Pelajar dalam kelas
(d) Pelan Kebakaran
(e) Pekeliling sekolah seperti jadual ujian / peperiksaan,
pekeliling sukan, pekeliling kokurikulum, visi, misi
sekolah dan lain-lain.
(f) Bahan-bahan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan lain-lain.

5.4 Kantin
5.4.1 Pelajar dikehendaki beratur apabila membeli makanan dan
minuman seperti yang telah ditetapkan.
5.4.2 Pelajar mesti sentiasa mematuhi segala arahan guru dan
pengawas yang bertugas.
5.4.3 Duduk dan makan di tempat yang telah disediakan dengan
sopan. Pelajar dilarang makan berdiri atau makan dengan
gelojoh / tidak sopan.
5.4.4 Apabila selesai makan, pelajar dikehendaki meletakkan
pinggan mangkuk, sudu garpu dan gelas di dalam bekas
yang telah disediakan. Pelajar dilarang sama sekali
meninggalkan sisa-sisa makanan di atas meja.
5.4.5 Pelajar dilarang membeli makanan di kantin semasa
pelajaran sedang dijalankan atau di luar waktu rehat.
5.4.6 Semua jenis makanan dan minuman tidak boleh dibawa
keluar dari kawasan kantin.
5.4.7 Makanan yang tidak halal dilarang dibawa ke sekolah.

23
5.5 Tandas
5.5.1 Gunakan tandas dengan betul.
5.5.2 Setelah selesai menggunakan tandas, sila pam supaya
tandas sentiasa bersih dan tidak berbau.
5.5.3 Segala sampah seperti kertas tisu mesti dibuang di dalam
tong sampah yang disediakan.
5.5.4 Tuala wanita mesti dibalut dengan kertas dan dibuang di
dalam tong ‘Rentokil’ yang disediakan.

6. KESELAMATAN

6.1 Kawasan Larangan


6.1.1 Seluruh kawasan sekolah merupakan kawasan
larangan kepada pelajar kecuali pada hari
persekolahan atau hari diadakan aktiviti kokurikulum
atau majlis-majlis rasmi sekolah.
6.1.2 Pelajar-pelajar dilarang berkumpul atau berada di tempat-
tempat berikut:-
6.1.2.1 Kawasan tangga utama iaitu tangga dekat
pejabat.
6.1.2.2 Kawasan pejabat sekolah.
6.1.2.3 Tempat letak kereta Pengetua dan guru-guru.
6.1.2.4 Kawasan pejabat / bilik Pengetua / bilik Guru-guru
Penolong Kanan dan pejabat guru.
6.1.2.5 Makmal.
6.1.2.6 Kelas / Bilik Darjah (pada waktu sebelum loceng
pertama dan pada waktu rehat)
6.1.2.7 Dewan terbuka (Dewan Permata Jaya) / kawasan
sekitarnya pada waktu- waktu kelas diadakan
atau dewan digunakan.
6.1.2.8 Kawasan jalan raya di hadapan pintu masuk
utama sekolah.
6.1.3 Pelajar dilarang berjalan di atas rumput atau merentas
padang pada sebarang waktu kecuali dengan kebenaran.
6.1.3 Pelajar hanya boleh berada di bilik-bilik darjah atau mana-
mana tempat di dalam kawasan sekolah pada waktu dan
situasi yang berikut:-
6.1.3.1 Mengikut jadual waktu kurikulum/kelas-kelas
tambahan.
6.1.3.2 Mengikut jadual waktu kokurikulum.
6.1.3.3 Mengikut jadual waktu sembahyang.
6.1.3.4 Mendapat kebenaran pengetua.
6.1.3.5 Mendapat kebenaran guru.

24
6.1.3.6 Membersihkan bilik darjah / bilik khas bagi mereka
yang bertugas.
6.1.3.7 Guru berada bersama-sama pelajar semasa
aktiviti diadakan.

6.2 Bilik-bilik Khas / Tempat Khas


6.2.1 Pelajar hanya dibenarkan masuk atau berada di makmal
Sains, makmal Kemahiran Hidup, makmal Komputer,
pusat sumber, perpustakaan, Galeri, padang, gelanggang
permainan dan lain-lain dengan kebenaran guru sahaja.
6.2.2 Pelajar perlu patuh pada arahan dan panduan semasa
berada di tempat-tempat yang disebutkan.

6.3 Kenderaan
6.3.1 Pelajar yang ingin membawa kenderaan bermotor
perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan
melengkapkan borang permohonan.Pihak sekolah akan
mengeluarkan surat kebenaran setelah pelajar
mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki dan
didapati layak membawanya.
6.3.2 Pelajar yang membawa kereta ke sekolah dilarang
membawa masuk kenderaan masing-masing ke dalam
kawasan sekolah.
6.3.3 Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan meletakkan
kenderaan mereka di luar kawasan sekolah dan pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan
kehilangan kenderaan tersebut.
6.3.4 Perlu diingatkan bahawa memandu tanpa lesen memandu
dan lesen kenderaan merupakan satu kesalahan
undang-undang jalan raya. Pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar mahupun
kenderaan pelajar yang terlibat.

6.4 Pelawat
6.4.1 Pelawat terdiri daripada ibu bapa / penjaga pelajar sahaja.
6.4.2 Pelawat dibenarkan menemui pelajar setelah mendapat
kebenaran daripada Pengetua di pejabat sekolah.
6.4.3 Pelawat hanya boleh menemui pelajar di pejabat sekolah,
tidak dibenarkan sama sekali menemui anak di bilik darjah,
di kantin atau di tepi pagar sekolah.
6.4.4 Pelawat perlu berpakaian yang sesuai, kemas dan tidak
menjolok mata apabila datang ke sekolah.
6.4.5 Pelawat / orang luar yang memasuki kawasan sekolah tanpa
kebenaran dianggap menceroboh dan boleh didakwa.

25
6.5 Keselamatan Semasa Datang dan Balik Dari Sekolah
6.5.1 Pelajar yang berjalan kaki digalakkan berkawan atau
berkumpulan semasa datang dan balik dari sekolah.
6.5.2 Elakkan berjalan seorang diri di tempat-tempat atau lorong-
lorong sunyi dan lengang bagi mengelakkan perkara-
perkara yang tidak diingini.

6.6 Bahan-bahan / Alat-alat Berbahaya


6.6.1 Semua bahan atau alat yang boleh diklasifikasikan sebagai
senjata atau yang boleh memudaratkan pelajar berkenaan
atau orang lain dilarang sama sekali dibawa ke sekolah.
6.6.2 Rokok/ vape dilarang dibawa ke sekolah dan merokok
tidak dibenarkan sama sekali.
6.6.2.1 Tindakan ke atas pelajar menghisap
rokok/vape
Kesalahan kali pertama : Rotan 1 kali
Kesalahan kali kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan kali ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan kali keempat : Gantung
persekolahan
(selama tempoh tidak
melebihi 14 hari)
Kesalahan kali kelima : Buang sekolah
6.6.3 Semua jenis dadah dilarang dibawa ke sekolah.
Menyalahgunakan dan mengedar dadah dilarang sama
sekali.
6.6.4 Pelajar perlu sentiasa patuh pada arahan dan peraturan
menggunakan alat-alat dan bahan-bahan semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau
aktiviti kokurikulum.
6.6.5 Pelajar perlu menggunakan lampu, kipas dan alat-alat
elektrik yang lain dengan berhati-hati.

6.7 Kecemasan
6.7.1 Sebarang perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan,
kebakaran, keracunan atau yang seumpama dengannya
hendaklah dilaporkan serta-merta kepada guru-guru dan
Pengetua.
6.7.2 Sekiranya berlaku kebakaran, pelajar perlu bertindak cepat
mengikut arahan ‘Garis Panduan Menghadapi Kebakaran
dan Kecemasan’ yang ditampal di semua kelas dan bilik-
bilik khas.

26
7. KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH

7.1 Semua pelajar berhak menggunakan segala kemudahan yang


disediakan di sekolah seperti bilik darjah, tandas, perabot, alat-alat
bantu mengajar, bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain. Walau
bagaimanapun, setiap pelajar bertanggungjawab menggunakan dan
menjaga segala kemudahan ini dengan baik.
7.2 Pelajar yang mendapat pinjaman buku teks (SPBT) mestilah menjaga
keselamatan dan kebersihan buku-buku tersebut dengan cara
mematuhi arahan / peraturan berikut:-
7.2.1 Memahami, menghayati dan mematuhi semua peraturan
khas berkaitan buku pinjaman yang telah ditetapkan oleh
Guru Skim Pinjaman Buku Teks.
7.2.2 Menandatangani dan menulis tarikh pinjaman di ruang
borang SPBT (G) bagi mengesahkan penerimaan dan
pemulangan buku teks tersebut.
7.2.3 Menyampul setiap buku teks yang dipinjam.
7.2.4 Menulis nama, tingkatan dan tahun pinjaman di ruang yang
disediakan di dalam buku pinjaman berkenaan.
7.2.5 Dilarang menulis atau mencatatkan apa-apa di dalam buku
teks tersebut.
7.2.6 Membawa buku pinjaman setiap masa ke sekolah (mengikut
jadual kelas / arahan guru mata pelajaran).
7.2.7 Dilarang meninggalkan buku pinjaman di sekolah / di
kelas.
7.2.8 Buku-buku pinjaman tidak boleh dijual atau ditukar milik.
7.2.9 Memulangkan buku-buku pinjaman dengan segera kepada
guru tingkatan jika pelajar berhenti / bertukar ke sekolah
lain. Pelajar-pelajar lain, mengikut tarikh pemulangan yang
ditetapkan.
7.2.10 Jika peraturan-peraturan di atas tidak dipatuhi, tindakan
disiplin akan dikenakan dan kelayakan pinjaman akan
ditarik balik.
7.2.11 Jika pelajar gagal memulangkan buku pinjaman (khasnya
pelajar tingkatan 3, dan 5), sijil berhenti sekolah tidak akan
diberi sehingga buku-buku tersebut dipulangkan.
7.3 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada dengan
sengaja atau tidak, pelajar atau kumpulan pelajar yang terlibat akan
dikenakan denda membayar ganti rugi setimpal dengan harga atau
kos barangan tersebut atau dikenakan tindakan disiplin atau kedua-
duanya sekali.
7.3 Berjimat menggunakan lampu, kipas dan air.
7.4 Setiap kali hendak meninggalkan kelas (sekiranya kelas tidak
digunakan) atau pada waktu akhir sesi persekolahan, sila lakukan

27
perkara-perkara berikut:-
7.4.1 Tutup tingkap
7.4.2 Padamkan suis lampu dan kipas.
7.4.3 Tutup / kunci pintu.

8. PERHIMPUNAN SEKOLAH (SPI Bil. 4/1984)

8.1 Perhimpunan Mingguan/Rasmi


8.1.1 Diadakan pada hari Isnin.
8.1.2 Sesi pagi : 7.10 pagi – 7.50 pagi
Sesi petang : 12..45tengah hari– 1.30
petang
8.1.3 Atur cara:-
8.1.3.1 Ketibaan Pengetua bersama-sama pentadbir
8.1.3.2 Lagu Bangsa Johor
8.1.3.3 Lagu Negaraku
8.1.3.4 Ikrar Rukun Negara
8.1.3.5 Ikrar Warga Sekolah
8.1.3.6 Laporan Guru Bertugas Minggu Sebelumnya
8.1.3.7 Pengumuman Guru Bertugas Minggu Semasa
8.1.3.8 Bicara Ilmu ( 5 minit)
8.1.3.9 Taklimat Guru Disiplin ( 5 minit)
8.1.3.10 Ucapan Khas / lain-lain
8.1.3.11 Ucapan Pengetua/ Pentadbir
8.1.3.12 Lagu Sekolah
8.1.3.13 Majlis Bersurai

8.2 Perhimpunan Harian


8.2.1 Diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis.
8.2.2 Program Membudayakan Al-Quran diadakan pada hari
Khamis (waktu ke 1) bagi sesi pagi dan pada hari
Khamis bagi pelajar petang pukul 12.15 petang.

8.3 Perhimpunan Majlis sekolah


8.3.1 Atur cara:-
8.3.3.1 Bacaan doa
8.3.3.2 Nyanyian dan menaikkan bendera
- Lagu Bangsa Johor
- Lagu Sekolah
8.3.3.3 Aturcara Majlis
8.3.3.4 Nyanyian Lagu Negaraku
8.3.3.5 Majlis Bersurai
8.4 Semua pelajar wajib menghadiri perhimpunan.
8.5 Semasa perhimpunan semua pelajar dikehendaki:-
8.5.1 Beratur lurus di dalam kumpulan kelas masing-masing.

28
8.5.2 Semasa doa dibacakan, pelajar Islam mengaminkan doa
sementara pelajar bukan Islam dikehendaki berdoa secara
senyap mengikut agama masing-masing.
8.5.3 Menyaksikan upacara dan mendengar ucapan /
pengumuman dengan penuh minat dan sabar.
8.5.4 Menyanyi dengan suara yang lantang dan bersemangat.
Dilarang mempersendakan lagu / nyanyian.
8.5.5 Buku Catatan mesti dibawa bersama untuk mencatat segala
maklumat yang akan diberikan semasa perhimpunan.

9. BAYARAN / SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH

9.1 Bayaran / Sumbangan perlu dijelaskan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan.
9.3 Pelajar akan diberikan resit bagi bayaran / sumbangan yang
telah dijelaskan dan resit ini mestilah disimpan sebagai bukti
pembayaran.

10. UJIAN DAN PEPERIKSAAN

10.1 Semua pelajar wajib menduduki ujian dan peperiksaan.


10.2 Pelajar yang tidak hadir, tidak dibenarkan mengambil ujian / peperiksaan
pada masa yang lain kecuali pelajar yang terlibat mewakili sekolah bagi
aktiviti anjuran Kementerian Pelajaran.
10.3 Setiap pelajar dikehendaki bersungguh-sungguh dalam menghadapi
ujian / peperiksaan dan diwajibkan mematuhi semua peraturan yang
telah ditetapkan.
10.4 Pelajar-pelajar diwajibkan menggunakan `test pad’ sekolah.
10.5 Perbuatan meniru / cuba meniru, mengubah markah atau memalsukan
tandatangan / markah di dalam Penyata Ujian / Peperiksaan merupakan
satu kesalahan yang berat. Pelajar yang didapati terbukti meniru / cuba
meniru, akan diberi markah ‘0’ atau dibatalkan keputusannya.

11. PENGAWAS DAN KETUA TINGKATAN

11.1 Pengawas dan ketua tingkatan perlu menjalankan tugas yang telah
diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
11.2 Laporkan kepada guru dan guru disiplin atas sebarang tingkah laku /
kegiatan yang melanggar disiplin sekolah.
11.3 Mengawal ketenteraman kelas / sekolah.
11.4 Memastikan bilik darjah / sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan
ceria.
11.5 Memberitahu guru dengan segera / cepat sebarang kes kecemasan.
11.6 Semua pengawas dan ketua tingkatan tidak terkecuali daripada semua
Peraturan Sekolah.

29
12. HUBUNGAN DENGAN PIHAK LUAR

12.1 Telefon
12.1.1 Pelajar hanya boleh menggunakan perkhidmatan telefon
untuk perkara penting sahaja.
12.1.2 Digunakan pada waktu rehat atau selepas tamat waktu
persekolahan sahaja.
12.1.3 Pelajar boleh menggunakan telefon di pejabat sekolah
semasa kecemasan sahaja setelah mendapat kebenaran
Pengetua / Penyelia Petang / Guru-guru Penolong Kanan.
12.1.4 Tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon
bimbit di sekolah pada bila-bila masa.

12.2 Persatuan / Pertubuhan Luar Sekolah


12.2.1 Pelajar dilarang membuat apa-apa hubungan dengan
persatuan / kelab luar tanpa nasihat / kebenaran Guru
Penasihat Persatuan / Pengetua.
12.2.2 Sebarang surat-menyurat mesti melalui Pengetua. Pihak
sekolah berhak membuka surau-surat pelajar / persatuan
pelajar yang beralamat sekolah.

12.3 Orang Luar


12.3.1 Pelajar tidak dibenarkan mengundang orang luar termasuk
bekas pelajar sekolah ini untuk apa tujuan sekalipun tanpa
kebenaran Pengetua.
12.3.2 Orang luar termasuk bekas pelajar sekolah ini tidak
dibenarkan berjumpa dengan pelajar dalam kawasan
sekolah kecuali mendapat kebenaran Pengetua.

12.4 Kumpulan Haram


12.4.1 Pelajar dilarang sama sekali menganggotai atau
menubuhkan kumpulan haram atau seumpamanya.
12.4.2 Pelajar dilarang sama sekali melibatkan diri dalam
sebarang kegiatan jenayah ringan atau berat di mana-mana
sekalipun.

12.5 Kelab / Tempat Hiburan


12.5.1 Pelajar dilarang menghampiri, memasuki atau berfoya-foya
di kelab-kelab atau di tempat-tempat hiburan.

13. BARANG YANG DILARANG DIBAWA / DIPAKAI DI SEKOLAH

13.1 Rokok, Vape, mancis, pemetik api dan barangan yang sejenis
dengannya.
13.2 Barangan yang boleh dikategorikan sebagai senjata seperti pisau,
sikat berhujung tajam, gunting hujung tajam, besi dan lain-lain.
13.3 Beg sekolah yang tidak sesuai / berconteng.

30
13.4 Alat permainan atau hiburan seperti alat permainan komputer, kaset,
‘walkman’ dan lain-lain yang boleh melalaikan dan mengganggu
pelajaran pelajar.
13.5 Barang kemas atau barang perhiasan lain yang dianggap tidak
sesuai.
13.6 Wang melebihi RM 10.00 kecuali wang untuk membayar yuran atau
membeli buku dan alatan pelajaran yang lain.
13.7 Pen Marker (‘Permanent’), ‘Liquid Paper’ dan bahan-bahan warna
lain (kecuali minta dibawa oleh guru mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual ).
13.8 Semua jenis alat perjudian.
13.9 Buku-buku, gambar-gambar atau bahan-bahan media hiburan / lucah
seperti majalah, CD, VCD dan sebagainya.
13.10 Jaket yang mempunyai gambar dan tulisan yang tidak sesuai.
13.11 Kemeja-T yang tidak ada nama sekolah / persatuan / pertubuhan yang
diluluskan oleh sekolah.
13.12 Semua alat / pakaian / bahan solek / tisu yang difikirkan tidak sepatutnya
dibawa oleh pelajar.
13.13 Telefon bimbit.

(Pelajar yang membawa barangan di atas, akan diberi amaran dan jika
kesalahan berulang, pihak sekolah akan merampas barangan tersebut. Hanya
ibu bapa / penjaga pelajar dibenarkan datang menuntut barangan tersebut
dalam tempoh yang akan ditentukan oleh pihak sekolah. Selain dirampas
barangan, tindakan disiplin yang lebih berat akan diambil terhadap pelajar
yang membawa barangan yang dianggap berbahaya dan memudaratkan).

14. LARANGAN-LARANGAN LAIN

14.1 Membeli makanan di luar sekolah pada waktu persekolahan, sebelum


atau sesudah waktu persekolahan.
14.2 Memulakan, mengambil bahagian dan menggalakkan sesuatu
pergaduhan.
14.3 Menghampiri atau berkumpul di kawasan tempat letak kereta guru
pada bila-bila masa.
14.4 Membazir air dan tenaga elektrik.
14.5 Membeli / membawa / memakan gula-gula / gula getah (‘Chewing
Gum’).
14.6 Menggalakkan polarisasi kaum.
14.7 Menimbulkan persoalan-persoalan yang sensitif.
14.8 Berlegar-legar di kawasan sekolah seperti di kantin, di surau dan di
tempat-tempat tertentu tidak mengikut jadual yang ditetapkan / bukan
arahan guru.

31
15. PERLAKUAN-PERLAKUAN DAN TINGKAH LAKU
YANG BOLEH DIKATEGORI SEBAGAI MELANGGAR
DISIPLIN SEKOLAH.

15.1 Tingkah Laku Berunsur Jenayah (Kesalahan Berat)


15.1.1 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit
dalam kegiatan dadah.
15.1.2 Menyimpan, membawa, mengedar atau menghisap bahan
tembakau.
15.1.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar
minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan
dan mengkhayalkan
15.1.4 Melawan/mengancam/mengugut/memukul/mencederakan
guru.
15.1.5 Melawan/mengancam/mengugut/memukul/mencederakan
pengawas.
15.1.6 Mengancam / mengugut / memukul / mencederakan pelajar
lain.
15.1.7 Memeras ugut guru / pengawas / pelajar lain.
15.1.8 Melakukan buli / pelancoan / penderaan / paksaan terhadap
pelajar lain.
15.1.9 Membabitkan diri dalam kumpulan haram / kongsi gelap.
15.1.10 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh
kawasan larangan.
15.1.11 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
15.1.12 Mencabul kehormatan / melacur.
15.1.13 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam
pertaruhan.
15.1.14 Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu ketenteraman
sekolah.
15.1.15 Membawa atau menggunakan bahan letupan.

15.2 Tingkah Laku Lucah


15.2.1 Bercumbu-cumbuan.
15.2.2 Berkhalwat / melakukan zina / melakukan hubungan luar
tabii.
15.2.3 Menggunakan kata-kata lucah dan melakukan perbuatan
lucah.
15.2.4 Memiliki / membawa / mengedar / mempamerkan bahan-
bahan lucah.
15.2.5 Melukis gambar-gambar lucah dan menulis kata-kata
lucah.

32
15.3 Kekemasan Diri
15.3.1 Fesyen rambut keterlaluan atau berwarna dan bertentangan
dengan peraturan sekolah.
15.3.2 Berkuku panjang dan berwarna.
15.3.3 Tidak memakai pakaian sekolah dengan lengkap.
15.3.4 Memakai barangan perhiasan atau alat solek yang dilarang
di sekolah.

15.4 Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa


15.4.1 Berkeliaran di kawasan sekolah.
15.4.2 Datang lewat ke sekolah.
15.4.3 Lewat ke perhimpunan.
15.4.4 Makan dan minum di kantin di luar masa rehat.
15.4.5 Lewat masuk kelas.

15.5 Tingkah Laku Kurang Sopan dan Biadap


15.5.1 Berkelakuan kasar / biadap terhadap guru / pengawas /
pelajar lain.
15.5.2 Berbahasa kesat.
15.5.3 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru.
15.5.4 Tidak menghormati guru / pengawas / pelajar lain.
15.5.5 Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
15.5.6 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah,
negeri dan kebangsaan.

15.6 Tingkah Laku Musnah


15.6.1 Merosakkan harta benda sekolah.
15.6.2 Merosakkan harta benda guru / pengetua.
15.6.3 Merosakkan harta benda kantin sekolah.
15.6.4 Merosakkan harta benda pelajar lain.

15.7 Tingkah Laku Tidak Jujur / Menipu


15.7.1 Menipu yang melibatkan wang.
15.7.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan.
15.7.3 Meniru dalam ujian / peperiksaan.
15.7.4 Meniru tandatangan ibu bapa / penjaga / guru.
15.7.5 Mengubah markah ujian / peperiksaan.

33
15.8. Tingkah Laku Tidak Bertanggungjawab / Tidak amanah
15.8.1 Bermain dalam bilik darjah / di koridor atau kawasan yang
dilarang.
15.8.2 Mengguna dan membawa keluar sebarang peralatan bilik
darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
15.8.3 Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan
sekolah tanpa kebenaran.
15.8.4 Memasuki dan tidak mematuhi arahan makmal / bengkel /
bilik khas.
15.8.5 Melakukan pembaziran air dan elektrik.
15.8.6 Menconteng pada harta benda sekolah.
15.8.7 Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas.
15.8.8 Mengotorkan kelas.
15.8.9 Melakukan semua kesalahan yang bersabit dengan
pembelajaran (tidak membawa buku dan tidak membuat
kerja rumah).

15.9 Ponteng
15.9.1 Ponteng kelas.
15.9.2 Ponteng sekolah.
15.9.3 Ponteng perhimpunan / acara rasmi sekolah.
15.9.4 Ponteng kegiatan luar bilik darjah / kokurikulum.
15.9.5 Ponteng ujian / peperiksaan.
15.9.6 Ponteng untuk ‘Private Study’.

15.10 Kesalahan Mengandung atau Melahirkan Anak


15.10.1 Pelajar akan digantung/diberhentikan sehingga melahirkan
anak.

16. TINDAKAN TATATERTiB

16.1 Tindakan tatatertib yang dikenakan berdasarkan beratnya sesuatu


kesalahan.
16.2 Lembaga Disiplin sekolah mempunyai kuasa dalam memutuskan jenis
hukuman yang diberi.
16.3 Jenis-jenis tindakan / hukuman:-
16.3.1 Amaran / nasihat.
16.3.2 Amaran dan catatan dalam rekod disiplin.
16.3.3 Amaran dan denda.
16.3.4 Denda / rampas barang.

34
16.3.5 Membaiki / menggantikan harta benda yang telah
dirosakkan.
16.3.6 Rotan.
16.3.7 Penahanan ( detention ).
16.3.8 Gantung sekolah.
16.3.9 Pindah sekolah.
16.3.10 Buang sekolah.

