Anda di halaman 1dari 1

CERITA HUTAN

MOWGLI

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling
dibenci oelh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau itu bernama
Shere Khan.

Pada suatu malam, ketika dia menghendap-hendap mencari makanan, Shere Khan ternampak sebuah
khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka
yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan
maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan
terpijak bara unggun api yang ada disisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga
menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar
sesuatu merayap di dalam semak. Apabla dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak
manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang
tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan
tadi.

Bapa Serigala menggonggong budak itu dan membawabya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan
tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut
dengan anak serigala lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan
menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli
sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian, Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tbaqui,seekor rubah,
yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terlebih dahulu telah
dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa
Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang
didakwanya sebagai haknya. Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak
mengambilbudak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah, dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu
tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala dan benar-
benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

Anda mungkin juga menyukai