Yang berusaha Puan Wan Norlida Wan Ismail, penolong kanan
pentadbiran
Yang berusaha Encik Shaarani Ibrahim, penolong kanan hem
Yang berusaha Puan Anisah Ibrahim, penolong kanan
kokurikulum
Barisan guru-guru dan staf SKAM yang saya sayangi sekelian.
Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dapat kita berjumpa pada
petang ini walaupun sekadar dalam google meet sahaja. Sekurang2nya terubat juga rindu di hati pada cikgu2 dan staf saya semua.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil sedikit
masa semua untuk ber google meet bagi merasmikan program SUMUR di peringkat Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu. Untuk makluman semua, program SUMUR ini telah ditekankan pelaksanaannya oleh Tuan PPD kita iaitu Ustaz Ishak. Program ini kalau kita selidiki sejarahnya, ianya adalah idea dan hasrat YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2007 dan disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mencetuskan Modul 5 C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
2. Matlamat modul ini adalah untuk; melahirkan murid yang
memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma.
MATLAMAT PROGRAM SUMUR
1. Melahirkan pelajar yang memiliki personaliti terpuji dan boleh
dicontohi 2. Melahirkan pelajar yang sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat 3. Melahirkan pelajar yang mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang 4. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dan berusaha meningkatkan daya kepimpinan 5. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
OBJEKTIF PROGRAM SUMUR
1. Pelajar dapat menunaikan solat yang berkualiti serta
menghafaz ayat lazim dan mengamalkan zikir dan doa. 2. Pelajar mengamalkan cara berpakaian yang sesuai menurut syarak. 3. Pelajar Pelajar mempunyai adab dan bersikap positif dan proaktif 4. Pelajar mempunyai keyakinan diri, semangat juang dan tetap pendirian 5. Pelajar mengamalkan amalan berbudi bahasa
PANDUAN PELAKSANAAN MODUL SUMUR
Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini telah dimurnikan
semula menjadi empat program utama iaitu program berbudi bahasa, program mutadayyin, program penampilan diri dan program jatidiri. Ia bertujuan untuk memudahkan para guru untuk melaksanakan modul ini.
Semua murid hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara
terperinci pelaksanaan setiap program supaya setiap pelajar faham dan menyedari bahawa sesuatu program tersebut sedang berlangsung dan mereka sedar bahawa mereka terlibat. Adalah lebih baik jika terdapat pernyataan-pernyataan yang berkaitan dipamer bagi setiap program.
Akhir kata, saya berharap agar program ini dapat
melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan budi pekerti yang tinggi serta mempunyai jati diri yang mantap sebagai persediaan untuk menghadapi dunia luar yang mencabar serta mempunyai pegangan agama yang kuat sebagai pedoman hidup.
Saya dengan lafaz Bismillahirohmanirohim merasmikan
Program SUMUR peringkat Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu.