Anda di halaman 1dari 10

BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

Mata pelajaran Sejarah

Sasaran Tingkatan 4

Tajuk Bab 6 : Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat 1948

Standard kandungan 10.5 Ancaman Komunis di Negara Kita

Standard pembelajaran 10.5.3 Menjelaskan usaha-usaha menangani ancaman komunis


10.5.4 Menganalisis kesan zaman darurat terhadap negara kita
K10.5.7 Menghuraikan kepentingan menjamin keamanan negara
K10.5.8 Membahaskan kepentingan sikap sedia berkorban untuk
negara

Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:


a) Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga usaha untuk
menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
b) Menghuraikan sekurang-kurangnya 1 kesan berserta
contoh kesan zaman darurat di Tanah Melayu.
c) Menerangkan sekurang-kurangnya tiga kepentingan
menjamin keamanan negara.

Tempoh masa 2 jam nota dan Latihan

Nota Rujuk lampiran 1, 2 dan 3

Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang


diberikan.
( Sila rujuk Lampiran 1 hingga 3)
2. Jawab soalan pada lampiran 4 hingga 6 dengan merujuk
nota atau bahan lain seperti buku rujukan, laman
sesawang dan bahan bacaan lain.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada


Lampiran 4 hingga 6.

 Nota perlu dibaca dan difahami

 Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA
1
USAHA-UASAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU
Rancangan Briggs
Dilancarkan oleh - Sir Henry Gurney
(Pesuruhjaya Tinggi
British) pada 1950

Pengarah Operasi. - Leftenan Jeneral Sir


Harold Rowdon Briggs
Tujuan - Memutuskan hubungan
PKM dan Min Yuen
yang membekalkan
makanan, senjata,
maklumat dan ubat-
ubatan kepada PKM
- Untuk melemahkan
pergerakan komunis.

Min Yuen (Organisasi


Massa)
⮚ Min Yuen ditubuhkan
untuk mendapatkan
bekalan makanan
dan wang kepada
komunis.
⮚ Min Yuen juga
melakukan peras
ugut, merompak,
menjalankan kegiatan
propaganda,
melakukan perisikan
dan sabotaj, merekrut
ahli baru serta
membantu dalam
menjalankan kegiatan
politik.
⮚ Min Yuen beroperasi
pada sebelah malam
dan bergerak dalam
kalangan rakyat
tanpa senjata api.
Rancangan Kampung - Penduduk setinggan
Baru di pinggir hutan
dipaksa berpindah
dari kampung
halaman ke sebuah
petempatan baharu
yang agak asing.
- Kawasan
penempatan semula
ini digelar sebagai
"Kampung Baru" yang
dilengkapi dengan
kemudahan tempat
tinggal, bekalan
elektrik, air paip,
sekolah, kemudahan
kesihatan,
kemudahan pusat
komuniti dan rumah
ibadat.
Tawaran Pengampunan
▪ Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney
mengisytiharkan pengampunan kepada
komunis supaya menyerah diri.
▪ Setiap hari, Radio Malaya menyiarkan
syarat tawaran pengampunan. Poster juga
ditampal di merata-rata tempat.
▪ Sebanyak 40 juta risalah dan l2 juta pas
pengampunan diedarkan dalam bahasa
Cina, Melayu dan Tamil.
▪ Penyebaran risalah ini dilakukan dalam
pelbagai cara termasuklah disebarkan
melalui pengangkutan udara.
▪ Iklan dan wayang gambar digunakan untuk
membantu penduduk memujuk anggota
komunis supaya menyerah diri.

7 Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat


Tarikh - 22 Disember 1949
Pengisytiharan oleh - Majlis Perundangan
Persekutuan
Kempen - "Bulan Rakyat Melawan
Penjahat".
Cara - Penduduk berbilang
kaum diseru supaya
mendaftarkan diri
secara sukarela dengan
pihak berkuasa.
Ahli - Penduduk lelaki dan
wanita daripada
pelbagai sektor
termasuklah golongan
profesional.
Kejayaan - Kempen tersebut
berjaya melibatkan
rakyat berbilang kaum
yang bekerjasama
menentang komunis
dan menggalakkan
interaksi dan
mengeratkan hubungan
antara kaum.

