Anda di halaman 1dari 3

Mowgli Menjadi Anak Serigala

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua

yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang

hidup ____________________ dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini

bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap

mencari ____________________ Shere Khan ternampak sebuah khemah

pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan

seorang anak mereka yang masih ____________________ sedang tidur

dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan

maraknya.

Kerana terlalu ____________________ menemui mangsanya itu

Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara


____________________ api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong

kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga

____________________ yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh

dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari ____________________

hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di

dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak

seorang anak manusia sedang ____________________ ke arahnya

dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di

dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar

lolongan Shere Khan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam

gua. Ibu serigala ____________________ dan tertarik hati kepadanya

kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-

rebut dengan anak serigala yang lain ____________________ susu Ibu

Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu

sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak

serigala yang lain juga ____________________ kepadanya dan

menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.


Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan ____________________

ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal),

yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.

Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil

pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere

Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala

menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu

Serigala ____________________. Shere Khan cuba hendak mengambil

budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya ____________________ gua itu tetapi

bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.

Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan

benar-benar sebagai ____________________ serigala di dalam hutan.

makanan kasihan serigala sayang unggun


anak aman meninggalkan gembira menentang
guanya datang kecil menghisap merangkak

Anda mungkin juga menyukai