* Hukuman-hukuman terhadap salah laku seperti tersenarai di atas akan


dikenakan mengikut beratnya salah laku tersebut. Walau bagaimanapun, apa
jua jenis hukuman yang akan dikenakan tertakluk kepada keputusan “Lembaga
Disipilin Sekolah” setelah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada
pengetua.

17. NAMA BAIK SEKOLAH

17.1 Sebagai warga SMK Taman Johor Jaya (1), pelajar perlu sentiasa
menjaga nama baik sekolah pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja pelajar berada.

35
KRITERIA SALAH LAKU PELAJAR

JENIS KESALAHAN DISIPLIN


Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan sederhana
dan kesalahan berat

i) Kesalahan ringan menggunakan kod R


ii) Kesalahan sederhana menggunakan kod S
iii) Kesalahan berat menggunakan kod B

KOD JENIS SALAHLAKU


R01 Mencemarkan kawasan sekolah
R02 Memijak rumput di tempat yang terlarang
R03 Tidak mengendahkan sampah
R04 Datang lewat ke sekolah/ kelas
R05 Membuat bising dalam kelas
R06 Tidak membawa buku/ menyiapkan kerja sekolah/tugasan
R07 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar
R08 Berada di kantin atau tempat-tempat lain pada waktu
persekolahan (kecuali waktu rehat)
R09 Tidak mematuhi peraturan makmal/bengkel/bilik khas
R10 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal
R11 Keluar dari kelas tanpa kebenaran
R12 Lewat ke surau
R13 Menyimpan misai, janggut dan jambang
R14 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan-kumpulan
tertentu
R15 Memakai barang kemas/perhiasan/alat solek
R16 Tidak memakai pakaian sekolah dengan kemas/lengkap
R17 Kesalahan lain yang ditafsirkan oleh pengetua termasuk
dalam kategori ini
R18 Mewarnakan rambut
R19 Bermain dalam kelas, koridor atau kawasan larangan
R20 Menggunakan dan membawa keluar peralatan sekolah
tanpa kebenaran
R21 Menyimpan atau menggunakan alat permainan sekolah
tanpa kebenaran
R22 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa
kebenaran
R23 Makan atau minum dalam kelas/bilik khas
R24 Berkeliaran pada masa persekolahan
R25 Membawa dan menggunakan telefon bimbit, MP3 dan MP4
R26 Menunggang atau memandu kenderaan bermotor dalam
kawasan sekolah
36
R27 Membawa walkman/discman ke kelas
R28 Mengganggu awam
R29 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran
R30 Memesan dan membeli makanan dari luar tanpa kebenaran
R31 Kesalahan lain yang yang ditafsir oleh pengetua termasuk
dalam kategori ini
S01 Menconteng harta benda sekolah
S02 Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga
S03 Mengganggu guru semasa guru mengajar
S04 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skinhead atau
berwarna
S05 Menindik telinga/memakai subang lebih dari satu pada satu
cuping telinga
S06 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika
ujian/peperiksaan
S07 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah
S08 Kesalahan lain yang ditafsirkan oleh pengetua termasuk
dalam kategori ini
B01 Merosakkan harta benda sekolah/guru
B02 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
B03 Ponteng kelas/sekolah/keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran
B04 Ponteng Solat
B05 Bertatu
B06 Biadap terhadap guru/pengawas
B07 Meniru tandatangan pengetua/warden/guru
B08 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit
dalam kegiatan dadah
B09 Menyimpan, membawa, menghisap atau mengedar bahan
tembakau
B10 Menyimpan, membawa, atau menggunakan bahan letupan
seperti mercun
B11 Menyimpan, mengedar atau meminum minuman
keras/sebarang bahan yang memabukkan/mengkhayalkan
B12 Menyebabkan atau melakukan pergaduhan dan kekerasan
B13 Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau
mencederakan guru atau pelajar
B14 Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya
B15 Melakukan buli (peloncoan), penderaan atau paksaan
terhadap pelajar lain
B16 Mencuri, merompak,memecah masuk dan menceroboh
kawasan larangan
B17 Melakukan perbuatan yang menyebabkan kecederaan
kepada orang lain
37
B18 Mengganggu/menjejaskan kuasa pengetua, guru, warden
atau pengawas yang menjalankan tugas
B19 Membawa masuk tetamu dari luar sekolah tanpa kebenaran
B20 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam
pertaruhan
B21 Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau
menyimpan rencana/majalah atau bahan multimedia
terlarang
B22 Membabitkan diri dalam kumpulan haram
B23 Mencabul kehormatan guru/pelajar
B24 Melakukan zina, liwat atau hubungan diluar tabii
B25 Melacur, menjadi bohsia/bohjan/pondan
B26 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan
tidak bermoral
B27 Berdua-duaan di tempat sunyi
B28 Melakukan perbuatan lucah
B29 Mengintai pelajar lelaki/perempuan
B30 Menyimpan, membawa, melukis, mempamer
perkataan/gambar lucah
B31 Melakukan hubungan yang dicurigai
B32 Mengeluarkan kata-kata lucah/kesat
B33 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhar yang
mencemarkan nama sekolah
B34 Menyalahgunakan peralatan/sumber bekalan elektrik
sekolah tanpa kebenaran
B35 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan/perhimpunan
haram/merusuh
B36 Kesalahan lain yang ditafsir oleh pengetua termasuk dalam
kategori ini
B37 Tidak menghormati lagu/bendera/jata sekolah, negeri,
kebangsaan
B38 Menganjur atau memabitkan diri dalam acara kebudayaan
tanpa kebenaran pihak sekolah

38
Punca kuasa Peraturan Sekolah – Surat-surat Pekeliling

1. SPI Bil 2/2009 – Larangan Membawa Telefon Bimbit di Sekolah


2. SPI Bil 2/2018 – Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid
Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah
3. SPI Bil 2/1966 – Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan
Kerapian Berpakaian.
4. Surat Siaran KPM Bil 17 Tahun 2015 -Larangan penggunaa
Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.
5. Ordinan Pelajaran, 1957 Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin)
Sekolah 1959
6. SPI Bil 1/1975 – Disiplin di Sekolah Peraturan Sekolah untuk
Murid-murid.
7. SPI Bil 4/1997 – Hukuman ke Atas Muird Menghisap Rokok
8. SPI Bil 6/1992 - Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan
Kerapian Berpakaian.

39
A Pakaian Yang Tidak Dibenarkan (X)
(X)

Skirt Yang Singkat/Pendek Baju Yang Sempit Baju Yang Pendek

Kemeja Terkeluar Hujung Seluar yang Sempit Seluar Bell-Bottom

40
Seluar Jeans Seluar Yang Koyak

Stokin / rambu / jambul

41
B Jenis Kasut Dan Fesyen Rambut Yang Tidak Dibenarkan (X)

Rambut Panjang Hingga Kening

Rambut Panjang Tidak Diikat

Rambut Panjang Hingga


Ke Kolar Baju

Kuku Berwarna
Kuku Panjang

Rambut Disapu Gel

42
Fesyen Rambut Yang Dibenarkan (√)

Contoh Gambarajah Rambut Pelajar Lelaki Mengikut SP Ikhtisas 2/76

Fesyen Rambut Yang Tidak Dibenarkan (X)

Gaya skin line

43
C Barang Yang Tidak Boleh Dibawa Ke Sekolah (X)

Semua Jenis Hand Set

44
45
PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN
PUSAT SUMBER
1. Pusat sumber akan dibuka setiap hari persekolahan dari pukul 8.00
pagi hingga pukul 12.30 tengahari dan dari pukul 1.00 petang hingga
pukul 6.40 petang.

2. Para pelajar hendaklah memakai uniform sekolah yang lengkap


semasa masuk ke perpustakaan.

3. Para pelajar dibenarkan masuk ke perpustakaan untuk membuat


rujukan, membaca, meminjam dan memulangkan buku pada waktu
rehat dan luar waktu belajar.

4. Para pelajar hanya dibenarkan membawa masuk kertas atau nota


catatan dan alat tulis sahaja.

5. Tidak dibenarkan makan, minum, berbual-bual di dalam


perpustakaan.

6. Pelajar yang menconteng, mengoyakkan buku atau membawa keluar


buku tanpa kebenaran akan diambil tindakan.

7. Para pelajar hendaklah menjaga buku yang dipinjam dengan


baik, memulangkan buku mengikut tempoh yang diberi dan perlu
menggantikan jika hilang.

8. Para pelajar (kecuali yang diwajibkan) tidak dibenarkan berada di


dalam perpustakaan tanpa guru.

9. Kamus tidak dibenarkan dipinjam atau dibawa keluar daripada


perpustakaan.

10. Buku-buku fiksyen boleh dipinjam selama 2 minggu dan buku rujukan
selama dua hari sahaja.

11. Para pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan akan diberi penerangan


mengenai penggunaan perpustakaan mengikut kelas terlebih dahulu
sebelum dibenarkan meminjam buku.

46
PERATURAN-PERATURAN AM
MAKMAL MASAKAN
1. Jangan masuk ke dalam bilik masakan tanpa pengawasan guru.

2. Buka tingkap dan pintu.

3. Pastikan alat-alat masakan disusun dengan kemas di dalam unit-unit.

4. Sink dan dapur hendaklah dibersihkan dan dilap dengan kering.

5. Meja bahan hendaklah dibersihkan.

6. Jangan tinggalkan sisa-sisa makanan di dalam tong sampah.

7. Kain-kain kelengkapan dapur hendaklah dicuci selepas digunakan.

8. Lantai mesti disapu dan kerusi disusun dengan kemas.

9. Pastikan tingkap dan pintu ditutup sebelum meninggalkan bilik.

10. Pastikan suis dapur ditutup setelah selesai kerja amali.

PERATURAN-PERATURAN AM
MAKMAL JAHITAN
1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa pengawasan guru.

2. Buka tingkap dan pintu.

3. Pastikan alat-alat jahitan dijaga dengan baik.

4. Pastikan alat-alat jahitan diserahkan kepada guru dalam kuantiti yang betul.

5. Segala kerosakan dan kehilangan alat-alat hendaklah dilaporkan kepada


guru.

6. Pastikan bilik dalam keadaan yang bersih dan kemas.

7. Tingkap dan pintu ditutup sebelum meninggalkan bilik.

47
PERATURAN-PERATURAN AM
BENGKEL REKA BENTUK & TEKNOLOGI
1. Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki bengkel reka
bentuk dan teknologi.
2. Peralatan dan bahan-bahan dalam bengkel tidak boleh dibawa keluar tanpa
kebenaran guru reka bentuk dan teknologi.
3. Peralatan dan bahan-bahan dalam bengkel hanya boleh digunakan atas arahan
guru.
4. Semua peralatan dan bahan dalam bengkel yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.
5. Susun alatan mengikut kegunaan.
6. Bersihkan meja kerja dan simpan alatan di tempat yang dikhaskan.
7. Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
8. Laporkan semua kehilangan, kerosakan, kemalangan atau kecederaan kepada
guru dengan segera.
9. Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada
guru.
10. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas
dan teratur.
11. Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk
ke dalam bengkel kemahiran hidup semasa pengajaran dan pembelajaran
reka bentuk dan teknologi.
12. Pastikan pakaian kemas dan sesuai untuk membuat sesuatu kerja.
13. Bekerja dengan teratur dan sistematik.
14. Gunakan alatan yang betul dan sesuai untuk membuat sesuatu kerja.
15. Jangan bermain dan bergurau ketika berada di bengkel reka bentuk dan
teknologi.
16. Penggunaan alatan elektrik hendaklah mengikut manual yang dikeluarkan
oleh pengeluar dan peraturan keselamatan.
17. Berhati-hati dan cermat semasa mengguna alatan yang tajam, panas dan
berkuasa elektrik.
18. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

48
PERATURAN MAKMAL SAINS
PERATURAN AM
• Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal sains dan bilik persediaan
• Peralatan dan bahan sains dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru
sains.
• Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
• Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal
atau seperti yang diarahkan oleh guru.
• Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
• Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
• Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau staf sokongan
makmal berkenaan.
• Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
• Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.
• Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api.Penggunaan kertas , lidi dan
mancis tidak dibenarkan.
• Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.
• Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sia bahan sains
hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
• Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam
makmal sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA


• Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan
digunakan itu adalah betul
• Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.
• Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.
• Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.
• Dilarang menghidu dan mesra sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan
mengkakis.

PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI


• Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke
habitatnya.
• Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.
• Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.
• Jika piring petri yang mengandungi mikro organisma retak atau pecah , ianya hendaklah
dilaporkan kepada guru dengan segera.

49
KESELAMATAN DI BILIK DARJAH
1. Guru tingkatan memastikan perabot di dalam kelas selamat digunakan dan
tidak terdapat bahagian tajam yang boleh mencederakan pelajar.
2. Jika terdapat kerosakan ketua tingkatan mestilah melaporkan kepada guru
perabot/ HEM.
3. Guru tingkatan mestilah memastikan penggunaan suis lampu dan kipas
berada dalam keadaan selamat.
4. Apabila keluar meninggalkan kelas hendaklah menutup suis lampu dan
kipas.
5. Jika terdapat kerosakan pada suis segera melaporkan kepada HEM/guru
teknik dan vokasional.
6. Papan kenyataan hendaklah berada dalam keadaan selamat digunakan. Guru
tingkatan sila rujuk kepada guru teknik dan vokasional sekiranya terdapat
kerosakan.
7. Lantai yang pecah atau berlubang sila laporkan seberapa segera kepada
guru teknik dan vokasional/HEM.
8. Pintu yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar hendaklah dilaporkan
kepada HEM/Guru Teknik Vokasional.
9. Tingkap yang berkarat atau rosak hendaklah dilaporkan segera. Sekiranya
pelajar yang memecahkan tingkap maka menjadi tanggungjawab guru mata
pelajaran atau ketua tingkatan melaporkan perkara tersebut dan meminta
bayaran sebanyak RM5 daripada pelajar yang terlibat. Duit tersebut mestilah
diserahkan kepada HEM.
10. Segala kerosakan yang melibatkan perabot di dalam kelas mestilah
melaporkan kepada guru tingkatan.
11. Kipas yang mengalami kerosakan atau tidak selamat untuk pelajar
menggunakannya sila lapor pada pihak yang berkenaan.
12. Jika musim hujan lebat dan disertai petir atau kilat guru mata pelajaran
mestilah memastikan semua suis ditutup bagi memastikan keselamatan
pelajar.
13. Kepada guru tingkatan digalakkan untuk menyediakan kunci bagi kelas
masing-masing bagi memastikan keselamatan harta benda.
14. Setiap masa terakhir guru mata pelajaran mestilah memastikan tingkat ditutup
dan keselamatan kelas dalam keadaan baik.

50
KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA
PERJALANAN PERGI BALIK
SEKOLAH
Pendahuluan
Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah memerlukan perhatian
serius kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak peka.

Rasional
• Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat kecuaian
ataupun tidak mementingkan aspek keselamatan.
• Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi menjaga keselamatan
diri murid pergi dan balik sekolah.
• Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar kawasan sekolah
amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan masyarakat.
• Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga sekolah
melalui pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik.

objektif
• Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri
murid pergi dan balik sekolah.
• Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik
sekolah.
• Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila
melibatkan keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
• Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan.

Peranan Murid
• Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah adalah selamat.
• Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu dan
polis.
• Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan
ke sekolah.
• Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan
seperti berikut:
o Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah ke
atas diri anda.
o Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat.
o Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan
diri.
• Mengelakkan diri daripada berinterakrasi dengan orang yang tidak dikenali.
• Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan
berlaku.
• Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

51
Peranan ibu Bapa.
• Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan
keselamatan murid pergi balik sekolah.
• Membantu pihak sekolah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasansemak
laluan ke sekolah, meronda dan bergiat aktif dalam Jawatankuasa Permuafakatan.
• Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
• Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
• Memastikan anak-anak pergi dan balik sekolah dengan kawan-kawan atau dalam
kumpulan.
• Memastikan anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak
dikenali.

TATACARA MURID

Pergi dan balik menggunakan kenderaan awam


• Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah bas, teksi, van, kereta api, LRT atau
komuter.
• Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat, pemandu,
kelindan atau identiti khas.
• Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik.
• Berbaris dan tidak berebut/ tunggu giliran semasa turun atau naik dan tidak bertolak-
tolak dengan rakan.
• Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib.
• Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan
stabil dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga.
• Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau
menjengokkan kepala, mencampak barang keluar atau lain-lain perbuatan yang boleh
membahayakan diri dan orang lain.
• Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-betul
berhenti dan jangan berebut/bertolak-tolak dan terus menuju ke rumah/sekolah.
• Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
• Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara Berlaku Kemalangan.

Pergi dan balik menggunakan kenderaan sendiri.


Kenderaan sendiri yang dimaksudkan ialah kenderaan yang dibawa oleh pelajar sendiri
seperti kereta, motorsikal dan juga basikal

• Memandu kereta
o Memastikan kereta ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaaan
sempurna.
o Pelajar yang menggunakan kereta juga mesti mempunyai lesen memandu.
o Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
o Mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya.
o Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah

52
o Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera
kepada guru/guru bertugas/pentadbir.
o Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan.