NOTA

Lampiran 2 Tarikh :

KESAN ZAMAN DARURAT TERHADAP NEGARA KITA


Aspek Politik
Aspek Sosioekonomi

NOTA

Lampiran 3 Tarikh :

KESAN ZAMAN DARURAT TERHADAP NEGARA KITA


LATIHAN OBJEKTIF

Tarikh :
Lampiran
4
1) Satatistik di bawah berkaitan bilangan anggota keselamatan yang terkorban antara tahun 1948
hingga 1960.
Pasukan Terkorban Tercedera Jumlah
Polis 513 701 1214
Special Constables 593 746 1339
Auxiliary Police 242 154 396
Tentera 519 959 1478
Sumber: Ramlah Adam, 2014. Pahlawan Tegar Merdeka, Kuala Kumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Berdasarkan statistik di atas, mengapakah Komunis menyasarkan pasukan keselamatan
seperti tentera dan polis?
A. Menunjukkan kerajaan tidak mampu melindungi keselamatan penduduk B.Teks: 150
B. Memastikan matlamat menguasai Tanah Melayu tercapai
C. Menunjukkan kekuatan ketenteraan komunis lebih baik
D. Memberi amaran keras kepada British

2) Undang-undang Darurat dikuatkuasakan oleh British untuk membendung keganasan yang


dilakukan oleh komunis di Tanah Melayu. Antara yang berikut, manakah tindakan yang
terkandung dalam undang-undang tersebut?
I. Mengetatkan undang-undang senjata api B.Teks: 152
II. Mengharamkan parti-parti berfahaman radikal
III. Melaksanakan pemeriksaan kepada semua penduduk
IV. Menghantar pulang penduduk yang bersubahat dengan komunis
A. I dan II B I dan IV
C. II dan III C III dan IV

3) Gambar di bawah menunjukkan pegawai British yang menentang komunis di Tanah Melayu.

Sir Harold Briggs


Apakah sumbangan penting pegawai British di atas dalam menentang komunis?
A. Menubuhkan pasukan Home Guard
B. Menguatkuasa Rancangan Darurat B.Teks: 157
C. Menubuhkan Kampung Baru
D. Mengetuai askar Komanwel

4) Apakah peristiwa yang membuktikan perpaduan dapat menangani ancaman komunis di Tanah
Melayu?
A. Penglibatan semua kaum dalam Home Guard B.Teks: 161
B. Penyertaan semua kaum dalam pasukan tentera
C. Penglibatan semua kaum sebagai ketua kampung
D. Penyertaan parti pelbagai kaum dalam pilihan raya

5) Tindakan di bawah adalah usaha menentang komunis di Tanah Melayu.

 Orang Cina mendominasi Kampung Baru


 Orang Melayu bertumpu di kampung

Apakah kesan daripada keadaan di atas?


A. Kehidupan menjadi lebih sistematik B.Teks: 163
B. Memudahkan pentadbiran pihak British
C. Hubungan antara kaum menjadi renggang
D. Orang Melayu enggan bekerjasama dengan British
LATIHAN STRUKTUR

Tarikh :
Lampiran
5
2 Gambar berikut menunjukkan antara langkah yang diambil oleh British bagi membanteras ancaman
komunis di Tanah Melayu.

(a) Nyatakan tiga langkah yang diambil melalui pelaksanaan program ini.

i ..........................................................................................................................................
ii ..........................................................................................................................................

iii ..........................................................................................................................................
[ 3 markah]
(b) Tindakan melonggarkan syarat kerakyatan bagi mengekang fahaman komunis merupakan
langkah yang wajar.
Jelaskan
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
[3 markah]

(c) Perang Saraf berjaya mengekang penyebaran pengaruh komunis di Tanah Melayu.
Berikan hujah anda
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
............................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
[4 markah]

LATIHAN ESEI

Tarikh :
Lampiran
6

2 Gambar berikut menunjukkan pasukan keselamatan tempatan yang ditubuhkan oleh British bagi
menangani ancaman komunis.

Pasukan Askar Melayu Pasukan Sarawak Ranger Pasukan Home Guard Wanita

(a) Jelaskan peranan pasukan keselamatan tempatan dalam menangani ancaman komunis di negara
kita.
[6 markah]

(b) Penubuhan pasukan keselamatan tempatan berjaya menangani penyebaran pengaruh komunis di
Tanah Melayu .
Bincangkan. [6 markah]

(c) Sebagai warganegara yang patriotik, bagaimanakah anda dapat menggalakkan masyarakat untuk
menghargai sumbangan pasukan keselamatan kepada keamanan dan keharmonian negara.
[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai