Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 3

Syarikat Tembikar Sayong adalah pengeluar pasu-pasu bunga yang diukir indah. Sepanjang
lima tahun pengoperasiannya, Syarikat telah memperolehi peningkatan jualan yang agak
stabil. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam persaingan telah memaksa Syarikat untuk
mula melibatkan diri dalam kempen pengiklanan secara agresif pada tahun-tahun hadapan.
Ini dipercayai akan dapat mempertahankan kedudukan jualan sedia ada.
Berikut adalah data-data kewangan untuk tahun semasa (2018) yang dirasakan releven untuk
pertimbangan kempen pengiklanan yang bakal dijalankan.

Kos-kos berubah (seunit pasu)


Buruh langsung RM8.00
Bahan langsung 3.25
Overhed berubah 2.50
Jumlah kos-kos berubah RM13.75
Kos-kos tetap
Perkilangan RM25,000
Jualan 40,000
Pentadbiran 70,000
Jumlah kos-kos tetap RM135,000

Harga jualan seunit RM25.00


Jangkaan jualan, 2018 (20,000 unit) RM500,000
Kadar cukai 40%

Syarikat telah menetapkan sasaran jualan untuk tahun 2019 pada tahap RM550,000 (atau
22,000 unit).
Dikehendaki:
a) Berapakah pendapatan bersih selepas cukai yang boleh dijangka untuk tahun 2018?
b) Berapakah titik pulang modal dalam unit untuk tahun 2018? (Gunakan pendekatan margin
sumbangan).
c) Syarikat mempercayai bahawa sasaran jualan dapat dicapai dengan penambahan belanja
jualan sebanyak RM11,250 untuk tujuan pengiklanan bagi tahun 2019, dan kos-kos lain kekal
malar. Berapakah pendapatan bersih selepas cukai untuk tahun 2019 jika tambahan
RM11,250 dibelanjakan?
d) Berapakah titik pulang modal dalam ringgit untuk tahun 2019, jika tambahan RM11,250
dibelanjakan untuk pengiklanan? (Gunakan pendekatan margin sumbangan).
e) Jika tambahan RM11,250 dibelanjakan untuk pengiklanan bagi tahun 2019, berapakah
tahap jualan dalam ringgit yang diperlukan untuk disamakan dengan pendapatan bersih
selepas cukai bagi tahun 2018? (Gunakan pendekatan pendapatan operasi).
a) Penyata Pendapatan Jangkaan Marginal 2018
RM
Jualan dijangka (20,000 unit) 500,000
(-) Kos berubah 275,000
Buruh langsung 160,00
Bahan langsung 65,000
Overhed berubah 50,000
Margin sumbangan 225,000
(-) Kos tetap
Perkilangan 25,000
Jualan 40,000
Pentadbiran 70,000
Pendapatan bersih 90,000
(-) Cukai (40% × RM90,000) 36,000
Pendapatan bersih selepas cukai boleh 54,000
dijangka

b)

Per Unit
Jualan dijangka (20,000 unit) 25
(-) Kos berubah 13.75
Margin sumbangan 11.25
TPM= Kos tetap
Margin sumbangan (Caruman) seunit
= RM135,000
RM11.25
= 12,000 unit

c) Penyata Pendapatan Jangkaan Marginal 2019

RM
Jualan dijangka (20,000 unit) 500,000
(-) Kos berubah 275,000
Buruh langsung 160,00
Bahan langsung 65,000
Overhed berubah 50,000
Margin sumbangan 225,000
(-) Kos tetap
Perkilangan 25,000
Jualan 40,000
Pentadbiran 70,000

Pengiklanan 11,250
Pendapatan bersih 78,750
(-) Cukai (40% × RM90,000) 31,500
Pendapatan bersih selepas cukai boleh 47,250
dijangka

Anda mungkin juga menyukai