• Menggunakan motosikal
o Memastikan motosikal ada insuran lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan
sempurna.
o Pelajar yang menggunakan motosikal juga mesti mempunyai lesen memandu
o Gunakan topi keledar dan pakaian yang boleh memantulkan cahaya
o Patuhi peraturan di jalan raya.
o Jangan berlumba, bergandingan, bergurau senda semasa menunggang atau
membawa pembonceng lebih daripada seorang.
o Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah.
o Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera
kepada guru/guru bertugas/pentadbir.
o Seterusnya ikut prosedur sekiranya berlaku kemalangan.

• Menggunakan basikal
o Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik.
o Jangan bawa pembonceng.
o Jangan berlumba.
o Jangan bergurau senda.
o Jangan mengayuh terlalu laju.
o Jangan bersaing-saing/bergandingan.
o Setelah tiba di sekolah ikut peraturan lalu lintas sekolah.
o Sekiranya berlaku kemalangan ikut prosedur apabila kemalangan berlaku.

Pergi dan balik dengan berjalan kaki

• Melintas jalan
o Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
o Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
o Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kendraan besar.
o Ikut arahan trafik warden jika ada.
o Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula.
Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.

• Tempat yang selamat melintas jalan raya


o Lintasan pejalan kaki (lintasan zebra)
o Laluan bawah.
o Jejantas.
o Dekat lampu isyarat.
o Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal lalu
lintas.
o Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan.

53
• Cara Melintas jalan di lintasan pejalan kaki
o Nampakkan diri anda kepada pemandu kenderaan.
o Setelah semua kenderaan berhenti, barulah melintas dengan cermat.

• Cara Melintas Jalan di lampu isyarat


o Melintas apabila lampu pejalan kaki berwarna hijau.
o Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas/jika sedang melintas, teruskan
melintas secepat mungkin.

• Berjalan kaki di kawasan awam


o Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.
o Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan.
o Jangan bergandingan.

Dihantar oleh ibu bapa/penjaga.


• Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup sempurna
sebelum kenderaan bergerak.
• Gunakan tali pinggang keledar/ topi keledar.
• Jangan bermain/ bergurau semasa kenderaan bergerak.
• Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan.
• Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanan sebelum melintas.

TATACARA IBU BAPA


• Memastikan anak memiliki lesen memandu, insuran, cukai jalan dan kenderaan dalam
keadaan sempurna.
• Menemani anak menaiki bas, berjalan kaki dalam keadaan gelap/hujan/sunyi dan
menunggu kenderaan tiba.
• Mengingatkan/menasihat anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang-orang
yang tidak dikenali dan berhati-hati semasa pergi dan balik sekolah.
• Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan menghubungi pihak sekolah
sekiranya anak lewat balik.
• Memastikan anak memakai pakaian cerah atau bahan reflektif jika berjalan dalam
keadaan cuaca gelap.
• Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui kawasan yang semak/
sunyi/gelap.

54
KESELAMATAN MURID DAN WARGA SEKOLAH
SEMASA COVID-19

1. Murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke
sekolah.
2. Murid digalakkan mengamalkan pemeriksaan kesihatan dan melakukan ujian
kendiri Covid-19.
3. Murid, guru dan warga sekolah sentiasa memakai pelitup muka semasa berada
di kawasan sekolah.
4. Murid, guru dan warga sekolah digalakkan memakai pelitup muka berganda dan
pelindung muka sepanjang tempoh berada di sekolah.
5. Murid sentiasa mematuhi penjarakan fizikal pada setiap masa.
6. Murid kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.
7. Murid tidak berkongsi makanan dengan rakan-rakan sehingga peraturan baharu
dikeluarkan.
8. Murid mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan yang disediakan.

55
CARTA ALIR TATACARA APABILA
BERLAKU KEMALANGAN DI LUAR /
DALAM SEKOLAH

kemalangan

laporkan kepada guru/guru bertugas

Rekod

Dapatkan rawatan kecemasan


mengikut jenis kemalangan

Tidak
serius

Ya

Bawa ke hospital

Beritahu Penjaga

Tidak

kes Polis/laporkan untuk Tuntutan

Ya

laporkan kepada Polis

sediakan laporan hospital dan


laporan polis untuk tuntutan

Pergi ke sekolah seperti biasa

56
PANDUAN KAWAD KECEMASAN
DAN KEBAKARAN SEKOLAH
Tiga perkara yang dititikberatkan:
1. Membolehkan pelajar-pelajar mengambil tempat sebagaimana yang diarahkan dengan teratur
dan berdisiplin.
2. Membolehkan guru-guru atau sesiapa yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan pelajar-
pelajar dengan segera daripada bangunan dan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
serta menentukan bahawa tiada seorang pelajar pun yang tertinggal di dalam bangunan atau
kawasan yang berhampiran.
3. Menitikberatkan betapa mustahaknya suasana tenang dan teratur. Pelajar-pelajar hendaklah
berdisiplin dengan tidak membuat bising sepanjang masa. Hanya guru atau sesiapa yang
ditugaskan membuat arahan sahaja yang boleh kedengaran suaranya supaya arahan-arahan
dapat didengar dan diikuti.

Peraturan
1. Membunyikan loceng isyarat.
Apabila berlaku sesuatu kecemasan atau kebakaran, loceng isyarat penggera kebakaran (fire
alarm) hendaklah dibunyikan. Loceng isyarat akan dibunyikan 7 atau 8 kali terus menerus.

2. Mengosongkan bangunan
a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar hendaklah berdiri di sisi meja tulis dan menunggu
arahan guru atau ketua kelas yang berada dalam kelas.
b) Guru akan memberitahu lorong, pintu dan tangga yang mesti digunakan untuk keluar
dengan selamat.
c) Pelajar-pelajar daripada satu-satu tingkatan mestilah beratur dalam satu barisan dan
meninggalkan bilik darjah mengikut jalan yang telah ditetapkan (lihat pelan).
d) Pelajar mestilah berjalan dengan senyap, tidak berlari dan jangan berebut-rebut potong
memotong hingga sampai ke tempat perhimpunan atau tempat berkumpul. Guru-guru
yang berada di dalam tingkatan yang berkenaan hendaklah keluar bersama pelajar-pelajar.
Bercakap-cakap atau ketawa tidak dibenarkan semasa mengosongkan bangunan.
e) Pelajar-pelajar yang tidak beradaf di dalam kelas semasa loceng isyarat dibunyikan,
hendaklah pergi dengan serta-merta ke tempat berkumpul dan beratur mengikut kelas
masing-masing.
f) Semua kakitangan sekolah hendaklah pergi ke tempat perhimpunan dengan serta
merta.
g) Semua guru, kakitangan dan pelajar tidak dibenarkan memasuki semula bangunan itu
untuk mengambil barang-barang.

3. Tempat berkumpul
a) Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah di dewan terbuka sekolah.
b) Semua guru dan pelajar mestilah faham dan mengetahui jalan dan tangga yang mesti
digunakan ketika bergerak meninggalkan kelas masing-masing.
c) Semua guru dan pelajar mestilah berada di tempat berkumpul di tempat yang
ditetapkan.

57
4. Memanggil bomba
Jika berlaku kebakaran, guru yang bertugas pada hari itu adalah bertanggungjawab untuk
menghubungi pihak bomba. Gunkan kebijaksanaan dan budi bicara untuk menghubungi
bomba.

5. Panggilan baris
a) Setelah semua pelajar berada di tempat berkumpul, guru tingkatan mestilah bersedia
dengan buku jadual kedatangan kelas berkenaan.
b) Panggilan baris dibuat setelah semua pelajar berkumpul. Guru kelas berkenaan mestilah
memanggil tiap-tiap pelajarnya mengikut jadual buku kedatangan.
c) Setelah panggilan baris dibuat, guru tingkatan bertanggungjawab membuat laporan serta
merta kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.
d) Jika didapati ada pelajar yang tiada dalam perhimpunan, guru pengawas blok hendaklah
mencari dengan serta-merta.
e) Dua orang guru bagi satu blok bangunan akan ditugaskan memeriksa tiap-tiap bilik darjah
selepas sahaja pelajar selesai mengosongkan bangunan.

6. Melawan kebakaran
Jika berlaku kebakaran, pihak pekerja dan guru-guru bolehlah berusaha melawan kebakaran
sementara menantikan pegawai bomba tiba. Gunakan alat-alat pencegah kebakaran sekiranya
anda tahu berbuat demikian. UTAMAKAN NYAWA DARIPADA YANG LAIN.

7.. Tugas-tugas guru pengawas blok


a) Apabila pelajar telah selamat berkumpul, guru-guru berikut adalah ditugaskan untuk
memeriksa bangunan sekali lagi dan memastikan tiada seorangpun yang masih berada
di dalam bangunan atau kawasan yang berhampiran.
Bangunan Sesi Pagi Sesi Petang

Blok A 1. Puan Zalakiah Hanim 1. En. Amirul


2. En.Ariffin
Blok B 1. Pn. Sabariah Bt Mohd Uzir. 1.En.Rizalhanafi
2. En. Faiez
Blok C 1. Pn. Sujirah Bt Ibrahim 1. En. Nik Amiree
2. En. Mohd Rezal
Blok (Baru) 1. Penyelaras T6
2. En.Hairul Ariffin
Surau ,Kantin dan 1. Pn.Maimon Sabi 1.. Ustz Ziamah
Makmal Komputer 2. En. Firdaus

8. Isyarat tanda selesai kawad kecemasan


a) Loceng tanda selesai kawad akan dibunyikan seperti loceng pagi atau rehat.
b) Semua guru dan pelajar hendaklah beredar balik ke kelas masing-masing dalam barisan
sebagaimana mereka datang berkumpul.
c) Jangan berlari, membuat bising, ketawa dan sebagainya ketika balik ke kelas.
d) Arahan dan peraturan ini mestilah difahami dan diikuti sepenuhnya, demi keselamatan
nyawa manusia khususnya semua guru, kakitangan sekolah dan para pelajar dalam
menghadapi kemungkinan berlakunya sebarang kecemasan.

58
CARTA ALIR GURU MENGHADAPI
KEBAKARAN

Bunyikan loceng kecemasan

Guru kelas PK HEM / Kaunselor Warden Blok

Murid beratur Lapor kepada polis, Pastikan semua murid


untuk keluar bomba, pasukan meninggalkan bangunan

Ambil kedatangan Edar buku kedatangan Lapor kepada GPK/


PK HEM

Cari Terima laporan

Kehilangan

Lapor kepada PK
HEM Kecemasan

Kes kehilangan - lapor kepada


polis, pasukan penyelamat

59
UNTUK EDARAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA PELAJAR
SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)
Skim TPSM yang disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan kemudahan seperti berikut:-
SKOP PERLINDUNGAN f) perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;
TPSM menyediakan manfaat kepada pelajar atau warisnya jika ditakdirkan
berlakunya musibah kemalangan atau kecelakaan yang menyebabkan kematian g) hilang upaya anggota badan yang telah sedia wujud;
atau lumpuh seluruh tubuh badan secara berkekalan atau terpisah atau hilang h) aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan hukum Syarak dan Undang-
anggota dari badan akibat musibah termasuk lemas, keracunan makanan, undang.
patukan ular, kecelakaan jalan raya dan sebagainya.
2. Kematian atau hilang upaya seluruh badan berpunca daripada pembabitan
JADUAL MANFAAT dalam aktiviti memburu, luncur (ski) air, polo, payung terjung, perlumbaan
bermotor, tinju, gusti dan sebagainya; Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
SKOP PERLINDUNGAN AMAUN MANFAAT sekolah adalah terkecuali.
(RM)
3. Kematian atau hilang upaya seluruh tubuh badan yang secara langsung
A. KEMATIAN akibat kemalangan 5,000.00 atau tidak langsung atau ttimbul atau disebabkan daripada;

B. LUMPUH berkekalan seluruh badan akibat 15,0.00 a) sinaran mengion, pancaran atau jangkitan oleh radioaktif daripada
kemalangan mana-mana bahan buangan nuklear. Bagi maksud kekecualian ini
pembakaran hendaklah termasuk apa-apa penahanan sendirian proses
C. TERPISAH ATAU PUTUS ANGGOTA DARI 15,000.00 pembelahan nuklear;
BADAN ATAU KEHILANGAN PENGLIHATAN
b) bahan senjata nuklear;
akibat kemalangan seperti berikut:
kekecualian di atas tidak berkaitan dengan skop perlindungan (D) dalam
a) Kedua-dua belah tangan di atas pergelangan
jadual manfaat kecuali 1a, 1b, 1d, 3a & 3b.
atau
TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sama ada semasa waktu
b) Kedua-dua belah kaki di atas buku lali atau
sekolah atau di luar waktu sekolah meliputi seluruh dunia.
c) Kehilangan kekal penglihatan kedua-dua belah
mata
TATACARA TUNTUTAN
Notis Pemberitahuan Kemalangan/Tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30
* Jika kehilangan hanya satu daripada mana- 7,500.00
hari dari tarikh kemalangan kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB).
mana anggota badan atau penglihatn dalam C
Pelajar-pelajar atau waris jika perlu mengemukakan tuntutan terus ke pejabat
(a), (b) & (c) di atas, maka amaun manfaatnya
STMB yang berdekatan melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan.
adalah sebanyak 50% daripada RM15,000.00
Untuk memudahkan proses tuntutan dokumen-dokumen yang berkaitan
hendaklah dikemukakan seperti berikut:-
D. KHAIRAT KEMATIAN mati akibat sakitt biasa 1,000.00
Jenis Tuntutan Dokumen Berkaitan
E. ELAUN TUNAI HOSPITAL bagi setiap hari selama 25.00 A. Tuntutan Kematian Kemalangan i) Borang tuntutan yang diisi lengkap
tempoh dimasukkan ke Hospital Kerajaan/Swasta sehari ii) Laporan Polis
disebabkan oleh kemalangan tidak melebihi 60 hari iii) Sijil Kematian yang disahkan/Salinan
berturut-turut dari tarikh masuk wad. permit menguburkan yang disahkan

KEKECUALIAN B. Khairat Kematian i) Borang tuntutan yang diisi lengkap


ii) Sijil Kematian yang disahkan/Salinan
Walaupun TPSM menyediakan skop perlindungan yang sangat luas, ia permit menguburkan yang disahkan
mempunyai kekecualian tertentu dan tiada manfaat dibayar sekiranya berlaku
musibah di bawah kekecualian ini iaitu seperti:- C. Tuntutan Lumpuh i) Borang tuntutan yang diisikan lengkap
Berkekalan/Terpisah Atau dan bersama dolumen-dokumen
1. Kematian atau hilang upaya seluruh tubuh badan atau kecederaan yang Hilang Anggota Badan sokongan
secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh:- a) Laporan Perubatan
b) Gambar sebelum dan selepas
a) peperangan, pelanggaran, tindakan musuh luar, permusuhan (sama
kemalangan
ada perang diisytiharkan atau tidak), perang saudara, dahagi,
iii) Laporan Polis
revolusi, hasutan, pemberontakan tentera, permogokan, rusuhan atau
kegemparan awam;
D. Tuntutan Elaun Tunai i) Borang tuntutan yang diisi lengkap
b) bunuh diri atau perbuatan atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang Hospital ii) Ward Chil/Pengesahan rawatan
disengajakan, pembunuhan, kegiatan-kegiatan jahat (gangsterism),
jenayah atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan; STMB berhak meminta dokumen-dokumen khusus yang lain sekiranya perlu
dengan kos ditanggung oleh pihak yang menuntut. Cek bayaran tuntutan akan
c) penyakit atau wabak; dibuat dan dikeluarkan atas nama sekolah. Walau bagaimanapun bayaran atas
nama pelajar atas waris hanya boleh dibuat dengan persetujuan bertulis oleh
d) mabuk kerana pengaruh alkohol, dadah atau bahan-bahan berunsur pihak sekolah masing-masing.
kimia;
STMB tidak bertanggungan ke atas apa-apa tuntutan yang dikemukakan oleh
e) hamil, melahirkan atau keguguran mana-mana pelajar atau waris sekiranya pelajar bekenaan tidak menjelaskan
sepenuhnya bayaran sumbangan takaful.
PANDUAN PENYERTAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara “untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani”, setiap pelajar
diwajibkan menyertai aktiviti-aktiviti yang meliputi kegiatan pasukan badan beruniform,
Persatuan/Kelab dan Sukan/Permainan.

2. Keahlian
Setiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam 1 unit pasukan badan
beruniform, 1 persatuan/kelab dan 1 permainan/sukan.
Pemilihan dan keahlian pelajar adalah muktamad. Pelajar tidak dibenarkan menukar
keahlian tanpe kebenaran daripada penyelaras, guru penasihat sepanjang waktu
berada di sekolah ini.

