Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Dari muda hingga berusia Menjalankan tugas dengan setia Menabur bakti mencurah jasa Tak terbalas dek pelajar semua Kini sudah tibanya masa Berundur Cikgu kerana bersara ilanglah permata yang berharga ilang seri hilang cahaya Sudah biasa kita dengari patah tumbuh hilang berganti namun tak sama guru yang ini Tak mungkin ada galang ganti Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji anya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Kenangan manis kekal selamanya !asamu cikgu tak mungkin dilupa "emergianmu cikgu kami redha Sudah suratan berpisah akhirnya Sampai di sini seloka kami Tidak berakhir hubungan ini Silaturahim terus terpatri Biarpun cikgu tiada di sisi #mpun dan maa$ kami pinta #ndai pernah mengusik rasa !enguklah kami sekali sekala #ndai rindu datang menjelma Kuning emas masaknya padi Ma%ar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak &sok jangan layu'layuan Intai kami antara nampak &sok jangan rindu'rinduan Semoga cikgu sihat sejahtera Menyusuri hari'hari yang ceria Di samping beribadat pada yang &sa Moga dilindungi #llah sentiasa( "ergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli !ari disusun maa$ dipinta "anjang usia bersua kembali