3. Jadual Kegiatan
3.1 Tarikh kegiatan adalah seperti di dalam takwim sekolah kecuali dimaklumkan
jika ada perubahan. Kehadiran adalah wajib.
3.2 Kegiatan Persatuan/Kelab dan Permainan diadakan pada hari Rabu jam
7.20 – 8.50 pagi dan 5.25 – 6.45 petang. Jika ada pindaan pihak sekolah
akan memaklumkan kepada pelajar.
3.3 Jawatankuasa kelab/persatuan mestilah mengadakan mesyuarat sebulan
sekali atau sekurang-kurngnya semester sekali bagi membincangkan
rancangan-rancangan dan kegiatan kelab masing-masing.

4. Jawatan Penting Bagi Setiap Unit Kokurikulum


4.1 Setiap pelajar dibenarkan memegang hanya dua jawatan penting sahaja.
Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar yang
mungkin untuk memikul tanggungjawab serta mencungkil bakat kepimpinan
mereka.
4.2 Jawatan penting adalah terdiri daripada Pengerusi/Ketua Setiausaha/Penolong
Kanan Bendahari.
4.3 Sekiranya seorang pelajar memegang dua jawatan penting, kedua-dua
jawatan tersebut hendaklah dari kelompok penjenisan yang berlainan.
4.4 Jawatankuasa persatuan/kelab akan dilantik setahun sekali.

5. Pakaian
5.1 Semua pelajar diwajibkan memakai seluar track dan baju T rumah sukan
masing-masing ATAU baju T Kokurikulum ATAU baju T sekolah yang lain.
Pelajar TIDAK dibenarkan memakai baju T selain dari yang tersebut di atas.
Pelajar juga TIDAK dibenarkan memakai seluar jeans atau “slacks”.
5.2 Pelajar hendaklah memakai kasut sukan atau kasut sekolah semasa latihan.
Pelajar TIDAK dibenarkan memakai selipar atau sandal.
5.3 Pakaian sukan/kokurikulum/pasukan badan beruniform selengkapnya.
5.4 Pelajar yang tidak mematuhi arahan ini boleh dilarang daripada memasuki
kawasan sekolah dan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa jua
aktiviti kokurikulum.
5.5 Pada hari Rabu pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam pasukan
badan beruniform masing-masing.
5.6 Pelajar yang mewakili SMKTJJ (1) mesti memakai baju T/Jersey dengan
nama sekolah, Track bottom. Guru berkenaan sahaja dibenarkan meminjam
dan memulangkan daripada/kepada Setiausaha Sukan Sekolah. Rekod
peminjaman dan pemulangan harus dicatatkan.
5.7 Sila pulangkan baju Jersey sekolah setelah dibasuh dan dikeringkan selepas
sahaja pertandingan tersebut tamat.
5.8 Pakaian semasa lawatan – pakaian seragam sekolah.
5.9 Track yang dibenarkan hanyalah track berlogo sekolah

6. Lawatan/Perkhemahan/pasukan penyokong/aktiviti luar sekolah


6.1 Pelajar yang menyertai rombongan sekolah/lawatan/perkhemahan sekolah
dikehendaki mengawal disiplin diri dan menjaga nama baik sekolah.
6.2 Setiap lawatan yang hendak dibuat hendaklah melalui Guru Penasihat secara
bertulis (dengan kertas kerja) dan mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran
(keluar dari negeri Johor) dan begitu juga surat kebenaran ibu bapa.

7. Tatacara murid dalam kegiatan kokurikulum


7.1 Murid mesti mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga masing-masing sebelum
mengikuti aktiviti.
7.2 Semua murid mesti mengikut program yang diadakan di sekolah kecuali diberi
pengecualian dengan surat akuan/doktor.
7.3 Murid mesti mematuhi syarat/peraturan yang ditetapkan.
7.4 Murid mesti akur dengan arahan guru sewaktu program.
7.5 Murid bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing.
7.6 Murid dilarang meninggalkan program tanpa kebenaran.
7.7 Murid sentiasa menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah.

8. Tatacara murid – penggunaan bilik sukan/peralatan sukan


8.1 Murid dilarang masuk ke bilik/setor sukan tanpa urusan kebenaran.
8.2 Murid dilarang membawa peralatan keluar dari bilik sukan tanpa kebenaran
dan tanpa direkodkan.
8.3 Murid dilarang mengguna/berada di padang dan gelanggang pada masa
hujan.
8.4 Murid bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sewaktu menjalankan
aktiviti dan menggunakan peralatan sukan. Sebarang aktiviti harus mematuhi
peraturan/arahan daripada guru.
8.5 Murid mesti melaporkan kepada guru sekiranya berlaku kecemasan/
kemalangan.

9. Ciri-ciri Pelajar/Murid yang dihasratkan melalui aktiviti kokurikulum


9.1 Mengetahui dan mengamalkan pelbagai kaedah memperoleh ilmu
pengetahuan dan kemahiran.
9.2 Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mengurus hal-hal
berkenaan kehidupannya.
9.3 Mampu dan berkebolehan menyelesai masalah dan membuat keputusan
dengan bijaksana.
9.4 Berusaha mencari dan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran
baru.
9.5 Bersungguh-sungguh mencari dan mencintai ilmu untuk mengetahui rahsia
dan nikmat kehidupan yang diberikan Tuhan.
9.6 Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing kehidupan.
9.7 Terus belajar dan meningkatkan pengetahuannya.
9.8 Senantiasa bersiap sedia untuk belajar.
9.9 Sihat tubuh badannya dan terhindar daripada bahaya.
9.10 Menghayati dan mengamalkan gaya hidup sihat.
9.11 Berbudi pekerti mulia dan menghayati nilai-nilai murni terpuji.
9.12 Menjaga dan mengurus kebajikan, keselamatan dan kebersihan serta
kesihatan diri.
9.13 Mendapat peluang dan cabaran baru mengembangkan bakat dan potensi.
9.14 Mengetahui bakat dan potensi diri dan berusaha membangunkannya.
9.15 Suka berbakti kepada rakan, keluarga, sekolah dan masyarakat.
9.16 Berani bersaing dan bertanding.
9.17 Berani merebut, meneroka, dan mencipta peluang.
9.18 Rajin dan bijaksana membuat penyelidikan dan meneroka dapatan-dapatan
baru.
9.19 Mampu memimpin diri sendiri dan rakan-rakan.
9.20 Mampu mengemukakan idea-idea yang kritis, analitis dan kreatis secara
berhemah dan spontan di hadapan khayalak.
9.21 Mampu berkomunikasi secara berhemah, bijaksana dan berkesan.
9.22 Mampu melahir dan meluahkan perasaan secara berhemah, bijaksana dan
berkesan.
9.23 Mampu berdikasi dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan
sekolah dan masyarakat.
9.24 Berketrampilan dalam pelbagai bidang.
9.25 Mencintai alam sekitar

Jadual aktiviti/Perjumpaan Pasukan Badan Beruniform/kelab & Persatuan


(sabtu kedua, sabtu keempat & sabtu kelima)

Hari Nama Pertubuhan Masa


Rabu Kelab Permainan & Sukan 7.20 – 8.50 pagi/5.25 – 6.45 petang
Rabu Pasukan Badan Beruniform 7.20 – 8.50 pagi/5.25 – 6.45 petang
Rabu Persatuan Koakademik/Kelab Hobi & 7.20 – 8.50 pagi/5.25 – 6.45 petang
Rekreasi/ Kelab Khidmat Masyarakat
Sukan Elit Ikut Jadual Jurulatih
Tertakluk kepada pindaan jika diperlukan.
PANDUAN DAN AKTIVITI SUKAN
DAN PERMAINAN
1. Olahraga
1.1 Jadual latihan rumah-rumah sukan

Hari Rumah Masa (sesi Pagi) Masa (sesi Petang)

Selasa Semua Rumah 3.00 – 5.00 petang 8.00 – 10.00 pagi

Tertakluk kepada pindaan semasa

2. Kehadiran
Wajib bagi semua pelajar. Pelajar yang ponteng latihan rumah sukan dan/atau aktiviti
kokurikulum adalah dianggap sebagai ponteng kelas. Tindakan akan diambil terhadap
pelajar yang ponteng.

3. Peralatan sukan
3.1 Pelajar TIDAK dibenarkan sama sekali untuk masuk ke dalam Stor Sukan
untuk mengambil peralatan bagi pihak guru.
3.2 Segala peminjaman dan pemulangan peralatan sukan mesti direkodkan
dalam buku peminjaman peralatan.

4. Keselamatan
Keselamatan pelajar hendaklah diberikan keutamaan. Semua murid dikehendaki
mematuhi arahan guru dan peraturan bersukan pada setiap masa.
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Tarikh:...............................

Catatan
Catatan
Amalan Baik Saya
Tarikh Aktiviti Amalan Nama Guru Tandatangan
Baik Guru

Anda mungkin juga menyukai